Tips Ketiak Berpeluh Meleleh Leleh
***
Aku memang punya masalah ni, cepat berpeluh walaupun lepas mandi.Sudah pelbagai deodorant aku cuba yang stick, melekit, cair, semua tak jalan. Kalau nak berpeluh, meleleh jua.
Bila terbaca entri dari Dianarashid.com :ketiak basah?? cuba 5 cara atasinya buatkan aku nak cuba,
1-jangan makan makanan pedas
Ini makanan kegemaran, memang susah nak elak.
2-Sapu limau nipis .
Cuma potong limau dan gosok kan kat ketiak ketika mandi.cara ni juga akan buat ketiak lebih cerah.
Wahh.. kalau baru shave ketiak, gosok pula dengan lipis nipis.. mau menjerit dalam bilik air nanti.
3-Baking Soda
Banyak jugak fungsi baking soda ni. salah satunya mengurangkan peluh di ketiak. satu sudu besar soda + air 1 sudu, sapu pada ketiak.awalnya ketiak akan menjadi sedikit kering, lama kelamaan ianya akan ok..
Boleh try nie, my wife home baker, mesti dia ada Baking Soda.
4-Cuka Epal
Sapu cuka epal 30 minit sebelum mandi. cuma ambil kapas,celup dalam cuka epal dan sapu kat ketiak.
Mahal tak Apple Vinegar ni?? kalau mahal sia-sia je beli semata-mata nak letak kat ketiak. huhu
5-Tepung Jagung
Rasanya semua rumah ada tepung jagung kan? cuma sapu sedikit tepung jagung pada ketiak. buat masa hari cuti sambil2 dok kat rumah je tau..heheh
Ini tepung ok, agak murah, boleh try. Mengikut secara logik akal, bila berpeluh, kena pulak melekat dengan tepung, mau jadi kering dan keras teung tu. Mungkin tepung jagung ini dapat menyerap peluh. Bile dalam keadaan cuaca panas jadilah ia Ketiak goreng tepung. Hehe.. kalau letak bedak sejuk tak boleh ka??
Apa-apa je lah, nanti aku cuba satu-satu, tengok yang mana lebih mujarab.
***
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://saedramadhan.blogspot.com/2015/02/tips-ketiak-berpeluh-meleleh-leleh.html