Tips Memilih Dan Membeli Buah Tembikai Yang Terbaik
"Tips Memilih Tembikai Elok"
Tembikai adalah salah satu buah buahan yang cukup digemari. Seluruh dunia kenal akan tembikai tidak kira anda memanggilnya tembikai, timun cina atau watermelon.
Tips Memilih Buah Tembikai Baik
Isinya yang merah, kadang-kadang ada yang kuning adalah kegemaran manusia, jarang kulitnya dimakan. Sekadar bergurau.
Buah tembikai cukup popular apabila keadaan cuaca yang panas. Musim panas cukup lakulah buah ini.
Waktu panas kita cukup mendambakan air dalam badan, tembikai kaya dengan air jika dibandingkan dengan buah buahan yang lain, tidak dikira labu sayung ya. Sekali lagi cuba bergurau.
Kandungan Air yang Tinggi Dalam Tembikai
Dari hasil carian google, 92 peratus dari setiap gigitan tembikai mengandungi air, 6 peratus gula dan selebihnya sebatian lain.
92 peratus kalau dalam peperiksaan sudah mampu mengembangkan hidung kerana sudah mendapat A+ markahnya.
Dengan A+ terbukti tembikai adalah buah-buahan yang cukup popular dengan kandungan air yang mampu menghilangkan dahaga dan juga kemanisan buah.
Sukar Memilih Buah Tembikai Elok
Dari pengalaman penulis sendiri sebenarnya, bukan mudah untuk memilih buah tembikai yang manis dan bermutu.
Bertimbun-timbun buah tembikai dijual namun tahukah kita yang mana adalah tembikai yang elok, manis dan menepati citarasa kita.
Tips Memilih Buah Tembikai yang Baik
Jum kita pelajari bagaimana untuk mengetahui buah tembikai yang dipilih adalah bermutu:
Spot Kuning Pada Tembikai1. Pilih buah yang memiliki 'spot' kuning keputihan yang pekat warnanya. makin banyak kelihatan warna kuning putih ini makin elok buahnya, masak ranum.
Kata-kata pakar, ini menandakan buah tembikai ini lama berada pada tanah, lagi lama lagi terjamin masak ranumnya.
Kesan Serangga Pada Tembikai2. Jika memilih pasangan kita akan memilih yang 'flawless' wajahnya. Lain pula dalam pemilihan tembikai.
Terdapat kesan bintik-bintik atau tompok tompok yang banyak menandakan tembikai ini elok dan terbaik, kenapa ? Kata pakar pertanian lagi, kebanyakan naluri binatang seperti lebah akan mengetahui betapa manisnya buah melalui naluri mereka.
Sudah digigit lebat, tompok-tompok bermakna lebah setuju buah ini elok.
Bentuk Buah Tembikai3. Buah tembikai ada jantan dan ada betina. Untuk kenalpasti, buah yang agak lonjong adalah jantan dan membulat itu betina.
Masing-masing memiliki keistimewaan tersendiri. Buah tembikai jantan (yang lonjong) kaya dengan air manakala yang betina (membulat) lebih kepada manis isinya.
Jadi, mana yang anda suka ?
Tangkai Buah Tembikai Masak4. Pastikan buah tembikai yang ingin dipilih masih memiliki tangkai. Mudah untuk dikenalpasti buah yang masak ranum nanti.
Dari tangkai kita dapat ketahui berapa lama buah ini mula dipetik. Tangkai kering ia dipetik ketika buah telah masak, jika masih hijau tangkainya ia telah dipetik ketika belum cukup masak.
sumber: Pejabat Pertanian Daerah Muar
Pilih Buah Tembikai Betul-Betul Masak
Kesimpulan yang mampu penulis simpulkan adalah untuk mendapatkan buah tembikai yang elok dan terbaik carilah yang masak dengan ranum sebelum dituai.
Tips yang disenaraikan di atas adalah lebih kepada mencari tanda luaran bahawa buah tembikai tersebut sudah betul-betul 'bersedia' untuk di makan.
Terlalu muda kurang air dan manisnya, terlalu tua mungkin busuk pula.
Anda fikir anda tahu Tips Memilih dan Membeli Buah Tembikai yang Terbaik ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.belangtarung.com/2019/05/tips-memilih-dan-membeli-buah-tembikai.html