Tips Interview Spp Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Dg41
Alhamdulillah, bila anda dah baca post ini, means anda dah tamat pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. Tahniah bakal-bakal guru sekalian. Bila tamat waktu pengajian, maka bermulalah kerjaya anda sebagai seorang pendidik. Tapi harus di ingatkan, sebelum menjadi seorang guru korang kena melalui fasa temuduga daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) terlebih dahulu. Dan banyak graduan pendidikan gagal pada fasa ini. So hari ini, saya akan kongsikan sedikit tips interview SPP bagi jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41.
Tips Interview SPP Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri menduduki interview tersebut pada 12 September 2019 bertempat di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor. Okay, untuk tips Interview Spp Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Dg41, aku bahagikan kepada 3 bahagian. Iaitu, sebelum fasa Interview, semasa Interview dan selepas Interview
Sebelum Interview
Pastikan korang Print dahulu surat temuduga dan ini WAJIB dibawah pada hari temuduga tu nanti.Bawa dan lengkapkan Dokumen yang SPP perlukan. Jangan ada yang tertinggal dan yang paling penting, jangan lupa Sahkan semua dokumen yang Spp perlukan. SPP tidak akan menerima dokumen yang belum disahkan tau. Pastikan tick dahulu semua dokumen yang Spp perlukan, tick sebagai tanda benda tu dah ada. So tidak akan ada yang tertinggal pada hari temuduga nanti. Temuduga hanya sekali, so bagi effort 100% kepada Interview itu Okay?Dokumen dlm sampul surat putih
1. Senarai semak dokumen temuduga
2. Slip pnggilan temuduga
3. Salinan kad pengenalan (sahkan)
4. Salinan surat beranak (sahkan)
5. Salinan result spm (sahkan)
6. Salinan sijil diploma (sahkn)
7. Salinan sijil ijazah (sahkan)
8. Kelayakan kpt (Tak Perlu sahkan)
9. Kelayakan mqa (Tak Perlu sahkan)
10. Transkrip akademik (sahkan)
11. Salinan tajaan KPM (sahkan)
12. Sijil Anugerah Akademik (pilih 3 trtinggi & sahkan)
13. Sijil koku (pilih 3 tertinggi & sahkan)
14. Surat sokongan prestasi (majikan & Ketua Jabatan Tek.Pembinaan) Seterusnya adalah Etika Pemakaian. Nak menjadi seorang guru, mestilah pemakaian tu paling penting. Sebab, guru kan umpama idola untuk pelajar. Nak jadi guru kena jadi contoh yang baik. So buat spp terpegun dengan pemakaian korang. Tapi ingat! Jangan sesekali memakai pemakaian yang over. Contohnya pakaian yang menjolok mata, seksi sangat dan tidak kemas.
SEMASA INTERVIEW
Pada hari interview, pastikan korang datang awal ke Bilik Temuduga. Periksa segala dokumen yang dipelukan sebelum sampai. Semasa temuduga haritu, saya gerak daripada rumah seawal 6.30 pagi untuk elak daripada kesesakan lalulintas. So saya sarankan, korang datang la awal ke tempat temuduga tu, nanti boleh sarapan terus kat sana. Masa pendaftaran nanti akan memakan masa sedikit untuk proses penyemakan dokumen. Aku nak ingatkan disini, pegawai SPP akan menyuruh menyediakan dokumen yang dipelukan dan mana-mana dokumen yang belum disahkan, pegawai SPP akan suruh korang cari mana-mana agensi yang boleh Sah kan dokumen tu pada masa tu juga. Amat susah bukan? So pastikan semua dokumen sudah disahkan.
So basically, semasa temuduga, pastikan korang memakai pakaian yang sesuai. Ikut tatacara pemakaian yang betul dan Name Tag jangan lupa ya guys. Selepas pengesahan dokumen, pegawai SPP akan membahagiakan korang mengikut kumpulan. Biasanya kumpulan akan diberi mengikut bidang masing-masing. Satu group mewakili 4-6 orang dan satu group memakan masa 1-2 jam.
Bila dah sedia semuanya, korang baris satu barisan dahulu mengikut kerusi yang telah ditetapkan. Kemudian, bila pegawai SPP sudah bersedia, dia akan membenarkan korang masuk ke dalam. Sebelum masuk tu, orang pertama kena ketuk pintu dahulu sebagai tanda korang dah sedia nak masuk. Bila dah masuk tu, jangan duduk dulu. Biar penemuduga benarkan duduk barulah korang duduk. Untuk temuduga SPP DG41, Penemuduga biasanya dikalangan pegawai tertinggi SPP dan seorang guru pakar dalam bidang tersebut. So basically, soalan yang diberikan oleh pegawai SPP ni sama sahaja. Antara soalan yang diberikan ialah :
Perkenalkan diriIsu Semasa PendidikanBeban GuruKaedah pengajaran.Benda paling penting sekali adalah fail RPH *wajib bawaDia akan soal mengenai bidang yang kita bakal ajar. So sebelum hadir temuduga, pastikan korang belajar siap-siap bidang korang. Mungkin ada yang dah lama tinggalkan dunia pembelajaran ni, so boleh la ulangkaji atleast tahu basic pun dah okay. Memandangkan orang yang menemuduga ni dikalangan orang-orang yang hebat dan pakar, korang kena jawab dengan yakin dan berilmu. Kalau korang tak tahu, cakap je tak tahu. Pegawai tu akan tukar soalan lain. Semasa interview nanti, akan ada soalan open dan soalan bergilir-gilir. Bila pegawai tengah menemuduga, elakkan diri daripada menyampuk. Nampak simple kan? tapi menyampuk ni tak baik sebenarnya, tunggu giliran korang ditanya baru jawab. Pegawai SPP akan memberi semua orang peluang bercakap. So jangan risau ya.
SELEPAS INTERVIEW
Selepas interview, korang hanya perlu tunggu keputusan SPP samada korang layak ataupun tidak. Biasanya, masa yang diambil oleh SPP dalah 1-2 bulan. So selepas ini, saya akan cerita mengenai Panduan yang pelu dilakukan JIKA LULUS TEMUDUGA SPP. Stay tune guys :)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://ehbloger.blogspot.com/2020/01/tips-interview-spp-pegawai-perkhidmatan.html