Tips Memilih Sunblock Atau Sunscreen Yang Tepat





Sunblock atau Sunscreen adalah untuk melindungi kulit dari sinaran UV mungkin telah menjadi salah satu senarai runcit anda setiap bulan.
Walau bagaimanapun, jumlah produk tersebut di pasaran boleh membuat anda bingung memilih produk yang sesuai untuk kulit anda.
Bagi wanita yang menjaga kecantikan dan kesihatan kulit, sunblock atau krim sunscreen adalah suatu kemestian yang disapu setiap hari. Ia mampu melindungi kulit wajah daripada sinaran matahari yang berbahaya sekaligus mengurangkan pelbagai risiko masalah kulit.
Terdapat bermacam-macam jenis sunblock yang berada di pasaran dengan jumlah SPF yang berbeza bergantung pada jenis kulit dan aktiviti yang kita lakukan.
Jadi, sebelum nak beli sunblock, kena ambil tahu dahulu sunblock atau sunscreen mana yang paling sesuai dengan kulit kita.


Apa Itu Sunscreen Dan Sunblock?
Korang pernah rasa keliru tak, nak pakai sunscreen dengan sunblock? Ramai yang ingat sunscreen dengan sunblock adalah perkara yg sama, betul kan?
Sebenarnya, banyak perbezaan ketara antara sunscreen dengan sunblock dan uolls sepatutnya mengambil tahu kerana kedua-duanya akan memberi kesan kepada kulit bila kita meningkat usia nanti.





Sunscreen, yang mengandungi sebatian kimia organik seperti octyl methoxycinnamate, octyl salicylate, dan ecamsule, bergantung pada reaksi kimia untuk menyerap cahaya UV dan mengubahnya menjadi panas, yang kemudian dilepaskan dari kulit.
Ada juga yang tertanya-tanya , perlu ke pakai sunscreen waktu malam? Kalau dengar memang kita rasa lawak, tapi inilah hakikat sebenar. Mungkin cara penjelasan pakai waktu malam tu nampak overclaim.
Hanya Suncreen/Sunblock yang ada INFRAGUARD formula saja boleh pakai waktu malam. Cuma sebelum tidur wajib cuci. Saya ulang lagi "wajib cuci" .
Suncreen/Sunblock yang tiada INFRAGUARD kalau pakai waktu malam hanya berlaku pembaziran.





Tanpa kita sedar infrared dan blue light pada screen handphone, laptop dan komputer  merupakan salah satu punca faktor kulit kita jadi kusam, rosak dan nampak tua pada usia sebenar.
Bandingkan tahap penembusan cahaya UV dengan INFRARED/BLUE LIGHT dari gajet yang kita guna hari-hari tu, jauh tembus ke lapisan Hypodermis tanpa belas kesian. Ia lebih bahaya dari UV Ray.
Nampak tak? Semakin kita berdepan dengan gajet semakin kulit kita jadi kusam dan tak bermaya.

Sebaliknya, sunblock mengandungi bahan mineral seperti titanium dioksida atau zink oksida yang secara fizikal menyekat sinar UV. Oleh itu, perbezaan utama sunscreen dan sunblock adalah cara mereka melindungi kulit dari sinaran UV.





Sunblock dinamakan begitu kerana ianya menyekat sinar UV dengan membentuk pelindung fizikal, sementara sunscreen mengandungi bahan kimia yang menyerap sinar UV pada kulit anda. Sunblock juga terbaik untuk jeragat.

Sunscreen dan Sunblock juga mempunyai kaedah aplikasi yang berbeza. Oleh kerana sunscreen hanya berfungsi ketika diserap oleh kulit, ia perlu disapu. Tetapi anda hanya boleh menyekat dengan  sunblock, kerana ia berfungsi sebagai penghalang secara fizikal.





Anda harus menggunakan sunblock secara merata, kerana sinar UV boleh menyerang bahagian kulit yang terdedah, tidak kira sekecil mana pun. Kerana sunblock jika tidak digosok, biasanya meninggalkan warna putih pada kulit, sementara sunscreen akan hilang sepenuhnya.

Secara umumnya, sunscreen direka untuk melindungi dari sinar UVA, yang menyebabkan kerosakan kulit. Manakala sunblock pula diformulasikan untuk menghentikan kerosakan yang disebabkan oleh sinar UVB iaitu jenis yang menyebabkan kesan terbakar sinar matahari.





Tetapi banyak suncsreen dan sunblock, dapat membantu mencegah wrinkles dan sunburn.


Kesan sampingan sunscreen dan sunblock?
Sekiranya digunakan dengan betul, kesan sampingan sunscreen haruslah minimum. Penting untuk memilih produk yang sesuai untuk jenis kulit anda, terutamanya jika anda mempunyai kulit sensitif.





Beberapa jenis sunscreen mengandungi minyak dan boleh menyebabkan jerawat. Sekiranya anda mempunyai kulit yang sangat sensitif, mungkin boleh menyebabkan gatal.


Adakah sunscreen atau sunblock lebih baik?

Kedua-dua jenis mempunyai kebaikan dan keburukannya. Kerana beberapa bahan dalam sunscreen mengandungi kimia yang boleh menyebabkan kerengsaan atau reaksi alergi. Pilihan yang terbaik adalah hanya gunakan produk yang anda suka dan sesuai dengan kulit atau keperluan anda.
Sunblock sesuai untuk orang yang kulit sensitif. Sunblock tidak mempunyai bahan kimia yang dapat menyebabkan kerengsaan. Kerana sunblock berada di permukaan kulit, dan dapat ditoleransi dengan baik oleh jenis kulit yang paling sensitif.





Semua sunscreen dan sunblock dilengkapi dengan SPF (Sun Protection Factor). Dinasihatkan menggunakan SPF sekurang-kurangnya 30 , yang menyekat 97% sinar UVB.
Tetapi ingat, sementara bilangan SPF yang lebih tinggi menyekat sedikit lagi sinar UVB matahari, tidak ada sunscreen yang dapat menyekat 100% daripadanya.


Apakah maksud SPF?SPF adalah singkatan dari Sun Protection Factor, dan angka di sebelahnya menunjukkan seberapa baik pelindung matahari melindungi kulit daripada terbakar sinar matahari.
Ini bukan penunjuk berapa lama anda boleh berjemur di bawah sinar matahari, melainkan menunjukkan berapa lama kulit yang tidak dirawat untuk mula kemerahan dengan pelindung matahari diterapkan berbanding dengan berapa lama masa yang diperlukan untuk memulakan kemerahan tanpa itu.





SPF ini adalah kiraan yang merujuk kepada seberapa lama ianya boleh melindungi kulit kita dan seberapa kuat sesuatu produk itu kepada kulit kita.
Contoh pengiraan:1. Cara kira seberapa kuat ianya boleh melindungi kulit kita.
Kita ambil contoh SPF 15.
Kita perlu tolak satu daripada nilai SPF itu.
Misalnya, SPF 15 bermaksud (15-1)/15 iaitu 0.93
Jadi, 93%reen itu dapat lindungi kulit kita daripada sinaran UV.
Jika SPF 30, 96%
2. Setiap warna kulit adalah berbeza untuk pertahanannya terhadap sinaran uv.
Untuk kulit putih, biasanya hanya boleh bertahan 10 minit
Kulit kuning langsat, biasanya 15 minit
Kulit sawo matang, 20 minit
3. Semakin gelap kulit kita, semakin kuat ianya mampu bertahan di bawah sinaran uv kerana kandungan pigmen melanin yang tinggi.
Contoh kiraan:
Untuk orang berkulit putih, jika dia menggunakan SPF15, maka sunblock  itu mempunyai masa lebih kurang 15×10=150 minit untuk bertahan.
Untuk kulit kuning langsat, 15×15=225 minit
Untuk kulit sawo matang, 15×20=300 minit
Selain dari nilai SPF, kriteria lain untuk memilih sunblock  adalah ianya perlulah mempunyai perlindungan daripada sinaran UV (ultraviolet) A & B
UV A adalah sinaran UV yang boleh menembusi lapisan kulit. Ianya menyebabkan kulit menjadi tua (penuaan), berkedut, kusam dan masalah dalaman kulit yang lain.





UV B adalah sinaran yang tidak menembusi lapisan kulit. Ianya menyerang lapisan kulit luar sahaja. Jadi, ianya akan menyebabkan kulit kita terbakar (sunburn).
Sebab itu kita perlu mencari sunblock  yang mempunyai pertahanan kepada UVA dan UVB juga.


Cara Pakai Sunblock / Sunscreen Yang Betul

Masih ramai yang belum faham cara memakai sunblock atau sunscreen di wajah, terutama pada yang gemar make up.
Cuba ikuti langkah-langkah mudah berikut :


#1- Pilih sunblock wajah dengan SPF minima 30
Untuk aktiviti seharian, cukup hanya gunakan sunblock dengan SPF 30. Apabila anda beraktiviti sepanjang hari ditempat yang terkena sinar matahari secara langsung, gunakan sunblock wajah dengan SPF 50.
Tetap gunakan sunblock wajah meskipun anda beraktiviti di tempat teduh atau di ruangan tertutup. Ini kerana sinar matahari tetap dapat memancarkan radiasi.
Jadi, saat melakukan aktiviti, walau bagaimana pun cuacanya, tetap gunakan sunblock yang dilengkapi SPF.
Oleskan sunblock ke seluruh area sekitar wajah.

Sebelum menggunakan make up, oleskan sunblock ke seluruh wajah. Pastikan Anda benar-benar mengoleskannya secara merata, termasuk bahagian leher dan telinga. Gunakan sunblock paling kurang 15 - 30 minit sebelum melakukan aktiviti di luar.


Aplikasikan make up

Pada umumnya, masalah yang akan dihadapi adalah terjadinya penumpukan antara lapisan sunblock dan alas bedak sehingga wajah terkesan tebal dan tampak seperti mengenakan topeng.




Disarankan menggunakan alas  bedak (foundation) bertekstur ringan. Setelah itu, lanjutkan dengan bedak padat kerana partikelnya dapat menahan sunblock dan pelembap pada tempatnya. Anda juga boleh memilih bedak padat yang mengandung SPF.
Jangan lupa bibir. Bibir juga perlu perlindungan. Sinar UV, tidak hanya  memberi kesan buruk pada kulit, tapi juga pada bibir. Oleskan pelembap bibir atau lipstik yang memiliki kandungan SPF 15 untuk menghalang sinar UVA dan UVB.





Jika melakukan aktiviti di luar rumah, pilihlah lipstik yang memberikan hasil matte. Ini kerana  lipstik atau lip gloss yang berkilat akan menarik lebih banyak sinar UV.
Setelah memahami betapa pentingnya melindungi kulit dari sinar UV,  diharap anda juga dapat mengetahui betapa pentingnya menggunakan sunblock atau sunscreen, terutama semasa  melakukan sebarang aktiviti di luar rumah.
Meskipun cuaca mendung, sinar UV tetap aktif memancarkan radiasi yang berpotensi merosakkan kulit. Oleh itu, jangan lupa memakai sunblock atau sunscreen wajah dalam rutinp harian anda.
Diharap,anda dapat memahami serba sedikit tentang kedua-dua fungsi perlindungan daripada cahaya matahari. Dibawah ini adalah senarai produk yang boleh dikatakan terkenal dan ramai yang gunakannya.
Boleh klik pada gambar jika anda ingin membelinya.

   

























































Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.zatisalim.com/2021/06/tips-memilih-sunblock-atau-sunscreen.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tips Memilih Sendal Gunung Terbaik

Tips Memilih Sendal Gunung Terbaik

papar berkaitan - pada 31/5/2021 - jumlah : 243 hits
Memiliki hobi naik gunung merupakan hal yang menyenangkan Namun saat kita melakukan hobi tersebut tentunya memerlukan perlengkapan yang tidak asal Karena saat berpetualang di alam tidak aka nada yang tahu akan menghadapi kejadian apa Oleh k...
Total Lockdown Atau Stepdown

Total Lockdown Atau Stepdown

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 249 hits
Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara Mengenai Pengurusan Covid 19 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri petang tadi telah memutuskan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun total lockdown Fasa Pertama di...
Sop Dan Senarai Sektor Perniagaan Atau Essential Service Yang Dibenarkan Beroperasi Sepanjang Pkpd Di Temerloh

Sop Dan Senarai Sektor Perniagaan Atau Essential Service Yang Dibenarkan Beroperasi Sepanjang Pkpd Di Temerloh

papar berkaitan - pada 30/5/2021 - jumlah : 997 hits
Selepas 2 hari pengumuman PKPD di 2 mukim dalam daerah Temerloh barulah terdapat SOP rasmi yang dikeluarkan yang berkuatkuasa pada 28 Mei ini Selepas penduduk Temerloh khususnya tertanya tanya sektor perniagaan apakah yang dibenarkan berope...
Biaya Rumah 40 Tahun Praktikal Atau Beban

Biaya Rumah 40 Tahun Praktikal Atau Beban

papar berkaitan - pada 30/5/2021 - jumlah : 307 hits
Cadangan memanjangkan tempoh pembiayaan perumahan melebihi amalan semasa 35 tahun kembali dibicarakan dalam arena perkembangan sektor hartanah semasa Kali ini objektif utamanya dikatakan untuk membantu kumpulan isi rumah berpendapatan teren...
Vincenzo Cassano Dari Vincenzo Atau Kim Doki Dari Taxi Driver Siapakah Hero Gelap Lebih Baik

Vincenzo Cassano Dari Vincenzo Atau Kim Doki Dari Taxi Driver Siapakah Hero Gelap Lebih Baik

papar berkaitan - pada 31/5/2021 - jumlah : 614 hits
Tak dinafikan bahawa temah hero gelap semakin mendapat tempat dalam dunia K Drama Lihat saja kejayaan naskhah Vincenzo dan Taxi Driver yang baru sahaja menamatkan tayangan baru baru ini Mempunyai personaliti yang berbeza anti hero yang mana...
Cuba Kerajaan Siasat Atau Sprm Siasat Ada Juga Yang Bagi Peruntukan Melalui Ngo Belaan

Cuba Kerajaan Siasat Atau Sprm Siasat Ada Juga Yang Bagi Peruntukan Melalui Ngo Belaan

papar berkaitan - pada 28/5/2021 - jumlah : 300 hits
Masyuk NGO kaut keuntungan 30 peratus kutipan sumbangan orang ramaiMay 28 2021 Semakin ramai mengambil kesempatan dan berselindung di sebalik tujuan asal menubuhkan pertubuhan bukan kerajaan untuk melakukan kebajikan tetapi pada masa sama t...
Pkp 3 0 Talian Hayat Kerajaan Atau Rakyat

Pkp 3 0 Talian Hayat Kerajaan Atau Rakyat

papar berkaitan - pada 26/5/2021 - jumlah : 287 hits
Kemudahan yang ada pada kerajaan negeri dan sektor swasta boleh digunakan bagi mempercepatkan pendaftaran dan inokulasi berikutnya sebaik sahaja bekalan vaksin tempatan dipenuhi semula katanya Sementara itu Persekutuan Majikan Malaysia dala...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Worldcoin Dan Ai

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Morning View Kundasang

Jamrud Telat 3 Bulan Chord

Cara Masak Mee Calong Terengganu Sedap Dimakan Panas Panas

Langkawi Cruise Pilihan Pakej Cara Tempah

The Bamboo Flute En Ber Ttelse Om K Rlek F Rlust Och Musikens Makt Fr N 8 E Rhundradets Iran

Panas Express Di Lalaport