Tips Berpakaian Untuk Nampak Tinggi


Tips Berpakaian Untuk Nampak Tinggi | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sekali sekala nak kongsi tips tentang fesyen boleh kan? Hari ini Sha nak kongsikan beberapa tips yang terlintas difikiran juga daripada pemerhatian seharianlah, maklumlah diri sendiri pun tak berapa tinggi dan badan pun berisi tetapi nak nampak lebih kurus dimata orang memang jadi idamanlah. Bukanlah nak kata rendah tu tak cantik, tapi ada yang hendak nampak tinggi. Bagi Sha sendiri suka tengok orang sekeliling yang tinggi dan slim, cantiknya mereka bawa pakaian mereka dengan yakin. Tapi orang kata orang rendah ini awet muda, nampak comel gitu. Tapi tak perlulah sampai terpengaruh dengan ubat tambah tinggi kan. Di sini Sha ingin berkongsi 7 tips untuk nampak tinggi dengan hanya memilih pakaian yang betul untuk ketinggian badan sendiri.

TIPS UNTUK NAMPAK TINGGIDalam tips untuk nampak tinggi kali ini Sha banyak menekankan tentang pemilihan baju. Tetapi bukan setakat baju yang perlu kita ambil berat tetapi juga pemilihan seluar, skirt, tudung dan beg tangan juga memainkan peranan yang penting dan tidak hanya pakai tangkap muat. Oleh itu, marilah sama-sama kita belajar dan ubah apa yang patut. Hal ini juga adalah untuk diri sendiri juga sebabnya Sha seorang kurang menitikberatkan penampilan walaupun ke pejabat terutamanya tentang kasut ! apa yang selesa walaupun selipar jepun, ahahahaa... yang elok sikit hanya untuk bersedia jika ada tempat yang memerlukan Sha tampil lebih  Sekarang nak kurus sikit lepas itu nak guna pakai tips-tips dibawah ini :


1. Pilih pakaian yang corak menegak dibahagian tengah badan


Pilih pakaian dengan rekaan yang rekaan atau jahitan garis menegak tengah badan. ini akan membuatkan tubuh badan kelihatan tinggi tambah pula dengan garis halus. Garis menegak boleh membantu kita menyembunyikan sosok badan yang tidak sepatutnya. Macam silap mata gitu kan, rendah tapi nampak tinggi

2. Elak pakaian corak melintang.


Elakkan memakai baju yang mempunyai jahitan garis yang melintang. Ini akan membahagikan tubuh dan menampakkan tubuh lebih rendah

3. Pilih pakaian rekaan ringkas


Pilihan pakaian dengan rekaan ringkas dan tidak banyak corak. Rekaan sebegini akan memperlihatkan si pemakai kelihatan kemas dan tidak sarat. Tambah pula kalau kita pilih corak bunga-bunga yang besar, memang menambahkan lagi saiz badan dan menampakkan badan kita lebih pendek dari sebenarnya

4. Elak pakai jaket yang terlalu labuh.


Pilih jaket atau blazer yang sama labuh atau hampir sama dengan hujung jari. Pilihan labuh yang betul dapat mengelakkan kita daripada nampak lebih rendah, yang ngam untuk tubuh kita menampakkan kita lebih menawan ! Tentang labuh tak labuh ni antara topik yang paling Sha suka juga bila bercakap tentang tips berpakaian kerana Sha sendiri banyak silap beli blaus yang sekadar berkenan dimata

5. Hadkan warna pakaian



Hadkan warna pada pakaian. Pilih satu atau dua warna sahaja sudah memadai. Semakin banyak warna, tubuh akan kelihatan lebih rendah. Kalau boleh jika pakai baju kurung biar kain dan baju warna sama jadi tidaklah terbahagi kepada dua bahagian badan. Tapi betullah ada beza kalau berbaju kurung warna sama dengan kain dan baju lain, sebab ada juga kawan tegur kalau masa pakai baju kurung satu warna orang cakap Sha kurus! Padahal semalam dengan hari ini sama sahaja tuannya, baju sahaja lain. Ok, lepas ini kena pakai yang warna samalah. Warna baju juga tak semestinya warna gelap seperti hitam, boleh sahaja warna lain tetapi biarlah yang sesuai dengan warna kulit kita.

6. Pemilihan labuh baju yang betul dengan ketinggian anda.


Pastikan labuh baju kurung pada di atas paras lutut. Jangan memakai blaus yang terlalu labuh, labuh terbaik adalah sekitar penumbuk. Jika orang rendah pakai cardigan labuh seperti diatas memang sesuai dengan kasut tinggi kalau tidak lagi menampakkan diri rendah. Elakkan dress yang separuh badan. Kalau nak nampak tinggi kenalah rajin belek-belek baju yang nak dibeli selain melihat corak yang cantik.


7. Pilihan Beg Tangan Yang Sesuai Dengan Saiz Badan


Saiz beg tangan juga memainkan peranan sama ada kita nampak pendek atau tinggi. Sebenarnya, ia turut memberi kesan kepada penampilan kita!

Teringat semasa mengikuti kursus penampilan bersama Cutecarry beberapa tahun lepas, kelakarnya beliau periksa beg-beg tangan yang dibawa oleh pendengar ceramah beliau dan terus komen. Jika beg tangan kita terlalu besar, ia membuatkan badan kita nampak lebih ‘berat’ dan pendek. Jadi, pilihlah beg tangan yag tidak terlalu kecil, cantik jika tidak melebihi lebar badan masing-masing untuk nampak lebih tinggi kecil dan kurus.

Akhir sekali, jangan sesekali kita merasa rendah diri kerana tidak mempunyai ketinggian seperti orang lain. Yang penting cara kita memilih, membeli menyesuai padan pakaian dengan tubuh badan kita. Sha pun kadang-kadang tengok baju cantik, suami tegur kenapa tak beli kalau berkenan? Mulakan meluahkan rasa, kalau Sha tinggi kan best, pakai apa sahaja mesti cantik kena dengan tubuh. Selepas itu, memang kena dengarlah beliau membebel kerana sikap rendah diri yang bertempat ini


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.shalimaryusof.com/2019/11/tips-berpakaian-untuk-nampak-tinggi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
6 Cara Meninggikan Badan Secara Alami Dalam 1 Minggu Aman Tanpa Efek Samping Tips Agar Cepat Tinggi

6 Cara Meninggikan Badan Secara Alami Dalam 1 Minggu Aman Tanpa Efek Samping Tips Agar Cepat Tinggi

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 1140 hits
Hohoho bertemu kembali pada kali ini akan membawa pembahasan mengenai tips agar cepat tinggi 6 Cara Meninggikan Badan Secara Alami dalam 1 Minggu Aman Tanpa Efek Samping simak selengkapnya Liputan6 com Jakarta Memiliki postur tubuh yang agu...
Jangan Malas Nak Basuh Sudu Garfu Kalau Makan Di Kedai Banyak Kotoran Melekat Yang Kita Tak Nampak

Jangan Malas Nak Basuh Sudu Garfu Kalau Makan Di Kedai Banyak Kotoran Melekat Yang Kita Tak Nampak

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 497 hits
Banyak benda yang berada disekeliling kita sebenarnya terdedah kepada kuman dan virus Terkadang kita terlupa sekecil kecil perkara boleh membahayakan kesihatan anak anak Baca Darah Nifas Berhenti Kemudian Datang Balik Ramai Yang Keliru Anta...
Ngasari Roti Pisang Banjar Nampak Sedapnya

Ngasari Roti Pisang Banjar Nampak Sedapnya

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 421 hits
Selain Pisang Goreng Cekodok Pisang ada idea tak nak buat kuih apa dengan pisang Kalau keluarga anda suka pisang dan banyak stok pisang cer cuba buat dua menu ni nampak sedap dan senang je nak masak Pisang Naga Sari tu kuih lama yang masih ...
Doktor X Ray Nampak Benda Bergerak Panjang 6cm Ibu Cemas Anak Batuk Keluar Cacing

Doktor X Ray Nampak Benda Bergerak Panjang 6cm Ibu Cemas Anak Batuk Keluar Cacing

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 355 hits
Sememangnya kanak kanak mempunyai antibodi yang lemah ekoran tubuh badannya yang masih kecil Disebabkan itu persekitaran dan juga pemakanan sangat penting untuk dititik beratkan oleh ibu bapa terhadap anak mereka Sekiranya perkara ini tidak...
Nampak Tak Siapa Mulakan Kebencian Kaum Agama

Nampak Tak Siapa Mulakan Kebencian Kaum Agama

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 252 hits
Tiada kompromi tindakan tegas sebar isu perkauman agama Muhyiddin Muhyiddin arah IGP jangan kompromi lagi tangani isu kaum agama Tiada lagi amaran individu pihak bangkit isu rasis bangsa agama akan terus ditangkap Ketua Polis Negara Jangan ...
Sampai Lari Rumah Suami Dakwa Isteri Ada Masalah Mental Sampai Nampak Benda Mistik

Sampai Lari Rumah Suami Dakwa Isteri Ada Masalah Mental Sampai Nampak Benda Mistik

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 344 hits
Banyak kes kes penceraian berlaku disebabkan oleh ketidak sefahaman antara dua belah pihak Mereka mengambil jalan mudah dengan membuat keputusan untuk bercerai tanpa memikirkan nasib anak anak Menerusi perkongsian Facebook beliau menceritak...
Cara Buat Cili Flakes Sendiri Nampak Cantik Berkepingan Kecil Dan Sedap

Cara Buat Cili Flakes Sendiri Nampak Cantik Berkepingan Kecil Dan Sedap

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 478 hits
Sebelum ini sumpah aku memang hairan apabila lihat dan tengok sambal cili yang di jual berupa serbuk cili yang berkepingan cantik Sekarang baru aku tahu kena bakar dulu cili keringnya baru di kisar dan di buat sambal Cili flakes begini bole...
Kalau Nampak Bayi Bangun Tidur Bermain Dengan Jari Membebel Sendiri Usah Ganggu

Kalau Nampak Bayi Bangun Tidur Bermain Dengan Jari Membebel Sendiri Usah Ganggu

papar berkaitan - pada 4/11/2019 - jumlah : 258 hits
Fasa keresahan pemisahan adalah perkembangan normal dan mesti di lalui semua bayi Ia berlaku seawal usia 6 bulan hingga sekitar 20 bulan dan menyaksikan bayi menjadi lebih 3C Crying Cranky Clingy Berikut adalah tip yang boleh mengurangkan s...
Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Fix Harmful Backlinks For Free

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

New Year Wish A Pm For All Malaysians

Freeport A Famosa Outlet Melaka

Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Muzium Penjara Melaka Tarikan Utama Harga Tiket Masuk

Harga Tiket Lost World Of Tambun Tarikan Dan Aktiviti Menarik


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Gotong Royong Kelas Anak Sekolah Menengah

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad