Tips Komputer Tanda Tanda Hard Disk Rosak
Hard Disk merupakan salah satu komponen yang penting untuk sesebuah laptop atau komputer anda. Ianya berfungsi untuk menyimpan dan membaca data. Kebiasaannya komponen laptop dan komputer diperbuat daripada elektronik, tetapi hard disk diperbuat daripada gabungan elektronik dan mekanikal, menjadikannya mudah rosak berbanding komponen-komponen lain.
Punca Hard Disk Rosak
Kerap sleep dan hibernate. Jika sleep untuk jangka masa satu jam kebawah tiada masalah, tetapi untuk jangka masa yang lama amatlah tidak digalakkan.Laptop terjatuh ketika sedang digunakan. Suhu laptop atau komputer terlalu tinggi. Suhu yang tinggi boleh mengakibatkan kerosakan bukan sahaja hard disk, malahan semua komponen yang ada.
Tanda-Tanda Hard Disk Rosak
1. Detection
Default boot device missing atau Boot failed
Detection atau pengesan dimana partition hard disk anda kadang-kadang dapat detect, kadang-kadang tidak dapat. Bila On PC atau laptop anda keluar tanda seperti berikut :internal hard disk not foundno bootable deviceno device detectedboot device not foundprimary hard drive not foundSMART failure predicted on hard disk
No boot device found
Besar kemungkinan hard disk anda bermasalah. Jika sudah dapat tanda seperti diatas, anda digalakkan untuk membuat backup kesemua data anda sebelum hard disk anda rosak sepenuhnya.
2. Windows Lambat
Pernah tak anda sakit hati bila menunggu startup windows pun dalam sejam tak dapat masuk-masuk juga? Dah la banyak kerja perlu dibuat, Laptop pula slow macam kura-kura. Bukan itu sahaja, bila buka sebarang software seperti words tunggu dalam 10 minit baru loading. Jika perkara seperti ini berlarutan, kemungkinan besar hard disk anda bermasalah.
3. Blue Screen
Contoh blue screen pertama
Blue screen ini akan terjadi dalam macam-macam situasi, antaranya :On terus keluar blue screenDah start, windows dah keluar tiba-tiba blue screenSometimes, tengah buat kerja tiba-tiba blue screen
Contoh kedua
Contoh ketiga
Sekiranya komputer atau laptop anda mengalami tanda-tanda seperti di atas, sila buat backup semua data penting anda di external hard disk sebagai langkah berjaga-jaga. Bak kata pepatah melayu, Sediakan payung sebelum hujan. Biar putih tulang jangan putih mata.
Semoga semua info yang saya kongsikan ini dapat membantu serba sedikit bagi mengetahui bahawa hard disk anda bakal rosak ataupun tidak.
Jika hard disk anda teah rosak, anda disarankan untuk menukar kepada Solid State Drive (SSD). Ini kerana, SSD lebih laju bacaan daripada hard disk biasa.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://najmi-faiq.blogspot.com/2020/12/Tanda-TandaHardDiskRosak.html