Tips Cili Kisar Tahan Lama
Meh nak kongsi dengan korang untuk cili kisar tahan lama. Siapa geng buat sendiri pes cili kering, sep sikit. Kita geng. Sebelum k.fiezz try & error buat tips ni, cili kering kisar k.fiezz tak tahan lama. Selalu jadi berkulat kat belah atas pes. Bila nak guna k.fiezz buang dulu bahagian atas yang dah berkulat tu. Kenapa guna juga kalau dah berkulat?Sebab k.fiezz tengok bahagian bawah elok lagi. Jadi ikut logik belah bawah elok lagi k.fiezz guna je. Alhamdulillah tak ada pula effect sakit perut ke apa.
TIPS CILI KISAR TAHAN LAMASampai lah ada sekali tu k.fiezz cuba letak bawang putih bila nak buat pes cili kering. Saja try & error juga lah sebab ada terbaca yang bawang putih anti kulat. Lepas dah tahu pasal ni, k.fiezz cuba lah letak sekali bawang putih bila buat pes cili kering ni. Bila dah cuba, eh cili kisar k.fiezz tahan lama & tak ada dah masalah berkulat bila tak digunakan dalam tempoh yang lama. Bukan hari-hari masak yang kena guna pes cili kering ni. Jadi kadang tu agak lama tak bersentuh. Bila tengok hasil try & error menjadi. Yeay suksess suksess..hehe.. Sejak tu nak buat cili kisar, k.fiezz akan letak bawang putih sekali.
Jom tengok cara penyediaan pes cili kering cara k.fiezz.
1. Rebus cili kering sampai tengok cili dah cukup masak atau air dia dah bertukar warna. Kalau kurang air & cili kering tak masak lagi, tambah air. Rebus je sampai masak.
2. Lepas tu tos cili kering. Tos ni biar lama sikit atau sampai sejuk. Macam k.fiezz tunggu sampai cili kering dah sejuk sebab pengisar k.fiezz jenis kaca, tak tahan panas. Jadi k.fiezz akan biarkan tos lama sampai cili sejuk.
3. Kemudian ambil 1/2 atau 1 labu bawang putih. Ikut lah kuantiti cili kering. Kalau banyak, guna lah 1 labu bawang putih. Buang kulit & potong kecil (tak nak potong pun tak apa). K.fiezz potong untuk mudahkan mengisar. K.fiezz tak buang sangat biji cili kering. Mana yang nampak je bila dah lepas rebus tu kan biji-biji cili kering terkeluar dari badan dia. Jadi k.fiezz buang biji-biji yang tu je..hehe..#malas.
4. Masukkan cili kering & bawang putih dalam pengisar. K.fiezz guna air tapis (coway) untuk mudahkan proses mengisar cili & bawang putih. Anggaran air ni agak-agak lah yea...
Pes cili kisar terbaru yang k.fiezz buat - 9 Julai 2023
5. Siap...Lepas dah siap kisar ni, salin dalam bekas. Kalau masa kisar ni cili kering masih suam-suam, tunggu betul-betul sejuk baru masukkan dalam peti ais. K.fiezz biasanya kalau cili kering yang dikisar ni masih suam, letak dulu kat luar. Tak tutup rapat dengan penutup. Biar gitu je. Dah betul sejuk baru masukkan dalam peti ais.
Alhamdulillah setakat ni cili kisar tahan lama. Anggaran lebih dari 2 minggu. Sebelum guna tips ni, kurang dari 2 minggu kulat dah naik kat bahagian atas pes cili kering. K.fiezz ada kongsi juga tips kat mak untuk buat cili kisar tahan lama letak bawang putih. Pes tahan lama tak ada berkulat tapi mak k.fiezz kurang percaya. Jadi bila mak datang rumah k.fiezz & kebetulan cili kisar dah habis, mak buat cili kisar cara mak. Letak minyak tapi tu lah cili kisar tak tahan lama..Tak apa lah masing-masing punya cara..K.fiezz pernah guna petua letak minyak masak bila nak buat pes cili kering ni tapi memang tak tahan lama sebab kulat naik kat permukaan pes cili.
Ni cuma tips je yang k.fiezz praktikkan & menjadi untuk k.fiezz. Tak pasti untuk orang lain. Nak tahu, boleh lah cuba sendiri...
Nanti k.fiezz update lagi gambar lepas 2 minggu, pes cili kering ni naik kulat ke tak...
Untuk yang nak mencuba tips cili kisar tahan lama ni, SELAMAT MENCUBA...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fiezasani.xyz/2023/07/Tips-Cili-Kisar-Tahan-Lama.html