Tips Jimat Minyak Kereta Yang Mudah Dan Berkesan
1. Isi minyak di awal pagi atau di waktu suhu sejuk
Kapasiti minyak petrol lebih banyak pada waktu sejuk berbanding waktu panas di siang hari yang mana ianya mempunyai wap yang berlebihan. Jika anda mengisi minyak di waktu tengah hari, wap petrol akan kelihatan keluar dari tangki minyak anda. Oleh itu, bagi mengelakkan minyak petrol anda ‘hilang’ ditelan angin hendaklah dijadikan amalan mengisi petrol di awal pagi atau ketika cuaca sejuk.
2. Isi minyak dengan perlahan-lahan
Cara ini adalah supaya cecair petrol dapat masuk sepenuhnya ke dalam tangki dan mengurang kan fenomena wap petrol meruap bebas. Kawal picu dengan menarik secara separuh. Ini dapat mengurangkan wap keluar bersama-sama petrol.
3. Isi minyak semasa tangki sepenuh penuh
Semakin banyak baki minyak dalam tangki, semakin kurang kapasiti ruang udara yang dipenuhi wap sekaligus anda akan dapat lebih petrol dalam tangki yang lebih optimum.
4. Kurangkan beban atau berat kenderaan
Buang barangan yang tidak diperlukan seperti timbunan fail-fail, buku atau peralatan kerja yang lain. Untuk pengetahuan, penambahan berat sebanyak 50 kilogram meningkatkan penggunaan minyak sebanyak dua peratus.
5. Periksa tekanan angin tayar anda
Perhatikan tayar anda dan pastikan tekanan angin betul dan mencukupi. Tayar yang kurang angin akan membuatkan kereta menjadi berat dan menyebabkan penggunaan minyak bertambah 5% kerana geseran tayar yang berlebihan.
6. Penyelenggaraan kereta secara berkala
Enjin yang teruk meningkatkan penggunaan minyak hingga 50 peratus dan ke atas. Selalu melakukan penyelenggaraan terhadap tahap palam pencucuh, tali kipas dan penapis udara. Jika anda kurang ilmu tentang hal ini(terutamanya wanita), boleh la hantar ke bengkel untuk mekanik membuat pemeriksaan .
7. Kelajuan Kenderaan
Lebih perlahan anda memandu, lebih banyak penjimatan minyak disitu. Memandu melebihi 90 kilometer sejam (km/j) akan meningkatkan penggunaan minyak. Secara perbandingan, kelajuan 100km/j akan menambahkan penggunaan minyak sebanyak 10 peratus, 105km/j (15%) dan 110km/j (25%).
Sebab tu lah kelajuaan dan kapasiti enjin memainkan peranan penting dalam penjimatan minyak. Atau pun kalau nak jimat lebih, beli lah kereta yang harganya boleh tahan mahal dengan teknnologi penjimatan minyak yang lebih maju.
8. Matikan enjin
Jika kereta tidak bergerak, disarankan untuk mematikan enjin dan elakkan menekan pedal minyak ketika kenderaan tidak bergerak
9. Penggunaan gear yang betul
Pilih gear yang sesuai dengan kelajuan. Menggunakan gear rendah untuk kelajuan tinggi menyebabkan pembaziran minyak kerana enjin menjadi lebih pantas. Jangan malu untuk mengunakan mod ‘ekonomi’ jika kereta anda memilikinya.
10. Tutup tingkat kereta
Pastikan tingkat kereta ditutup semasa memandu untuk melancarkan pergerakan kereta. Jika tidak, kereta anda akan mengalami rintangan angin menyebabkan kereta bergerak perlahan dan meyebabkan anda menekan minyak lebih banyak untuk bergerak.
Semoga perkongsian ini berguna dan dapat dijadikan panduan kepada semua !
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.buytyresellwheel.com.my/fuel/tips-jimat-minyak-kereta-yang-mudah-dan-berkesan/