Tips Bisnes Online
⇨ *BELAJAR JUAL PRODUK ORANG*
- takde produk sendiri bukan masalah. Belajar dulu jual produk orang lain. Cuba ambik pengalaman berniaga dulu. Dari situ, belajar selok belok tentang perniagaan online. Cuba tarik follower sendiri.
.⇨ *JANGAN FIKIR UNTUNG SEMATA - MATA*
- Mulakan niat dengan elok. Jangan fikir bila nak buat bisnes, semata - mata kerana keuntungan. Tp fikir apa nilai yg boleh kita berikan kepada orang lain. Biar apa yang kita dagangkan itu bermanfaat kepada pembeli. Berniaga la kerana Allah. Jika niat kita betul, bahan yang kita guna betul, orang yang menerima dapat manfaat, untung kita dapat, pahala pun kita dapat
.⇨ *BINA TRUST*
- Bila kita berniaga secara online, hanya beberapa peratus sahaja pelanggan yang kenal kita. Kebanyakannya adalah dari orang yang langsung kita tak pernah kenal. Salah satu strategi untuk bina kepercayaan pada produk kita ialah testimoni dari pelanggan kita terhadap produk yang kita niagakan itu
⇨ *KONSISTEN*
- Jangan hari ni kita post pasal produk, takde feedback dari rakan - rakan, terus kita give up. NO NO NO.. jangan macam tu tau. Kena sentiasa konsisten. Tiap - tiap hari wajib post. Biar orang tau kewujudan produk yang kita jual dan orang tahu kita menjualnya. Jangan risau takut orang jemu. Cuba korang tengok iklan KFC, McD semua tu.. orang dah kenal, tp iklan tak pernah stop.
⇨ *KENAL/HADAM PRODUK YANG DIJUAL*
- buat online seller, please please please... tolong hadam produk yang kamu jual tu. Tahu apa manfaat, ingredients, cara guna dan sebagainya. Jangan beri info yg salah kepada pengguna kerana ia mampu bunuh kepercayaan pengguna terhadapmu.
Semoga bermanfaat!!!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://bizff.blogspot.com/2019/11/tips-bisnes-online.html