Tips Ke Turki
Assalamualaikum..
YEY! Cuti sekolah dah bermula dan nampaknya ramai yang sudah meninggalkan rumah untuk membawa seisi keluarga bercuti. Tak kisahlah sama ada bercuti pulang ke kampung halaman, ke destinasi pelancongan dalam negara atau terbang ke luar negara. Bila bercuti ni, kepala akan terasa lapang sikit la kan tak payah fikir pasal kerja, hehehe
Bila cakap tentang terbang ke luar negara, antara destinasi yang menjadi anganan Sk adalah Turki. Ada tak pembaca Sk yang turut memilih Turki sebagai destinasi pelancongan? Disebabkan nak sangat pergi ke Turki, Sk selalu membuat carian tips untuk melancong ke sana. Jadi, hari ni Sk nak kongsikan sedikit info yang berguna untuk anda jika anda memilih Turki sebagai destinasi pelacongan anda ke benua Eropah. Sk pasti ramai yang teruja apabila dah bersedia untuk buat perancangan ke Turki ni. Kotaraya Islam yang penuh dengan keunikannya yang tersendiri
Turki merupakan sebuah negara di benua Eropah di mana ia mempunyai lebih kurang 81 negeri dansetiap negeri ini ada menyimpan keunikannya yang tersendiri. Ia juga merupakan salah satu negara yang paling ramai dikunjungi oleh mereka yang beragama islam disebabkan mudahnya untuk mendapatkan makanan yang halal
Apabila Turki menjadi destinasi pelancongan, perkara yang pertama perlu dititik beratkan ialah tiketpenerbangan. Dalam pemilihan tiket penerbangan, banyak agensi-agensi penerbangan yang bolehdipilih. Tetapi saranan Sk, cuba ambil penerbangan yang selesa oleh kerana jaraknya yang jauh. Skyakin anda tidak mahu mengalami sakit badan sepanjang perjalanan. Qatar Airways adalah salah satupilihan Sk jika ke Eropah. Seat yang luas dan selesa, pilihan makanan yang lebih banyak berbandingairline yang lain. Anda boleh buat semakan harga Qatar Airways flight tickets ini di laman web Traveloka. Mudah untuk anda membuat bandingan
Akan tetapi, jika anda ingin mendapatkan penerbangan dari Singapura, anda boleh sahaja terus book Singapore Airlines onlines kerana penerbangan ini tidak memerlukan anda untuk transit di mana-mana lapangan terbang. Ia akan membawa anda terus ke Lapangan Terbang Istanbul. Begitu la sedikit info mengenai tempahan tiket
Dan satu lagi, anda dinasihatkan untuk menempah tiket 6 bulan awal bagi mendapatkan harga yanglebih murah. Jadi, apa tunggu lagi, jom Sk kongsikan sedikit panduan sebelum anda ke sana
Pilihan musimTidak seperti Malaysia, Turki merupakan salah satu negara yang berhadapan dengan 4 musim. Padamusim panas, suhu di sana boleh mencecah sehingga 45 darjah celcius dan pada musim sejuk pula suhu boleh mencecah di bawah paras beku. Jadi anda pertimbangkan dahulu musim apa yang anda ingin ke sana kerana persediaan dari segi pakaian amat penting bagi anda. Musim sejuk selalunya akan berlaku pada bulan Disember hingga Mac, musim panas pula Jun hingga September, musim bunga April hingga Mei dan musim luruh Oktober hingga November
Tempat Menarik di Turki pada musim sejukRamai juga yang mencadangkan untuk kita ke Turki pada musim sejuk dan melawat tempat-tempat ini tau..
Gunung Uludag, Kota Bursa
Cappadocia
Istanbul
Pertukaran mata wang & ATMUntuk pertukaran mata wang ni, dinasihatkan untuk tukar sebelum anda bertolak ke sana. Tidak perlumelakukan pertukaran ke euro jika Turki adalah satu-satunya destinasi pelancongan anda. Hanya tukar sahaja kepada Lira Turki. Tetapi jika anda ingin juga membuat pertukaran di Turki, saranan Sk, elakkan untuk melakukan pertukaran di airport kerana mereka akan mengenakan cas yang agak mahal. Antara tempat yang anda boleh melakukan pertukaran mata wang ialah di Grand Bazaar. Tetapi jika anda masih ragu-ragu duit yang dibawa cukup atau tidak, anda boleh sahaja aktifkan pengeluaran antarabangsa kad bank anda sebelum anda bertolak ke Turki
Tips Keselamatan● Jangan ikut jika ada local yang mengajak anda minum atau makan di mana-mana kedai keranamereka mungkin scammer yang ingin mengenakan anda
● Sentiasa pastikan handphone dan camera anda mempunyai memori yang banyak sebab andapasti akan mengambil gambar dengan banyak sepanjang percutian di Turki
Baiklah, ini lah sedikit sebanyak info yang Sk dapat kongsikan untuk anda mengenai panduan untukke Turki. Sk harap ianya membantu untuk melancarkan perjalanan anda untuk ke sana. Sehingga kitaberjumpa lagi pada masa akan datang okay! Selamat bercuti semua. Wassalam
Semua gambar adalah dari Google Image
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2019/11/tips-ke-turki.html