Tips Jimat Cermat Sa
Assalamualaikum...
Since ekonomi sekarang teruk kan...korang buat tak perubahan pada perbelanjaan harian atau bulanan korang dengan kurangkan sikit perbelanjaan. Agak- agak membantu tak usaha korang tu?Ada tak lebihan kewangan yang korang dapat selepas amalkan atau downgrade kan barangan yang korang beli?
Kalau sebelum ni SA beli barangan keperluan rumah double dan triple kuantiti, sekarang,SA akan beli ikut keperluan..banag dah habis baru beli, atau dah nampak nak habis baru beli satu..
So ni antara apa perkara yg SA buat untuk berjimat dengan downgrade few benda kat rumah
1.Balance lauk lunch bawak ke dinner, jangan ngade nak buang or masak lain, balance dinner yg x habis simpan dan bawa ke esoknya as breakfast or lunch. SA harap lebih consistence bawak bekal lepas ni...jimat banyak ye..
2.Tukar sabun basuh yang serbuk mahal ke sabun basuh baju murah skit..macam downgrade jenama Top ke Breeze yang lebih murah..malah ada yang lagi murah macam jenama Toman..alaa..sabun je pun kan..sama je mana- mana jenis..
3.Tukar sabun basuh pinggan Axion RM5 lebih ke sabun harimau kuat eco RM2.40
4.Minum air kosong baik kat rumah mahupun kat opis..sesekali makan kat luar je baru order air sedap
5.Tutup suis semua barang eletrik yg x guna untuk jimatkan elekrik, Aircond pasang bila perlu aje..
6. Sebulan sekali makan di luar atau ada tambahan kalau ada special occassion
7. Sarapan di luar setiap Isnin bila suami hantar pi kerja
8. Start naik bas semula bagi jimatkan kos minyak dan tol, sesekali suami hantar dna jemput bila perlu
9. Beras beli 2 kampit sebulan, sekampit beras biasa 10kg, sekampit lagi beras basmathi 5kg..
10. Amalkan masak sendiri di rumah
11. Tanam sendiri sayur- sayuran
12. Amalkan senarai barang- barang sebelum membeli
13. Jimatkan penggunaan air..elakkan bil air naik tinggi
So kalau belanja bulanan barang dapur..memang dah reduce kuantiti...takde nak beli buat stok ke apa..sebab apa..nak elak membazir especially kalau tiba-tiba apa yag kita beli tu dah expired..kalau beli sayur yang mudah rosak, SA akan terus masak dalam masa 2 hari..sayur habis baru beli lagi..
Setakat ini itu yang SA amalkan..alhamdulillah jimat sikit walau x banyak..so lebihan wang tunai tu boleh simpan dalam akaun kecemasan...time sesak boleh guna...kan?
Macam mana korang JIMAT? Boleh share?
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.suriaamanda.com/2024/11/tips-jimat-cermat-sa.html