Tips Buat To Do List
Hai bertemu lagi di blog Che Sar. Pasti kalian ternanti-nanti cerita dari Che Sar kan? Apa pun Che Sar nak ucapkan ribuan terima kasih kerana kalian sudi menjenguk blog Che Sar ini. Che Sar hargai sangat setiap komen yang kalian tinggalkan di bawah. Baiklah kali ni Che Sar nak berkongsi sesuatu yang dapat mengubah kehidupan harian kalian ke arah yang lebih baik lagi. Haaa apa tu?
Semua orang ada cita-cita kan? Semua orang juga ada sesuatu yang nak dicapai dalam hidup ini. Setuju? Tapi tak semua orang ada perancangan untuk mencapai apa yang diinginkan. Sebab tu kita ada kawan yang dah bertahun-tahun masih kekal dengan cita-cita yang sama dan masih belum buat apa-apa pun untuk pastikan ianya tercapai.
Sebenarnya asas kepada kejayaan mencapai cita-cita dan impian adalah merancang. Nak mulakan merancang ni tak perlu nak bukak kertas berkajang-kajang pun. Perancangan boleh bermula dengan buat senarai To-Do-List dahulu. Jangan susah-susah kan perkara yang mudah. Bila kita terlalu fikirkan sangat, perkara mudah pun boleh menjadi sesuatu yang rasa susah dan akhirnya kita asyik bertangguh untuk melaksanakannya sehinggakan impian hanya tinggal sekadar angan-angan yang tak mungkin akan tercapai.
Perancangan To-Do-List ini perlulah dibuat setiap hari secara konsisten sampai jadi rutin wajib. Masa yang terbaik untuk sediakan To-Do-List adalah sebelum kalian tidur. Sebelum tidur, kalian rancang siap-siap apa yang kalian ingin selesaikan atau lalukan esuk. Conteng saja atas kertas, yang penting mesti bertulis, senaraikan point demi point kerja apa kalian nak buat esuk. Sebab itu nama dia To-Do-List.
Perlu buat setiap malam ke?
Ya mesti dan wajib buat setiap malam. Supaya esuk kalian lebih fokus untuk memastikan masa berkerja digunakan dengan produktif. Bila dah ada To-Do-List, tiada lagi masa yang terbuang dengan aktiviti membawang. Jika terasa nak membawang, pandang saja To-Do-List dan kalian akan lebih bersemangat untuk menyelesaikan setiap tugasan. Satu kepuasan yang amat bila dapat ‘cross’ tugasan tersebut sebagai tanda yang ianya telah pun berjaya diselesaikan dengan jayannya.
Percayalah, sebuah kejayaan itu tercipta adalah hasil dari perancangan, dan bukannya tiba-tibadengan magisnya ‘pliinggg’ dia muncul dari tah mana-mana. Dari sekecil-kecil perancangan hingga ke sebesar-besar perancangan, itulah puncanya. “Plan the work, work the plan”, bak kata orang kampung Che Sar, chewah.
Bahagikan kepada tiga bahagian.
Dalam senarai To-Do-List yang kalian dah tulis tu, kalian boleh tandahan dan bahagikan tugasan tersebut dalam 3 kategori iaitu;
1. Paling mudah
2. Sederhana
3. Mencabar
Selesaikan yang paling mudah itu dulu. Pastikan kalian tetapkan masa. Tugasan paling mudah contohnya wajib diselesaikan dalam masa 1 jam. Jangan tangguh-tangguhkan kerana tugasan yang paling mudah sepatutnya siap paling laju dan paling cepat. Bila dah siap kalian boleh laju-laju ‘cross’ tugasan tersebut. Che Sar boleh gerenti kalian akan rasa lebih bersemangat untuk selesaikan tugasan seterusnya sebab rasa tak sabar nak ‘cross’ tugasan seterusnya. Selepas tu barulah kita bergerak ke task yang sederhana dan seterusnya yang mencabar yang mengambil masa lebih lama untuk diselesaikan.
Ya begitulah cara yang terbaik untuk kalian mulakan perancangan untuk ubah hidup ke arah yang lebih baik lagi. Saya doakan semoga segala urusan saya dan sahabat-sahabat semua selesai dengan pantas dan lancar. “Kegagalan untuk merancang, adalah merancang untuk gagal”. Ada lagi tips tau, nanti Che Sar share lagi, tunggu ya.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.chesar.my/tips-buat-to-do-list/