7 Khasiat Ajaib Buah Delima


Penyelidikan yang telah dilakukan terhadap buah delima, bukan sahaja menjadi bahan kajian pengkaji tempatan malahan Barat dan kedua-dua pihak tidak menafikan kebaikan khasiat buah delima.


Kehebatan buah delima atau nama saintifiknya Punica Granatum tidak hanya meniti di bibir manusia, malah telah banyak diperihalkan dalam beberapa teks-teks, kitab-kitab keagamaan, antaranya dalam Perjanjian Lama, Homeric Hymns dan antara 6 buah berkhasiat yang disebut dalam Al-Quran.

Sudah pasti ada sesuatu yang luar biasa di sebalik buah ini!

Buah delima merupakan sumber potasium yang sangat baik untuk tekanan darah, jantung dan buah pinggang.

Kajian juga mendapati, amalan mengambil sedikit jus delima pada setiap hari dapat meningkatkan kesihatan jantung.

Pokok delima berasal daripada Barat Daya Asia dan telah ditanam secara semulajadi di seluruh kawasan Lembah Mediterranean dan Kaukasus sejak zaman purba.

Delima juga ditanam secara meluas di seluruh Afghanistan, Algeria, Armenia,

Azerbaijan, Iran, Iraq, India, Pakistan, Syria, Turki, bahagian-bahagian lebih kering di Asia Tenggara, Semenanjung Malaysia, India Timur dan kawasan tropika di Afrika.

Pokok delima telah dibawa masuk ke Amerika Latin dan California oleh para peneroka Sepanyol pada tahun 1769 dan kini ditanam di sebahagian California dan Arizona untuk pengeluaran jus.

Berikut adalah 7 khasiat Buah Delima untuk kesihatan.

1. Merawat kanser prostat

Ujian terhadap 50 lelaki yang meminum 205 gram jus delima setiap hari berjaya mengurangkan penggandaan ukuran perkembangan kanser prostat atau Prostate Specific Antigen (PSA) dan dapat mengurangkan rawatan seperti kemoterapi atau terapi hormon.

2. Menurunkan paras kolesterol

Kajian menunjukkan jus delima mengandungi dua hingga tiga kali ganda fungsi antioksida jika dibandingkan teh hijau.

3. Mengurangkan tekanan darah tinggi

Saintis mendapati, kandungan antioksida yang tinggi secara semula jadi dapat mengurangkan tekanan darah tinggi.

4. Mencegah dan melambatkan penyakit Alzheimer

Dalam sebuah kajian, tikus yang dibiakkan untuk mengembangkan penyakit Alzheimer diberikan jus delima.

Mereka mengumpulkan plak amiloid yang lebih sedikit dan melakukan tugas-tugas mental yang lebih baik.

5. Sumber nutrisi

Saintis mendapati, sebiji buah delima memiliki sekitar 40 peratus Vitamin C harian untuk orang dewasa dan mengandungi asid folat, serat, kalium, niasin termasuk Vitamin A dan E.

6. Mencantikkan kulit

Sumber asid folat dan antioksidan dalam buah delima dapat merangsang, menyahtoksid, meningkatkan kecantikan kulit dan melahirkan anak sihat dan cerdas.

7. Baik untuk ibu mengandung

Buah delima dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Jusnya dapat melahirkan anak sihat dan cerdas.

Keburukan Buah Delima

Meskipun demikian, pesanan khas kepada pesakit yang mengambil ubat, khususnya rawatan penyakit jantung dan darah tinggi. Pastikan anda mendapatkan nasihat doktor dahulu sebelum mengamalkan jus buah delima setiap hari.

Makan buah atau minum jus delima juga boleh meningkatkan kesan sampingan ubat-ubatan seperti ubat Fluoxetine, Codeine dan Ondansetron.

Begitu juga ubat penyakit jantung dan darah tinggi seperti ubat kumpulan ACE Inhibitor (Lisinopril, Enalapril, Captopril) yang boleh bertindak balas/dipengaruhi oleh buah delima kerana (makan buah delima bersama ubat darah tinggi) boleh sebabkan tekanan darah menjadi terlalu rendah.

Sebaik-baiknya, pesakit menjarakkan masa antara makan ubat dan pengambilan buah Delima.

Tips memilih buah delima

Pilih buah Delima yang berat dan pastikan kulitnya bersih dan tidak merekah.

Buah delima boleh tahan 6 bulan jika disimpan dalam peti sejuk.

Untuk produk berasaskan delima, mohon semak label kandungan sebelum membeli. Pastikan paras gulanya tidak terlalu tinggi kerana niat baik kita untuk mendapatkan khasiat delima, takut nanti bertukar menjadi mimpi ngeri pula!

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
10 Fakta Buah Delima Yang Anda Tidak Tahu!6 Jenis Buah Yang Disebut Dalam Al-Quran
sumber: sinarharian



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/05/7-khasiat-ajaib-buah-delima.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Khasiat Buah Bidara Untuk Kesihatan

Khasiat Buah Bidara Untuk Kesihatan

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 1751 hits
Khasiat buah Bidara Untuk Kesihatan Buah bidara ni dah lama dengar namanya tapi tak pernah nampak Tapi sejak buah bidara dah jadi popular dan komersial maka kenal lah dengan buah bidara Dah beberapa kali beli bila singgah di RnR Pagoh waktu...
Buah Buahan Yang Berkhasiat Meningkatkan Kekebalan Tubuh

Buah Buahan Yang Berkhasiat Meningkatkan Kekebalan Tubuh

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 429 hits
informasitips com Sistem kekebalan tubuh merupakan benteng pertahanan pertama bagi tubuh kita dalam melawan berbagai infeksi penyakit Bila sistem kekebalan tubuh baik maka kesehatan tubuh kita juga akan baik Sebaliknya bila sistem kekebalan...
Strategi Anak Buah Menteri Susi Genjot Ekspor Perikanan Indonesia

Strategi Anak Buah Menteri Susi Genjot Ekspor Perikanan Indonesia

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 204 hits
Sekretaris Ditjen Penguatan Daya Saing Produk Kelautan dan Perikanan KKP Berny A Subki mengatakan SEG merupakan pameran seafood terbesar di Eropa mengingat pameran ini diikuti oleh 2 007 peserta dari 88 negara dan dihadiri oleh suplier prod...
Tips Pilih Buah Durian Cara Beli Durian Yang Bagus

Tips Pilih Buah Durian Cara Beli Durian Yang Bagus

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 670 hits
Buah Durian sumber photo Mesti ramai diantara kita peminat tegar durian kan Kalau saya nak kata minat tu tidak la tapi nak makan tu boleh Untuk pengetahuan korang buah durian ni mempunyai banyak jenis ada D101 D24 Raja kunyit Durian Udang M...
Anuar Tahur Empat Buah Jambatan Di Temerloh Srmakin Uzur

Anuar Tahur Empat Buah Jambatan Di Temerloh Srmakin Uzur

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 351 hits
TEMERLOH Empat jambatan di daerah ini berada dalam perhatian kerana keadaannya yang uzur dan rosak Jambatan di Sungai Dingin Dala Kelubi dan Mambang Berulang berusia lebih 30 tahun Ahli Parlimen Temerloh Mohd Anuar Tahir berkata buat masa i...
Bukan Cuma Kurma 9 Buah Juara Ini Juga Ampuh Kembalikan Energimu Saat Buka Puasa

Bukan Cuma Kurma 9 Buah Juara Ini Juga Ampuh Kembalikan Energimu Saat Buka Puasa

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 255 hits
Buka puasa jangan langsung makan berat tahan dulu pakai buah buahan lalu bergegas salat
Kek Dari Buah Buahan Tempatan Siap Masuk Rempah Lagi

Kek Dari Buah Buahan Tempatan Siap Masuk Rempah Lagi

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 483 hits
Pernah makan kek dari buah buah tempatan Kalau belum nah ini 3 resepi berasaskan nangka labu dan keladi Lebih hebat lagi ada rempah ratus dalam ramuannya Cuba jangan tak cuba 1 KEK NANGKA MOUSSE REMPAH KAYU MANIS JINTAN MANISBAHAN BAHAN Bah...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat