Tips Berkesan Untuk Reject Seseorang
Assalamualaikum.
He2..Bagi yang ada pakwe or makwe tu, yang rasa dah naik muak tengok muka dorang jehari-hari dan rasa nak reject dorang dari hidup korang selama-lamanya.
Aku ada tips dan teknik yang berkesan untuk korang
Dengan tips yang aku kongsikan ni, aku super duper yakin, korang akan berjaya rejectorang yang korag tak suka tu. MUAHAHAHAHAH.. ( Big laugh)
Gambar Hiasan Semata-mataMungkin, ada dalam kalangan korang ni, ada yang jenis hot stuff, ramai peminat. Tapi korang ni jenis yang baik hati dan tak sanggup lukakan hati sesiapa pun. Jadi korang buntu, camner la nak reject 'beliau2' tu semua supaya tak ganggu korang lagi. Well, don't worry buddy. I'll teach you the MOST effective ways to reject them. But, 1st of all, korang semua kena ikuti syarat-syarat yang aku nyatakan kat bawah ni sebelum korang amalkan tips-tips yang bakal aku bagi. Syarat-syaratnya ialah....:-Korang perlu meng'hipokrit'kan diri kerana terpaksa ikut Tips-tips super karut aku demi untuk reject someone you don't like. Kenapa? Sebab, mungkin ada dalam kalangan korang bukan dari jenis yang sanggup reject seseorang dengan mudah je. Hehe.Korang perlu belajar pekakkan telinga dan butakan mata. Sebab mungkin lepas korang amalkan tips-tips ni, ada dalam kalangan peminat or pasangan korang tu asyik duk membebel or merayu-rayu nak balik semula pada korang. Dua je syarat-syaratnya. Mudahkan? Okay, ready dah nak baca tips-tips 'HOT' ni? Ekeke. Rileks...Kembangkan lubang hidung..tarik nafas dalam-dalam. Dalam lagiiiiiii...Hembussss!!! "toiittt" kuar sikit dua tiga 'permata berair' dari dua 'lobang gua' korang. Haha. Opss sori melalut panjang lak. Okay, tips-tipsnya adalah seperti berikut. (cepat amik pensel catat!!!)
Korang bagitahu si dia tu, yang korang ada AIDS. Sure, si dia tu tak berani dekat dengan korang and dah tak ganggu hidup korang sebab takut dijangkiti sekali. Walaupun pada hakikatnya, AIDS yang korang maksudkan ialah "Aku Ingin Dota Selalu"Korang bagitahu si dia, yang korang ni pernah pinjam duit along dulu. Dan sampai sekarang diburu along sebab dah lama tak bayar. Sure si dia tak berani dekat. Kot2 jadi mangsa lak kang. Walaupun 'along' yang korang maksudkan ialah Abang Long or Kak Long korang. Ekeke. Korang bagitahu si dia, korang ni dah kahwin. Tapi dah bercerai. Korang jadi duda or janda. Anak 15 orang pulak tu kena sara. Sure Si dia tak suka korang, sebab korang ni dah 'second hand.' Walaupun pada hakikatnya, korang maksudkan permainan 'mak-mak' yang korang pernah main dengan sepupu dan adik-beradik korang dulu-dulu. Hehe. Korang bagitahu si dia, kalau si dia sukakan korang, si dia perlu sediakan 4 biji iPhone, 5 ketul Tablet PC, 3 buah Blackberry dan Top Up RM 100 setiap minggu. Well, selepas ' diuji ' cara ni paling lembut dan ternyata berkesan. Cubalah ye. He2. Sure si dia tu tak tahan and terus blah dari hidup korang. Tapi kalau2 dorang relakan diri untuk semua tu. Then, ambik je dia tu terus jadikan isteri or suami. Hidup sure senang. ( Materialistik nak mampossh)Bagitahu si dia, korang ni pengedar dadah tegar. Dan pernah ambik dadah. Malah korang sentiasa ketagih dengan benda tu. Aku sure yang amat, lepas tu korang kena lempang dan si dia pun terus blah tanpa berucap panjang. Sedangkan korang ni sebenarnya bekerja sebagai ahli farmasi dan mudah kena penyakit. So korang perlu sentiasa dengan ubat. Ye la, antibodi tak kuat. Korang cakap la, korang ni kerjanya memandu JER. Sila sebut jelas-jelas perkataan JER tu. Sebab mostly, orang akan ingat korang ni pemandu teksi or bas or beca. Duit gaji pun sikit. Jadi disebabkan tak nak hidupnya melarat nanti di hari tua, si dia pun tinggalkan korang tanpa sebarang notis. Sedangkan kerja sebenar korang adalah Pemandu Kapal Terbang. Hehehe. Korang bagitahu juga, korang ada 13 adik-beradik. Mak bapak dah tak ada. So koranglah kena sara hidup depa tu. Pasti si dia tak nak terlibat dengan hidup susah korang. Walaupun, perkara sebenarnya, korang maksudkan 'depa' tu anak-anak kucing yang korang bela. Please jangan mention 13 'orang' atau 'ekor'. Sebut 13 je. Hehe.Ok, tu jela serba sedikit tips dari aku. Hebatkan tips yang aku bagi? Hehe. Tapi kalau ada jugak manusia yang gilakan korang tahap teruk dan tips-tips tu langsung tak berkesan kat si dia? Hurmm, better korang bagitau je la perkara sebenar. Bagitahu dengan lemah-lembut taw. Jangan kasar-kasar. Haha, silap2 hari bulan disihirnya korang. Naya. Hehe.
Hurm..kesimpulannya, ini hanyalah untuk suka-suka aja. Hehe, jangan ikut betul-betul taw. Tapis-tapis la sikit. Pernah baca kan cara Puteri Gunung Ledang reject raja yang nak datang pinang dia tu. Syarat-syarat yang dia bagi tu, mustahil untuk dipenuhi. Padahal, niat sebenar Tuan Puteri nak tolak pinangan tu. :D . Tips-tips ni diadaptasi sikit-sikit dari kisah ini. :D Hehe
Well, maafkan aku ye. Jangan ada yang marah pulak. Ini sekadar untuk suka-suki je ye. Hu2. Semoga korang terhibur. Kalau korang nak share. Share je la. Butang aku dah sediakan dah. Manalah tahu dapat bantu kawan2 korang yg HOT STUFF tuuu. Hehe. Ok la ek, minta diri dulu ye. Sekian, wassalam.
(Suka tengok korang gelak sambil baca entri. ... (^___^ ) )
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://akuastronaut.blogspot.com/2012/06/tips-berkesan-untuk-reject-seseorang.html