Tips Melaksanakan Pertandingan Bolasepak Mssd Bawah 12 Tahun
Embed from Getty Images
Pada tarikh 3 - 7 Febuari 2020, sekolah saya telah ditugaskan untuk menjadi tuan rumah pertandingan Pertandingan Bolasepak MSSD Bawah 12 Tahun. Saya akan kongsi kepada cikgu-cikgu yang membaca post ini bagaimana saya dan rakan-rakan setugas melaksanakan kejohanan ini dari peringkat pra-kejohanan, kejohanan, dan pasca-kejohanan. Terdapat beberapa kelemahan yang dapat saya kongsikan agar kita boleh sama-sama perbaiki.
Dalam bahagian 1, saya kongsikan beberapa perkara penting yang saya rasa mesti dilaksanakan. Bahagian ini menceritakan proses persiapan pra-kejohanan ini. 1. Berbincang bersama pentadbir.Kami hanya diberikan masa 3 minggu selepas rakan setugas saya menghadiri mesyuarat teknikal di SK Alam Megah untuk mempersiapkan padang bola. Tanpa membuang masa kami terus berjumpa dengan pihak pentadbir iaitu PK Kokurikulum dan Guru Besar.
Perkara yang kami bincangkan:Bajet - Peruntukan amatlah terhad. Tapi ada satu cara rahsia (akan diterangkan nanti) yang saya gunakan untuk mendapatkan juga barang yang diperlukan. Bilangan guru yang terlibat - Amat penting untuk kenalpasti apakah tugas yang perlu ada agar guru-guru dapat disenaraikan. Kejohanan ini tidak perlu ramai cikgu jadi hanya beberapa orang AJK Pelaksana diperlukan. Perancangan - Terangkan perancang yang cikgu ada dalam minda. Setelah diterangkan pastikan perancangan yang rapi dituliskan di dalam kertas kerja untuk diluluskan oleh guru besar. 2. Nilai keadaan padang sekolah. Cuba luangkan masa untuk terokai keadaan padang sekolah cikgu. Kenalpasti kawasan yang boleh mendatangkan bahaya kepada pemain seperti kawasan berpasir dan berbatu, rumput nipis, lopak air, dan pelbagai lagi. Kalau kawasan berbahaya tersebut ada cikgu cuba atasi masalah tersebut. Dapatkan bantuan rakan-rakan cikgu yang lain untuk 'cantikkan' keadaan padang tersebut.
3. Apakah barang-barang yang diperlukan?Seperti yang tertera dalam soalan tersebut, cuba kenalpasti barang yang diperlukan. Saya senaraikan barang yang kami gunakan untuk persiapan padang dan barang yang perlu digunakan ketika kejohanan.
Portable field line marker - Untuk gelek line padang.Minyak hitam lori atau bas - Untuk buat line.Tali rafia - untuk tanda garisan padang ketika mengukur.Pita pengukur - untuk ukur padang bola. Untuk barang yang digunakan ketika kejohanan saya akan senaraikan dalam post bahagian 2.
4. Siapkan kertas kerja.Kerja ini agak leceh sebab proses nak siapkan agak panjang. Berulang kali print draft dan hantar ke PK Koku untuk diluluskan. Tapi proses ini sangatlah penting untuk 'lindungi' cikgu.
Antara perkara penting yang saya masukkan dalam kertas kerja adalah: Anggaran kos - rahsia untuk pastikan cikgu dapat barang-barang yang diperlukan adalah ketika berbincang dengan PK Koku cuba senaraikan segala barang yang diperlukan. Selalunya PK Koku akan cuba dapatkan peralatan tersebut dan pasti dapat sebab dia guna sumber Kewangan Kokurikulum. Banyak barang baru yang saya dapat seperti bola size 4, corner flags, linesman's flag, jaring gol, pam bola elektrik, dan bib latihan. Semua baru dan bau kedai. Kami juga dibenarkan untuk cat dan welding tiang gol menggunakan peruntukan PIBG. Jadi, tulis semua barang yang cikgu perlukan dan saya yakin PK Koku sekolah cikgu akan dapatkannya. Memo - pastikan cikgu tulis memo pemilihan pemain dan jadual latihan untuk makluman kepada ibubapa, murid, dan guru yang lain. AJK Pelaksana - kami hanya memerlukan beberapa orang guru sahaja.Banyak lagi perkara yang perlu ada dalam kertas kerja. Cikgu boleh download contoh kertas kerja Pertandingan Bolasepak MSSD Bawah 12 Tahun.
Embed from Getty ImagesKesimpulanPastikan cikgu berbincang dengan pentadbiran sekolah, lihat kondisi padang bola di sekolah cikgu.Siapkan kertas kerja supaya cikgu boleh dapatkan barang-barang keperluan untuk pertandingan.Berkomunikasi secara jelas dengan pihak pentadbiran dan rakan-rakan setugas yang lain terutamanya jika cikgu perlu libatkan mereka dalam AJK Pelaksana. Ikhlaskan hati niat bekerja untuk beribadah kepada Allah, insya Allah Dia akan permudahkan urusan kita.
Sekian, Semoga post ini dapat memberikan manfaat kepada anda. Saya akan sambung tentang pelaksanaan pada hari kejohanan dalam bahagian 2. Tolong share post ini kepada rakan-rakan anda diluar sana.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://cikgushuhaizi.blogspot.com/2020/02/tips-melaksanakan-pertandingan.html