Tips Dan Persediaan Untuk Travel Ke Luar Negara
Korang suka travel ataupun berniat untuk travel ke negara orang? Tapi dalam masa yang sama tertanya-tanya tips dan persediaan yang perlu dilakukan?
Ini dia perkongsian bernas daripada saudara Jeroong Wia.
"Bro, ada itinerary x ko pegi jepun?"
"Bang, Korea apa yang best ek?"
"Boh, brapo ya duit kawe kena bwk kalu kawe nak gi derak Beijing?"
Common question yg selalu org tanya. Ok meh nak ajar cara2 persiapkan diri untuk melancong ke luar negara - luar malaysia.
Destinasi. Nak ke mana?hong kong? Harbin? Paris? Korea? Ko kena ada destinasi nak dituju kan. So kalau dah ada destinasi hala tuju, kena buat research plak. Baca blog org. Bukak trip advisor. Baca review.Buat itinerary. Berapa hari ko nak pegi? Negara mana? Bandar mana? Kalau malas nak baca blog/itinerary org tuk buat rujukan, ko buat iti sendiri. Bukak website visitacity.com ko pilih kat situ ko nak pegi mana, berapa hari.so nnt website tu akan keluarkan itinerary mengikut apa yang kamu pilih. Silakan pilih sendiri lah korang nak camner. Full ke family ke top attraction ataupon shopping.Lepas pilih iti semua tu, setup date plak kat dlm tu bila ko nak pegi..pastu printing/save iti tu sbb nnti iti tu akan lebih tepat kalau check dgn exact date & hari sebab bukan semua tempat yg ko pilih tu akan dibukak setiap hari sepanjang tahun.lepas nampak iti tu ada tanda palang merah, tukar jer lah tarikh untuk tempat yg menarik tu.. So mcm gyongbokgung palace,korea tutup selasa, forbidden city,beijing tutup isnin, ueno zoo,tokyo tutup isnin. So ko kena check semua tu. Masa ni bukak maps untuk isi tempat kosong mana korang nak pegi kalau tempat yg nak dituju tu tutup pada tarikh tersebut.Lepas dah ada iti, bukak blog berkenaan tempat tu..buat/kira budget mcm mana nak pegi tempat tu.masa buat iti, kalau dah ada tempat nak tido tekan add my place/hotel. Kalau xada cari laa apa lagi. Bukak booking.com / agoda.com check price range berapa org berapa haribulan pastu booking. Ok done iti.kad debit/credit - settingkan untuk international use. Call bank mntk diorng activekan ataupon masuk internet bnking dan buat sendiri.Buat tukaran duit. Money changer ni dia ada naik dan turun. Biasanya kalau YEN rate turun skit antara 22hb-6hb dan dalam sehari rate akan bertukar 4x iaitu antara pukul 0900, 1200, 1500 dan 1700. Kebiasaan pada waktu 1200-1500 rate my akan naik skit. So btter tukar duit time ni. Kalau pukul 1700 dan ke atas rate duit kita akan turun sikit.kalau nak senang tukar jer sedikit duit dlu then once dah sampai ke destination yg dituju cucuk atm machine dkt sana tp make sure kad activekan international dlu. Kalau x terlopong.Oh, sebelum ke money changer, tolong call dlu tanyakan pasal rate money. Jangan buang masa datang2 rate xcantik.Nk melancong tu melancong gak keselamatan kena jaga. Beli insurance. Masuk gobear.com compare insurance apa yg nk tgk ler budget kome camner.Makanan. Kalau nk jimat/susah nk dpt mknan halal beli jer brahim bebanyak bawak. Lagi senang.passport/ic/travel insurance/embassy adress/any related document tu scan dan save dlm email/dropbox/google drive. Kot2 jadi apa2 xde la merana.check suhu time korang nak pi. Senang nak packing nak bwk baju camnor. Ubat2tan. Travel adaptor jgn dilupa."Semakin banyak tempat dijejak, semakin tunduk. Semakin banyak pengalaman dilalui, semakin rendah rasa diri. Semakin banyak dipelajari, semakin bodoh dirasakan."
InsyaAllah dipermudahkan segalanya. Selamat mengembara.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://lobakhangus.blogspot.com/2016/05/tips-dan-persediaan-untuk-travel-ke.html