Tips Kempiskan Perut


Tips kempiskan perut- Ketahui 5 langkah untuk elak perut borai...



5 langkah untuk mengelakkan perut boroi:
1. Senaman Kardio - Anda perlu melakukan senaman kardio untuk menyingkirkan lemak degil yang terkumpul. Seelok-eloknya lakukan senaman berintensiti rendah terlebih dahulu. Jangan terus melakukan senaman berintensiti tinggi kerana dikhuatiri anda tidak mampu mengikutinya atau mudah bosan dengan aktiviti latihan kardio. Bila anda mula berasa bosan, anda akan berasa malas untuk melakukannya kerana menganggap ianya membebankan!
2. Cari Masa Untuk Banyakkan Pergerakan - Mulakan dengan menetapkan jumlah langkah yang perlu dicapai setiap hari. Anda boleh cuba menggunakan tangga berbanding lif untuk meningkatkan pergerakan dan kiraan langkah anda setiap hari.
3. Pilih Menu Sihat - Titikberatkan jumlah dan keperluan kalori yang diambil. Anda boleh tentukan keperluan kalori anda dengan formula berikut: Berat badan semasa (kg) didarabkan dengan faktor seperti Jadual 1 mengikut status berat badan dan aktiviti fizikal.Contoh pengiraan:
4. Makan Sajian Serat Tinggi dan Protein Rendah Lemak - Penting untuk anda memakan buah-buahan, sayuran-sayuran, bijirin penuh dan protein yang mengandungi rendah lemak. Kurangkan pengambilan makanan yang diproses dan mengandungi gula, tepung gandum yang diperkaya dan lemak tepu.
5. Rehat Secukupnya - Jika badan anda tidak mendapat rehat yang secukupnya, kebarangkalian proses penyingkiran lemak akan menjadi lebih sukar. Jadi, amatlah penting untuk mendapatkan tidur yang cukup (sekurang-kurangnya 8 jam sehari) supaya badan anda dapat menyingkirkan lemak sepanjang ia berehat.


5 makanan untuk mengatasi perut boroi:
1. Tomato - Tomato bukan saja bertindak sebagai penambah perisa makanan, malah ia membantu mengurangkan lemak pada perut. Ini kerana fungsi tomato dapat mengurangkan air yang merebak di sekitar bahagian bawah perut. Selain itu, tomato juga diperkayai sumber vitamin A, C dan K serta mempunyai tahap potasium yang tinggi.
2. Tembikai - Buah tembikai bukan sekadar sedap dan menyegarkan, ia juga menyihatkan badan kerana kandungannya dipenuhi nutrisi dan mineral dengan jumlah kalori yang sedikit. Anda mahukan tips untuk makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi masih boleh kenyang? Makanlah tembikai sebelum makan. Kandungan air di dalam tembikai yang tinggi boleh mengurangkan lemak dan mengisi perut anda yang lapar seterusnya mengelakkan anda dari makan terlalu banyak.



3. Betik - Betik bukan sahaja murah, ia juga mudah untuk diperolehi di kedai atau pasar raya. Kandungan enzim papain di dalam betik dapat memperbaiki sistem pencernaan. Enzim ini juga membantu menghadam makanan dengan cepat seterusnya mengurangkan lemak di perut anda.
4. Minyak Zaitun - Kandungan asid di dalam minyak zaitun yang dikenali sebagai asid oleik membantu menghapuskan lemak berlebihan dalam badan. Asid lemak di dalam minyak zaitun juga boleh mengekalkan paras gula dalam darah. Jadi mulai hari ini, gantikan minyak masak dengan minyak zaitun dalam penyediaan makanan anda untuk menu yang lebih sihat.
5. Pisang - Potasium di dalam pisang membantu anda menghilangkan rasa lapar dan anda boleh menikmatinya sebanyak mungkin tanpa risaukan berat badan meningkat.


Visit: Wansite
Kredit : https://www.aia.com.my/

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wansite.blogspot.com/2024/11/tips-kempiskan-perut.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ketahui Tips Merebus Jagung

Ketahui Tips Merebus Jagung

papar berkaitan - pada 27/10/2024 - jumlah : 429 hits
6 TIPS MEREBUS JAGUNG YANG PERLU ANDA TAHU 1 Jangan tambah garam semasa merebus jagung ia akan keraskan isi jagung anda Selepas masak baru taburkan sedikit garam halus 2 Semasa rebus jagung tambah sedikit gula dalam air rebusan jagung untuk...
Tips Kenapa Perlu Makan Buah Setiap Hari

Tips Kenapa Perlu Makan Buah Setiap Hari

papar berkaitan - pada 26/10/2024 - jumlah : 355 hits
Kenapa Perlu Makan Buah Setiap Hari Makan lah buah dan sayur setiap hari Ini penting bagi mengimbangi khasiat makanan yang kita ambil berbanding kalori lemak protein dan sebagainya Mulakan memberi anak anak makan buah setiap hari sejak dari...
Resume Bahasa Melayu Template Tips Penting

Resume Bahasa Melayu Template Tips Penting

papar berkaitan - pada 28/10/2024 - jumlah : 325 hits
Resume Bahasa Melayu Template Tips Penting Saban tahun mencari peluang baru dalam dunia pekerjaan semakin mencabar Sebagai pencari kerja anda perlu memiliki resume yang benar benar power selain memiliki kemahiran yang pelbagai untuk membant...
Tips Untuk Anda Yang Selalu Sibuk

Tips Untuk Anda Yang Selalu Sibuk

papar berkaitan - pada 28/10/2024 - jumlah : 279 hits
Tips Untuk Anda Yang Selalu Sibuk Selalu bila sibuk kita akan mengeluh sebab tak dapat nak berikan produktiviti terbaik untuk waktu itu Mungkin juga akan tambahkan stress diri masing masing Berikut akak kongsikan beberapa tips produktiviti ...
Lelaki Pun Sebenarnya Kena Dengar Cakap Isteri Kak Km Kongsi Tips Perkahwinan Kekal Sehingga 22 Tahun

Lelaki Pun Sebenarnya Kena Dengar Cakap Isteri Kak Km Kongsi Tips Perkahwinan Kekal Sehingga 22 Tahun

papar berkaitan - pada 30/10/2024 - jumlah : 333 hits
Usahawan dan pempengaruh Liana Rosli atau lebih mesra dipanggil sebagai Kak KM telah berkongsi rahsia perkahwinannya sehingga kekal bertahan selama 22 tahun Menurut Kak KM perkara yang paling penting adalah seorang suami haruslah mendengar ...
10 Tips Mengatur Keuangan Untuk Anak Muda Yang Hobi Belanja Tetap Hemat

10 Tips Mengatur Keuangan Untuk Anak Muda Yang Hobi Belanja Tetap Hemat

papar berkaitan - pada 26/10/2024 - jumlah : 475 hits
BloggerBorneo com Siapa di sini yang suka belanja online atau sering ngeluarin uang buat barang barang yang keliatan lucu dan menarik di media sosial Bagi sebagian anak muda terutama Generasi Z belanja sudah jadi hobi atau bahkan bentuk pel...
Tips Hidup Di Era Digital Hati Hati Bahaya Sosial Media Dalam Kehidupan Cinta

Tips Hidup Di Era Digital Hati Hati Bahaya Sosial Media Dalam Kehidupan Cinta

papar berkaitan - pada 24/10/2024 - jumlah : 312 hits
Disadari atau tidak sosial media pasti berpengaruh pada kehidupan kita terutama kehidupan cinta kita Apa sih pengaruhnya
Jangan Busuk Perut Pihak Persoal Niat Anwar Tak Ambil Gaji Berlagak Seperti Tuhan

Jangan Busuk Perut Pihak Persoal Niat Anwar Tak Ambil Gaji Berlagak Seperti Tuhan

papar berkaitan - pada 6/11/2024 - jumlah : 272 hits
Keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengambil gaji adalah tidak bertentangan dengan ajaran Islam sama ada dari sudut niat mahupun pelaksanaannya Pengarah Jabatan Pemahaman dan Pemantapan Agama Keadilan PKR Amidi Abdul M...
Kabinet Baru Kerajaan Madani 2026 Senarai Nama Jawatan

Hati Hati Nanti Da Yang Sailang Jadi Wakil Rakyat

Woit Modal Dah Habis Ke

Adam Adli Dilantik Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Isu Ptptn Kembali Diperkatakan Teringat Berguling Guling Dulu

Seoarang Lelaki Maut Selepas Kereta Yang Dipandu Terbabas Terputus Dua Akibat Rempuh Pokok Sawit Di Felda Jengka 11

Kos Homestay Yang Wajib Anda Ketahui

Daging Cincang Dengan Chives Dan Akhlak Ketika Ditimpa Musibah

Kedai Kopi Tasik Shah Alam Tempat Makan Santai Kegemaran Keluarga


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Azam Tahun Baru 2026 Idea Realistik Yang Mudah Kekal Konsisten

Pengalaman Saya Buka Akaun Atlas By Bank Muamalat

Mengapa Syarikat Packaging Penting Untuk Bisnes Anda Ketahui Kesannya Pada Jualan Jenama

Transformasi Kewangan Peranan Ai Dalam Pengurusan Ringgit

Lelaki Yang Penat Menjadi Pilihan Kedua

Saham Pembuat Cip Ai China Melonjak Cabar Dominasi Nvidia