Tips Elakkan Diri Daripada Terkena Ilmu Pukau
Kebelakangan ini banyak sekali kes PAKAU dilaporkan. Kejadian pukau ini biasanya tidak memilih mangsa namun kebiasaanya warga tua dan anak gadis lebih mudah untuk dipukau. Pukau boleh berlaku melalui kaedah seperti hembusan asap rokok, renungan mata, senyuman, minuman, telefon (percakapan dan SMS), bersalaman, melalui angin, menepuk belakang, serta membuang najis atau pakaian buruk di hadapan rumah mangsa. Cara moden PUKAU juga boleh terjadi melalui Media sosial seperti Facebook dan Twitter.
Kejadian pukau boleh berlaku untuk tempoh waktu yang terlalu singkat mungkin sekadar dalam 5 hingga ke 10 saat sahaja. Anda telah mampu dipukau. Pukau juga tidak hanya pada wang ringgit malahan untuk mikat anak gadis juga boleh dipukau dan lain-lain tujuan yang tertentu. Justeru sering juga kita mendengar anak gadis dibawa lari orang dan sebagainya.
Tanda-tanda dan kesan pukau.
Melihat sesuatu bagaikan dalam mimpi dan khayalan. Jantung akan berdebar-debar hampir lupa diri.Mereka yang di pukau tetap berkeadaan khayal sehingga ianya ditegur oleh orang lain.Kesan langsung mangsa mungkin akan mengalami kemurungan yang panjang.Cara dan terjadi ilmu pukau.
Bertentangan mata atau menenung mata.Sekadar disapa lelaki atau perempuan.Dicalit atau disapu minyak.Menjawab salam daripada mereka yang tidak dikenali.Hembusan asap rokok.Juga melalui panggilan atau mesej telepon.Cara untuk melindung diri daripada di pukau.
Sebaiknya diri sentiasa berwuduk.Jiwa jangan kosong sekurang-kurangnya ada zikir dan kalimah Allah yang
selalu disebut dan diulang-ulang.Banyakkan berdoa sekurang-kurang membaca Bismillah sebelum keluar rumah. Membaca Ayat Kursi, Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Naas sentiasa.Tips Penting mengelakkan diri dipukau
Jangan berjalan bersendirian bawalah teman atau sahabat yang sentiasa bersama kita.Jika kita disapa atau ada yang memberi salam daripada mereka yang tidak dikenali daripada arah belakang jangan terus memandang kearah matanya, pandang bermula daripada arah kakinya baru dibawa keatas.Jangan sesekali melayan orang yang tidak kita kenali. Kurangkan membawa wang tunai kad bank dan sebagainya.Semoga sedikit perkongsian ini memberikan sedikit manfaat untuk kita bersama awasi diri kita daripada dipukau. Sesiapa pun jua kita berisiko bakal menjadi mangsa pukau. Sememang diri kita mudah sekali dipukau, seandanya kita lalai, jiwa kosong daripada mengingati Allah.
Wassalam, Wa'allahhualam
AKU ANAK PAHANG
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://akuanakpahang.blogspot.com/2019/01/tips-elakkan-diri-daripada-terkena-ilmu.html