Biaya Rumah 40 Tahun Praktikal Atau Beban


Cadangan memanjangkan tempoh pembiayaan perumahan melebihi amalan semasa 35 tahun kembali dibicarakan dalam arena perkembangan sektor hartanah semasa.

Kali ini, objektif utamanya dikatakan untuk membantu kumpulan isi rumah berpendapatan terendah 40 peratus (B40) khususnya di kawasan bandar untuk memiliki rumah mereka sendiri.

Umumnya, objektif untuk membantu golongan berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri ialah satu matlamat yang murni. Hal demikian kerana memiliki tempat tinggal yang selamat dan selesa merupakan salah satu daripada keperluan asasi manusia. Oleh itu, jalan untuk merealisasi matlamat murni ini harus dilakukan dengan cara yang betul, tidak mengelirukan dan tidak bertentangan dengan tujuan asal.

Sebelum ini, Bank Negara Malaysia mengehadkan tempoh maksimum pinjaman selama 35 tahun sejak 2013 bagi pembelian hartanah sebagai sebahagian daripada langkah-langkah pembiayaan bertanggungjawab. Ini termasuklah mengambil kira faktor usia persaraan dan mengelakkan rampasan rumah bila berlaku kegagalan untuk memenuhi perjanjian pembiayaan.

Agak sukar membayangkan seseorang yang mana jangka hayat ketika lahir (tahun 2020) ialah 77.6 tahun bagi perempuan dan 72.6 tahun bagi lelaki untuk terikat dengan komitmen pembiayaan yang besar bagi tempoh antara 40 hingga 60 tahun. Oleh itu, cadangan pemanjangan tempoh pembiayaan sehingga 40 tahun dan ke atas sudah pasti akan menimbulkan polemik tentang pembiayaan antara generasi bagi pemilikan hanya sebuah rumah.

Pertamanya, isu etika apabila mengalihkan beban kewangan besar kepada waris yang belum cukup umur sebelum mendapat persetujuan mereka. Jika kedua-dua pembeli ialah individu dewasa, maka ia menjadi pembiayaan secara bersama.

Kedua, pemanjangan tempoh pembiayaan tidak menggambarkan matlamat sebenar untuk mengupayakan kumpulan ini memiliki rumah sendiri. Ini kerana tempoh pembiayaan yang panjang serta pengalihan komitmen pembiayaan kepada generasi kedua menunjukkan harga rumah tersebut di luar kemampuan mereka.

Dalam Islam, individu yang belum baligh ataupun belum mencapai tahap kematangan yang dipersetujui syarak tidak boleh sewenang-wenangnya dilibatkan dalam akad seperti perkahwinan, jual beli, sewa, wakil dan lain-lain. Bagaimanapun, ia tidaklah bermaksud kanak-kanak atau individu tidak sempurna akal tiada kelayakan langsung dalam akad dan ibadah tertentu. Hak mereka untuk terlibat dalam sesuatu kontrak itu ada dan bersyarat termasuklah di bawah seliaan penjaga yang adil dan sah.

Namun, secara umumnya, kelayakan atau ahliyyah yang penuh ialah apabila seseorang itu mampu untuk memahami dan memikul hak dan tanggungjawab serta berkemampuan untuk memberi kesan undang-undang (hukum) daripada tindakannya. Dalam pembiayaan perumahan Islam berdasarkan akad jual beli misalnya, kedua-dua pihak penjual dan pembeli yang terlibat disyaratkan untuk mempunyai kelayakan mengikut syarak ini.

Terdapat dua isu syariah utama yang dikenal pasti sekiranya pemanjangan tempoh pembiayaan perumahan melibatkan antara generasi iaitu pertama, kelayakan syarak generasi kedua pada tarikh perjanjian pembiayaan dimeterai. Kedua, isu pemilik rumah yang gharar (tidak jelas) ketika proses jual beli.

Walaupun seorang penjaga seperti bapa mempunyai kuasa wali ke atas anaknya, namun ia terhad kepada perkara-perkara yang dibenarkan oleh syarak. Islam tidak membenarkan seorang wali untuk membuat keputusan yang mendatangkan kemudaratan kepada individu di bawah jagaannya.

Cadangan pembiayaan perumahan antara generasi dilihat muncul kerana pembeli pertama sebenarnya tidak mampu membuat pembelian dan memikul komitmen kewangan untuk satu tempoh yang lazim oleh masyarakat setempat. Oleh itu, penyelesaian kepada permasalahan ini bukanlah dengan memanjangkan tempoh pembiayaan sehingga menjejaskan generasi kedua, sebaliknya perlu kembali kepada akar permasalahan berkenaan.

Akar kepada masalah ini ialah harga rumah di kawasan bandar yang tinggi disebabkan oleh tanah yang terhad menyebabkan golongan berpendapatan rendah dan sederhana sukar memiliki rumah sendiri. Perkara ini tidak hanya berlaku di Malaysia bahkan turut berlaku di seluruh dunia.

Sebenarnya, memiliki tempat tinggal yang baik dan memenuhi keperluan asasi bukanlah semata-mata melalui jalan pemilikan sahaja. Masyarakat perlu menyedari bahawa memiliki manfaat tempat tinggal adalah lebih utama daripada memiliki sebuah rumah tersebut. Apatah lagi jika pemilikan rumah itu boleh mendatangkan kesusahan kerana pemilik rumah memang tidak mampu pada asalnya untuk membiayai kos memilikinya. Oleh itu, penyewaan bagi mendapatkan manfaat tempat tinggal ialah salah satu opsyen yang praktikal dan lebih selamat khususnya di bandar-bandar utama.

Dalam memperkasa aktiviti penyewaan di bandar-bandar utama, tidak dapat tidak, skim perumahan awam perlu dipertingkatkan dan diberi nafas baharu. Sebelum ini, skim perumahan awam menyasarkan kumpulan berpendapatan rendah untuk opsyen sewa atau beli dengan kadar berpatutan dan mampu milik. Justeru, pertimbangan sama juga harus diperluas kepada kelas pertengahan yang hampir kepada kumpulan berpendapatan rendah.

Skim perumahan awam khusus untuk penyewaan ini lebih ditekankan untuk dilaksanakan dan diperkasa di bandar-bandar utama kerana lebih menjamin kebajikan masyarakat berbanding keuntungan. Tambahan lagi, aspek kesediaan tanah dan penguatkuasaan berpusat lebih menyebelahi pihak berkuasa tempatan. Pada masa sama, aktiviti penyewaan swasta di bandar-bandar utama hendaklah diselia secara berpusat menggunakan akta bersesuaian bagi melindungi kedua-dua pemilik rumah dan penyewa.

Bagi memenuhi objektif umum pemilikan rumah pula, pilihan untuk membeli rumah kepada kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana hendaklah tidak dihadkan di kawasan bandar-bandar utama sahaja, sementelah skim perumahan awam boleh diperkasa. Matlamat ini boleh diusahakan dengan menawarkan skim dan kempen-kempen khusus seperti skim perumahan awam di kawasan ekonomi baharu, kempen Rumahku Kampung Halamanku, insentif pecah geran kongsi dan lain-lain yang bersesuaian.

Oleh: Nur Syahidah Abdul Jalil
          Pegawai Penyelidik Kanan, Pusat Kajian Ekonomi & Kemasyarakatan          Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/05/biaya-rumah-40-tahun-praktikal-atau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lampu Solar Untuk Dalam Atau Luar Rumah

Lampu Solar Untuk Dalam Atau Luar Rumah

papar berkaitan - pada 5/6/2021 - jumlah : 524 hits
Baru baru nie saya ada beli lampu solar untuk reban dan kawasan rumah saya dan abgi saya ini boleh menjimatkan lagi tenaga eletrik yang kita gunakan dalam rumah dan akan datang target saya semua lampu hanya ingin digunakan mengunakan solar ...
Alasan Sophia Latjuba Nggak Pernah Beli Atau Miliki Rumah Harga Rumah Di Jakarta Terlalu Mahal

Alasan Sophia Latjuba Nggak Pernah Beli Atau Miliki Rumah Harga Rumah Di Jakarta Terlalu Mahal

papar berkaitan - pada 20/5/2021 - jumlah : 280 hits
Menurutnya harga rumah di Jakarta itu bahkan sudah setara dengan harga di kawasan elit Amerika Serikat Beverly Hills
Lansia Berusia 82 Tahun Meninggal Dunia Akibat Terjebak Dalam Kebakaran Rumah

Lansia Berusia 82 Tahun Meninggal Dunia Akibat Terjebak Dalam Kebakaran Rumah

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 287 hits
Dalam kebakaran itu sedikitnya lima unit armada damkar dari Dinas Pencegahan dan Pemadaman Kebakaran Kota Medan Kemudian pada pukul 22 05 WIB api berhasil dipadamkan
Hampir 12 Tengah Malam Bapa Tertidur Tak Sedar Anak 3 Tahun Setahun Keluar Rumah

Hampir 12 Tengah Malam Bapa Tertidur Tak Sedar Anak 3 Tahun Setahun Keluar Rumah

papar berkaitan - pada 30/5/2021 - jumlah : 381 hits
Seorang bapa mengakui disebabkan kecuaiannya tidur terlalu lena menjadi punca dua anak perempuannya berusia satu dan tiga tahun berkeliaran tanpa pengawasan di sekitar Kampung Melayu Kulai di Kulai Johor pada Jumaat Ketua Polis Daerah Kulai...
Tumpu Pada Rumah Tangga Sendiri 22 Tahun Usia Perkahwinan Wanita Ini Kongsi Tip Berguna

Tumpu Pada Rumah Tangga Sendiri 22 Tahun Usia Perkahwinan Wanita Ini Kongsi Tip Berguna

papar berkaitan - pada 21/5/2021 - jumlah : 330 hits
Bertanggungjawab bertolak ansur saling mempercayai jujur dan amanah antara kunci kebahagiaan sesebuah organisasi kekeluargaan terutama bagi pasangan suami isteri Apabila terlafaznya akad nikah disaat itu jugalah tanggungjawab dan amanah per...
Persiapan Raya Tahun 2021

Persiapan Raya Tahun 2021

papar berkaitan - pada 27/5/2021 - jumlah : 368 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Eh Sepatutnya entri ni dah publish dua tiga hari sebelum nak raya Asal draft lagi ni Tersilap setting tarikh ke Hahah mujur check Alang alang dah typing macam macam kan Tekan publish je lah Mood raya lagi...
Chile Mula Vaksinasi Covid 19 Untuk Penduduk Bawah 30 Tahun

Chile Mula Vaksinasi Covid 19 Untuk Penduduk Bawah 30 Tahun

papar berkaitan - pada 27/5/2021 - jumlah : 285 hits
Chile mula vaksinasi Covid 19 untuk penduduk bawah 30 tahun Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan pada 26 May 2021 11 30PM
Seminar Impak Maksimum Tahun 5 Dan 6 2021 Anjuran Flyhigh Training Centre

Seminar Impak Maksimum Tahun 5 Dan 6 2021 Anjuran Flyhigh Training Centre

papar berkaitan - pada 27/5/2021 - jumlah : 348 hits
Seminar Impak Maksimum Tahun 5 Dan 6 2021 Anjuran Flyhigh Training Centre Musim Covid 19 yang melanda Malaysia belum menunjukkan tanda bila akan berakhir Kita hanya mampu berdoa agar Covid 19 di Malaysia akan lenyap buat selamanya Buat masa...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Soladariti Mp Kepala Batas Kutip Derma Bantu Bayar Rm825k Kepada Lim Kit Siang Lim Guan Eng

Peraturan Denda Gila Kepada Pekerja Ramen Chain

Ramalan Gbp Usd Pada 23 Disember 2024

Dry Pan Mee Ah Cheng Laksa

Berulang Tahun Dicky Difie Dapat Kiriman Karangan Bunga Tak Biasa Dari Andre Taulany Lucu Terus

The Timeless Spell Of Rome S Oldest Churches