Tips Cantik Menggunakan Buah Tomato Yang Pastinya Murah Dan Berkesan
Tips cantik menggunakan buah tomato yang pastinya murah dan berkesan. Assalamualaikum. Malam-malam ni terasa nak menulis tentang tips cantik. Eh cantik ke??? Hihi. Bukan tips dari Cik Rose. Tapi, dari perkongsian beberapa orang rakan di facebook. Dan ada sesetengah tips yang viral sana sini. Cik Rose belum berkesempatan nak mencuba lagi. Teringin nak cuba, tapi tak terbuat-buat lagi.
Tips cantik yang mudah dan bahan yang senang didapati. Menggunakan buah tomato. Ya, tomato. Mesti korang dah pernah dengar kan. Dah cuba ke? Boleh kongsi dengan Cik Rose di ruangan komen.
Ada yang kata, buah tomato adalah salah satu rahsia organik terbaik untuk kulit yang sihat, flawless dan berseri. Siapa yang tak nak flawless. Bila dengar je flawless, hati melonjak riang. Rasa ingin tahu tu menebal! Nak cantik! Ada yang cakap, kalau kita gosok buah tomato pada kulit wajah, mampu mengurangkan kesan selaran matahari dan menyerikan wajah. Aduh duh berseri-serioah uols.
Buah tomato kaya dengan sumber lycopene, yang membantu kulit untuk kekal muda dan anjal seperti kulit bayi. Malah lycopene membantu melindungi kulit daripada sinaran UV. Kulit seperti bayi??? Nakkkkk.
Kalau korang amalkan mengambil produk makanan berasaskan tomato, ianya membantu kulit menyedut lebih oksigen seterusnya melambatkan proses penuaan dan kedutan wajah. Anti penuaan gitu.
Kulit kita ni perlukan khasiat seperti yang terdapat dalam tomato yang membuatkan kulit lebih muda daripada usia. Awet muda pulak wei!
Tak terasa nak mencuba ke?
Ok di bawah ni Cik Rose terangkan beberapa resepi/ cara yang boleh kita praktikkan nanti.
RAMUAN MASK (topeng) TOMATO
Ambil sebiji tomato yang masak ranun dan sebiji lemon. Perah kedua-duanya untuk mendapatkan jus dan campurkan di dalam mangkuk. Sapukan jus ini ke muka menggunakan jari dan jauhi kawasan mata anda. Biarkan selama 30 minit dan bilas dengan air dingin. Topeng ini mengecilkan liang pori-pori dan memudakan wajah anda. Ni cara pertama. Ada yang dah pernah ciba tak? Cik Rose nak tanya, kulit rasa pedih tak?
Cara kedua ialah gosok sebiji tomato yang masak dalam gerakan bulatan di wajah dan biarkan kering sehingga satu jam. Bilas dan sapukan pelembap wajah kegemaran anda. Langkah ini untuk wajah yang bersih berseri tanpa sebarang jerawat. Benas jerawat.. syoknya!
Seterusnya, campur jus tomato dan madu asli. Sapukan pada wajah dan buat urutan lembut selama 1-2 minit. Kemudian diamkan di wajah selama 20 minit. Tomato kaya dengan vitamin A dan C, membantu mencerah dan menyerikan kulit kusam.wah bestnya buat di rumah. Boleh relax -relax ni.
Paling mudah, amalkan makan tomato setiap pagi kerana ianya membantu membersihkan perut anda. Anda juga boleh amalkan minum jus tomato dua kali sehari iaitu sepuluh minit sebelum makan kerana tomato boleh mengurangkan selera yang melampau dan kadar gula dalam tubuh.
Cara terakhir, campurkan jus tomato dan timun ke dalam mangkuk dan sapukan rata pada wajah anda. Ramuan ini bertindak menyingkirkan minyak berlebihan pada kulit, mengecilkan pori-pori dan biarkan selama 20 minit dan bilas dengan air dingin. Wajah anda bukan sahaja lembap dan bebas minyak, malah berseri-seri kemerahan bak bidadari! Selamat mencuba.
Nak cubalah nanti. Tungguuuuuu .
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com/2019/11/tips-cantik-menggunakan-buah-tomato.html