Tips Jangan Buang Boarding Pass Anda



JANGAN BUANG BOARDING PASS ANDA!Ya! Tolong jangan buang boarding pass anda sehingga anda selamat tiba di tempat asal. Ini mungkin nampak seperti kertas biasa, tetapi hakikatnya ia sangat penting dalam perjalanan udara anda.
Kisah Benar: Apa Yang Berlaku Jika Boarding Pass Dibuang?Pernah berlaku dalam kumpulan yang saya uruskan, seorang peserta menghadapi masalah di mana namanya ‘hilang’ dalam sistem syarikat penerbangan. Kejadian ini memang pelik dan jarang berlaku.
Setelah disiasat, rupanya peserta tersebut telah meng-upgrade tempat duduknya ke kelas Business di kaunter KLIA. Malangnya, ketika penerbangan pulang, syarikat penerbangan menghantar e-mel memaklumkan perubahan jadual penerbangan kepada semua peserta — kecuali kepada peserta ini.
Apabila disemak dengan syarikat penerbangan, mereka mendapati status peserta tersebut adalah ‘NO SHOW’, seolah-olah beliau tidak menaiki penerbangan pergi. Akibatnya, tiket penerbangan pulangnya telah dibatalkan.
Perlu diingat, apabila anda meng-upgrade ke kelas Business di kaunter, anda hanya membeli tempat duduk (seat upgrade) untuk perjalanan sehala sahaja. Anda tidak akan mendapat kelebihan bagasi tambahan atau hidangan kelas Business.
Ketika syarikat penerbangan meminta boarding pass sebagai bukti, malangnya peserta tersebut telah membuangnya, termasuk sticker tag bagasi. Walaupun cuba menunjukkan boarding pass anaknya, syarikat penerbangan tetap tidak menerimanya sebagai bukti. Akhirnya, peserta tersebut terpaksa membeli tiket baharu untuk pulang.
KENAPA PERLU SIMPAN BOARDING PASS?1️⃣ Bukti Perjalanan: Jika berlaku masalah seperti ‘No Show’ atau isu sistem tiket, boarding pass berfungsi sebagai bukti rasmi bahawa anda telah menaiki penerbangan tersebut.
2️⃣ Tuntutan Insurans: Penting jika berlaku sebarang kecemasan atau insiden semasa perjalanan.
3️⃣ Mengesan Bagasi Hilang: Sticker tag bagasi dan boarding pass diperlukan untuk membuat tuntutan jika bagasi hilang.
4️⃣ Rekod Perjalanan & Tuntutan Cukai: Berguna untuk tujuan tuntutan perbelanjaan syarikat atau rekod perjalanan peribadi.
5️⃣ Tuntutan Mata Ganjaran (Frequent Flyer): Sesetengah syarikat penerbangan memerlukan boarding pass untuk memastikan mata ganjaran dikreditkan dengan betul.
6️⃣ Perubahan Jadual Penerbangan: Jika berlaku sebarang perubahan atau masalah di lapangan terbang, boarding pass akan memudahkan urusan penyelarasan.
7️⃣ Kenangan Peribadi: Bagi sesetengah orang, boarding pass adalah simbol kenangan perjalanan yang berharga.
TIP TAMBAHAN:✅ Simpan Boarding Pass & Sticker Bagasi: Jangan buang sehingga anda tiba di destinasi akhir.
✅ Ambil Gambar Boarding Pass: Simpan salinan digital untuk rujukan jika diperlukan di kemudian hari.
Secara ringkasnya, boarding pass bukan sekadar tiket masuk ke pesawat, tetapi juga kunci penting untuk memastikan perjalanan anda berjalan lancar dari awal hingga akhir. 😊✈️


Ada yang nk join trip kami ke Uzbekistan? Wasap kami untuk info lanjut

------------------------------------
Berminat untuk dapatkan perkhidmatan kami, pakej pelancongan dan umrah, hubungi :

Email : [email protected] Visit our Website : www.design4dawah.com

Facebook : Design For Daawah
Instagram : Design For Daawah
Twitter : @DesignForDaawah
Telegram Channel : https://t.me/Design4Dawah


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.design4dawah.com/2025/01/tips-jangan-buang-boarding-pass-anda.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Buang Masa Cari Kerja Atau Perniagaan Yang Anda 100 Suka Tak Akan Jumpa

Jangan Buang Masa Cari Kerja Atau Perniagaan Yang Anda 100 Suka Tak Akan Jumpa

papar berkaitan - pada 26/12/2024 - jumlah : 221 hits
Saya yakin anda tentu pernah dengar dari cakap cakap orang berjaya atau baca artikel dan buku motivasi yang berikan panduan dalam memilih pekerjaan atau perniagaan yang anda mahu lakukan Hampir semua dari mereka memberikan nasihat agar anda...
Jangan Sokong Pas Dan Bersatu Mereka Sedang Karam Denagn Adu Domba Dan Fitnah

Jangan Sokong Pas Dan Bersatu Mereka Sedang Karam Denagn Adu Domba Dan Fitnah

papar berkaitan - pada 24/12/2024 - jumlah : 245 hits
Zuwairi Md YusofFitnah Mainan PAS Adu Domba Dan Menghasut Budaya PNSekarang terbukti dan jelas sekali pucuk Pimpinan PAS dan Pengikut2 mereka bukan mengamalkan Syariat ISLAM sebenar yang di turunkan ALLAH SWT Ini yang di katakan golongan ya...
Jangan Abaikan Postur Langkah Elak Bahaya Slipped Disc

Jangan Abaikan Postur Langkah Elak Bahaya Slipped Disc

papar berkaitan - pada 23/12/2024 - jumlah : 170 hits
Kesihatan tulang belakang adalah asas kepada pergerakan harian dan kualiti hidup yang baik Sebagai struktur utama tubuh ia menyokong berat badan melindungi saraf tunjang dan membolehkan pelbagai pergerakan seperti membongkok berpusing dan b...
Walaun Jangan Gi Beli Biar Puak Walanon Dan Ph Zaja Gi Beli

Walaun Jangan Gi Beli Biar Puak Walanon Dan Ph Zaja Gi Beli

papar berkaitan - pada 23/12/2024 - jumlah : 184 hits
RMSJualan RAHMAH Madani Kelantan sempena musim perayaan 23 24 Dis 2024
Tak Cerdik Jangan Sokong La Parti Ni

Tak Cerdik Jangan Sokong La Parti Ni

papar berkaitan - pada 23/12/2024 - jumlah : 209 hits
KEDUA Ketua Penerangan parti ini gagal dan memalukan parti sendiri Cuba untuk menjadi cerdik tapi tak cerdik rupa nya Mereka cuma membaca tajuk berita dan mengulas seperti level uunnnssstit dan cai sahaja bila PMX kata beliau yakin akan men...
Bahaya Jangan Konsumsi 7 Buah Ini Di Pagi Hari

Bahaya Jangan Konsumsi 7 Buah Ini Di Pagi Hari

papar berkaitan - pada 25/12/2024 - jumlah : 110 hits
image goddessignited Menurut para ahli sarapan merupakan salah satu bagian terpenting untuk dilakukan demi mencukupi kebutuhan Vitamin tubuh Kebiasaan baik ini memang wajib untuk kita lakukan karena memiliki alasan tertentu Saat kamu bangun...
Entire Malaysia Coming To Standstill Amid Pak Lah S State Funeral And Monumental Xi Jinping S State Visit

Michelle Yeoh Berhijab Tercantik Di Funeral Negara Pak Lah Untuk Memberi Hormat Terakhir

Understand Your Target Audience

Saya Sudah Berjanji Saya Tidak Boleh Mungkir Janji Pak Lah

Johan Pakai T Shirt Topi Di Istiadat Pengebumian Allahyarham Pak Lah Ditegur Netizen Macam Tak Tahu Hormat Majlis

Tema Hijau Menjadi Pilihan

Hajiji S Hasty Exoneration From Alleged Sabah Corruption

3 Lagu Untuk Ana


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Flava Kenapa Singgah Kalau Tak Masuk Chord

Air Mineral Spritzer Sebundle Murah

Lirik Lagu Chand Chupa Badal Mein

Hukum Guna Duit Raya Anak Cara Simpan Duit Raya

Mengenang Tun Abdullah Ahmad Badawi Mahkamah Beri Kebenaran Kepada Najib Untuk Hadiri Istiadat Pengebumian Negara

Hiburan Begitu Sayangnya Rosmah Pada Tun Hasmah Video Dua Isteri Bekas Perdana Menteri Berpelukan Curi Tumpuan