Syarikat Gapsb Beri Rm3 09 Juta Kepada Isa Samad Lepas Terima Salam


Bekas Ahli Lembaga Pengarah Gegasan Abadi Properties Sdn Bhd (GAPSB) memberitahu Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini, bahawa beliau memberi wang suapan berjumlah RM3.09 juta kepada Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad selepas menerima “salam” daripada bekas Pengerusi Felda itu.
Ikhwan Zaidel, 59, berkata wang bagi tujuan kerja-kerja politik yang diminta Mohd Isa itu diberi sebanyak sembilan kali dan dimasukkan ke dalam beg kertas untuk diserahkan kepada Muhammad Zahid Mohd Arip dalam sembilan pertemuan, untuk diberi kepada Mohd Isa.

Loading… Ikhwan dalam penyataan saksi berkata, beliau menyerahkan wang tersebut kepada Muhammad Zahid iaitu bekas pegawai khas kepada Mohd Isa, antara Julai 2014 hingga Disember 2015 di lokasi berbeza.
“Muhammad Zahid ada sekali sekala menghubungi saya untuk menyampaikan ‘salam’ daripada Tan Sri Isa. Saya memahami apa makna “salam” tersebut dan akur atas permintaan (dana politik).
“Selepas dihubungi Muhammad Zahid, beliau akan menghubungi pemilik JV Evolution Sdn Bhd, Azizi Abdul Wahab, untuk mengeluarkan wang dan diserahkan kepadanya untuk beliau beri kepada Muhammad Zahid,” katanya ketika pemeriksaan utama pada hari ke-10 perbicaraan kes pecah amanah dan rasuah Mohd Isa berhubung pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites (MPHS) bernilai RM160 juta di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.
Saksi pendakwaan ke-16 itu berkata pada pertemuan pertama wang RM100,000 diisi dalam beg kertas dan diserahkan kepada Muhammad Zahid di Cigar Room Hotel PJ Hilton, pada Julai 2014.
“Saya maklum kepada beliau (Muhammad Zahid) wang RM100,000 akan ditolak daripada baki RM3 juta (dana politik) yang dijanjikan sebelum ini, yang mana ia menggunakan wang saya sendiri terlebih dahulu. Saya kemudian menyerahkan RM140,000 kepada Muhammad Zahid antara 21 Julai 2014 hingga 28 Julai 2014 di lokasi sama,” katanya.
Ikhwan yang juga bekas Pengarah Urusan Syarikat GAPSB berkata pada Oktober 2014, Muhammad Zahid menghubunginya untuk menyampaikan ‘salam’ Mohd Isa dan beliau menghubungi Azizi untuk memintanya mengeluarkan wang berjumlah RM300,000.
Katanya, wang tersebut diserahkan kepada Muhammad Zahid di rumahnya (Ikhwan) di Sunway Opal Condominium, Petaling Jaya antara 17 Okt hingga 24 Okt 2014.
“Selang beberapa hari kemudian iaitu antara 5 hingga 10 Nov 2014, saya menyerahkan RM250,000 kepada Muhammad Zahid di rumah saya dan pada 25 Jun 2015 lebih kurang 11 malam, saya berjumpa Muhammad Zahid di rumah saya dan menyerahkan RM500,000 kepadanya,” katanya.
Ikhwan berkata beliau menyerahkan RM500,000 lagi kepada Muhammad Zahid pada 9 Julai 2015, juga di rumahnya (Ikhwan).
Saksi itu berkata pada Ogos 2015, beliau telah menyerahkan RM300,000 kepada Muhammad Zahid di rumah abangnya Roney di Semariang, Kuching dan kemudian menyerahkan RM500,000 kepada pegawai khas itu di kediamannya di Sunway Opal Condominium, Petaling Jaya, 12 Sept 2015 pukul 9.40 malam.
“Saya juga menyerahkan wang RM500,000 lagi kepada Muhammad Zahid di rumah saya pada 4 hingga 7 Dis 2015. Saya beritahu Muhammad Zahid bahawa bayaran ini merupakan bayaran terakhir daripada RM3 juta untuk Tan Sri Isa.
“Saya percaya kesemua wang yang saya berikan kepada Muhammad Zahid adalah untuk Tan Sri Isa. Selepas wang tersebut diserahkan, saya tidak ada lagi terima permintaan daripada Muhammad Zahid untuk mendapatkan wang bagi pihak Tan Sri Isa,” katanya.
Mohd Isa, 70, menghadapi satu pertuduhan pecah amanah dan sembilan pertuduhan menerima rasuah berjumlah lebih RM3 juta yang didakwa dilakukan di Menara Felda, Platinum Park, Persiaran KLCC antara 29 April 2014 dan 11 Dis 2015.
Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan bersambung petang ini. – Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2019/10/syarikat-gapsb-beri-rm3-09-juta-kepada-isa-samad-lepas-terima-salam/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Bayar Rm3 09 Juta Untuk Isa Samad Saksi

Saya Bayar Rm3 09 Juta Untuk Isa Samad Saksi

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 293 hits
B Nantha Kumar Mahkamah diberitahu hari ini bahawa bekas pengerusi Felda Mohd Isa Samad dibayar berjumlah RM3 09 juta secara keseluruhan sebagai balasan hasil pembelian Hotel Merdeka Palace Kuching oleh Felda pada tahun 2014 Menurut Ikhwan ...
Gapsb Handed Over Rm3 09m After Greetings From Isa Samad

Gapsb Handed Over Rm3 09m After Greetings From Isa Samad

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 345 hits
A former board member of Gegasan Abadi Properties Sdn Bhd told the High Court here today that he had given bribes totalling RM3 09 million to Mohd Isa Abdul Samad after receiving salam from the former Felda chairman Ikhwan Zaidel 59 said th...
Nasharudin Mat Isa Berdepan 30 Tuduhan Pecah Amanah Rm3 7 Juta

Nasharudin Mat Isa Berdepan 30 Tuduhan Pecah Amanah Rm3 7 Juta

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 278 hits
Bekas timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa mengaku tidak bersalah atas 33 pertuduhan di bawah Kanun Keseksaan dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 berjumlah RM4...
Bekas Timbalan Presiden Pas Nasharudin Mat Isa Hadapi 30 Tuduhan Babit Rm3 6j

Bekas Timbalan Presiden Pas Nasharudin Mat Isa Hadapi 30 Tuduhan Babit Rm3 6j

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 556 hits
Bekas timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam dan didakwa berhubung 30 pertuduhan pecah amanah membabitkan RM3 6 juta dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM302 069 60 Tuduhan...
No Choice But To Give Isa Samad Rm3m Ex Director Testifies

No Choice But To Give Isa Samad Rm3m Ex Director Testifies

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 257 hits
A former company director today testified that he had no choice but to give RM3 million in political funds to former Felda chairperson Mohd Isa Samad Gegasan Abadi Properties ex director Ikhwan Zaidel said Isa had asked for the funds throug...
Kenapa Rm3 Juta Mana Rm90 Juta

Kenapa Rm3 Juta Mana Rm90 Juta

papar berkaitan - pada 23/10/2019 - jumlah : 289 hits
Via WhatsApp Dalam layman terms tugas pendakwa adalah membuktikan kes tersebut lebih dari keraguan munasabah Dan tugas peguambela pula ialah hendak membuktikan yang kes tersebut banyak keraguan Kes Najib sebagai contoh klasik PH menang May ...
Kenapa Nasharudin Mat Isa Penting Dalam Kes Rm90 Juta

Kenapa Nasharudin Mat Isa Penting Dalam Kes Rm90 Juta

papar berkaitan - pada 23/10/2019 - jumlah : 585 hits
Dahi saja hitam tapi Nasharudin ini adalah petualang yang hendak membawa Pas untuk bersama dengan Umno dari 2008 lagi Cara dia menyalurkan duit ialah melalui Suwardi Dan Suwardi ini pula telah disebut 3 kali dalam audio Nik Mohamad Abduh se...
Kes Nasharudin Ke Mana Rm3 9 Juta Dibelanja

Kes Nasharudin Ke Mana Rm3 9 Juta Dibelanja

papar berkaitan - pada 23/10/2019 - jumlah : 336 hits
Bekas timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa hari ini dihadapkan dengan 30 pertuduhan pecah amanah jenayah berjumlah kira kira RM3 7 juta Nasharudin juga dihadapkan dengan tiga pertuduhan penggubahan wang haram membabitkan kira kira RM300...
Lepas Ayah Adik Pula Meninggal Dunia Ibu Mengalir Air Mata Terima Ijazah Anak

Lepas Ayah Adik Pula Meninggal Dunia Ibu Mengalir Air Mata Terima Ijazah Anak

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 473 hits
Sambutan majlis konvokesyen masih lagi terasa untuk sesetengah universiti awam di Malaysia Ramai di antara alumni berkongsi foto tentang kejayaan mereka di media sosial Tidak kurang juga yang berkongsi detik yang memilukan apabila terpaksa ...
Tahap Empat Babitkan Keseluruhan Kulit Otot Dan Tulang Ini Gambaran Lecur Mengikut Tahap

Kenyataan Cukai Jalan Oleh Bjak

Kecewa Makanan Potluck Sekolah Anak Tak Disentuh Ikutlah Apa Budak Suka Makan Bukan Kita

Guideline Needed For Maintenance Of Old Trees In Kl Ft Minister

Pertumbuhan Berterusan Wall Street Hijau Untuk Hari Ketiga Berturut Turut

218 Fibonaci

Don T Let Renovations Ruin Your Home And Your Budget Or Some Tips For Choosing A Contractor

Faisal Halim Kini Di Icu Tangan Kiri Tiada Tindak Balas



Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri


Resipi U S Waffle Cut Fries With Zesty Mango Blueberry Salsa Istimewa Hari Ibu

Resepi Makaroni Bakar

Tiga Simbol Terpapar Di Dashboard Kereta

Apakah Surat Asy Syu Ara Disebut Juga Surat Pemusik

Terapkan Budaya Kemas Dan Susun Di Mana Saja Anda Berada

Selepas Bersara Setiap Ringgit Berguna