Tips Bercinta Untuk Pasangan Jarak Jauh


Tak semua orang bernasib baik dalam perhubungan, ada yang tengah hangat bercinta, tiba-tiba kena pulak tukar tempat kerja negeri lain. Ah sendu terus rasa hati. Pelbagai emosi pula timbul. 
Tips Bercinta Untuk Pasangan Jarak Jauh
Credit Pic : SUMBER
Risau, sedih, berbaur. Namun, hidup mesti diteruskan. Hubungan yang sekarang dijalinkan, takkanlah nak diputuskan di tengah jalan? Disini dikongsikan tips untuk mengukuhkan hubungan cinta jarak jauh.
Tips Bercinta Untuk Pasangan Jarak Jauh
#1 Selalu Berkomunikasi
Seperti semua orang ketahui bahawa dalam sesuatu perhubungan, berkomunikasi adalah teramat penting. Jika gagal dalam komunikasi, maka gagallah hubungan tersebut. Kalau dah jauh tu, selalu-selalu lah berkomunikasi. 
Zaman sekarang dah tak macam dulu, jenuh tunggu abang posmen hantar utusan cinta bersulam bedak tabur. Zaman sekarang zaman era globalisasi, nak video call, whatsapp, email, skype, dan banyak lagi Apps yang muncul untuk memudahkan kita semua untuk berkomunikasi. Dah jauh mestilah rindu, kan? Gunakanlah kemudahan-kemudahan yang ada secara optimum !!

#2 Komunikasi Yang Berkesan
Pelbagai cara komunikasi boleh kita aplikasikan. Namun, yang terbaik adalah komunikasi yang berkesan. Komunikasi yang berkesan adalah dengan kaedah berterus terang. Sebagai contoh, awak dan pasangan keduanya pekerja swasta yang kadang-kala memerlukan kerja lebih masa di tempat kerja. 
Penat. Jadi, katakan sahaja pada pasangan awak bahawa awak perlukan rehat yang secukupnya kerana penat kerja lebih masa di tempat kerja dan awak akan menghubungi pasangan awak apabila awak sudah cukup rehat. 
Cara berterus-terang sebegini bukan sahaja mudah difahami, bahkan mengelakkan was-was dari pasangan. Cuba awak bayangkan jika awak tidak berterus terang, tapi tidak juga menghubungi pasangan awak. Pasti dia sudah berfikir yang awak sudah pasang dua di belakangnya, kan? Contoh je.

#3 Percaya Pasangan Anda
Aduh, si dia sudah jauh di mata. Pasti perasaan ingin tahu apa yang dia buat apabila jauh dari kita kan? Walaupun dia katakan dia buat aktiviti itu dan ini, tapi betulke? Atau sebenarnya sedang bermesra dengan orang lain? Hah !!! Sudahh. Cukuplah sekiranya kita percayakan sahaja pasangan kita itu. Pasangan adalah cerminan diri kita. Jika kita baik, pasangan kita juga baik. Tak perlu menghadirkan prasangka yang tidak baik dalam diri kita, OK?

#4 Fahami Bahasa Cinta Kekasih
Terdapat 5 bahasa cinta yang wajar kita ketahui. Dengan memahami bahasa cinta kekasih, diharapkan kita lebih dapat menyemarakkan lagi rasa cinta bila berjauhan. Bahasa cinta pasangan boleh difahami dengan cara memerhatikan tingkah laku pasangan. Kekadang pasangan kerap merungut dia tak sempat menyiapkan itu dan ini, ini memberi maksud si dia seorang yang sukakan pertolongan daripada pasangannya. 
Kadangkala si dia merungut tak dapat hadiah untuk anniversary pun? Ya betul, si dia sejenis sukakan hadiah. Hadiah bermaksud cinta baginya. Adakalanya, si dia mahukan pelukan secara tiba-tiba. Sentuhan adalah bahasa cinta bagi si dia yang sebegini. 
Kerap-keraplah memeluknya jika berpeluang. Kata-kata penguat adalah jenis lain daripada lima bahasa cinta yang wajar dipelajari. Jika si dia bermasam muka, ini disebabkan kita tidak memuji usahanya, bermaksud kata-kata penguat adalah bahasa cintanya. 
Orang sebegini sukakan pujian, dan komentar positif terhadap usaha yang dilakukan untuk kita. Akhirnya, waktu berkualiti. Pasangan jenis ini suka jika kita menumpukan sepenuh perhatian kepadanya. Letakkan gadjet di tepi. Fokus kepadanya. Fokus kepada percakapannya. Berbual dan bermesralah. Hanya itu yang dia mahukan.
Jadi, apabila berjauhan dan anda sudah pun memahami bahasa cinta pasangan, jangan sia-siakan pula. Hantarlah hadiah jika dia seorang yang gemarkan hadiah!

#5 Sentiasa Upgrade Diri Sendiri
Apabila mempunyai suatu hubungan yang perlu dijaga, komunikasi menjadi suatu elemen yang sangat penting. Komunikasi menjadi smooth dan baik apabila kita memahami diri sendiri, pasangan kita dan hubungan kita. Apabila kita lebih mengenal pasangan kita, barulah komunikasi menjadi lebih berkesan. Oleh itu, sentiasalah menggali ilmu dan terus belajar tentang diri sendiri dan pasangan kita supaya perhubungan menjadi lebih akrab.

#6 Ambil Masa Untuk Berjumpa
Berjauhan tak semestinya tak boleh berjumpa. Curilah masa sedikit untuk berjumpa sekurang-kurangnya 2 kali sebulan pun okey. Pasti terubat juga rindu di hati, rumah pun tak adalah asyik dibanjiri air mata kerinduan! Wahaa!

#7 Elakkan Menggoyah Kepercayaan Pasangan Anda
Jika pasangan anda jenis kuat cemburu, elakkan berhubungan mesra dengan mana-mana rakan berlainan jantina seperti meninggalkan komen di laman sosial atau keluar dinner walaupun secara beramai-ramai. Hal ini memang akan menaikkan paras kemurungan pasangan kita. 
Ya lah, sudahlah jauh di mata, nak check apa lagi kalau bukan media sosial? Hati-hati ya, letakkan perasaan pasangan sebagai keutamaan jika mahu perhubungan yang utuh dan berkekalan!

#8 Luangkan Masa Untuk Melakukan Aktiviti Bersama
Zaman teknologi yang serba canggih ni tak susah untuk melakukan riadah bersama. On je skype, dah boleh tonton movie di Netflix sama-sama. Sambil-sambil menonton boleh lah kita berkongsi review tentang scene di dalam movie itu sekali. Jangan lupa sediakan popcorn!

#9 Hargai “me-time” Pasangan
Me time atau waktu untuk diri sendiri memang tersangatlah mewah jika kita berjauhan dengan pasangan. Dalam hubungan jarak jauh. Kita lebih fokus terhadap diri sendiri tanpa perlu membahagikan banyak masa dengan pasangan. Shopping, medicure, pedicure, tonton movie kegemaran di Netflix, serta baca buku di sudut kegemaran tanpa mempedulikan kemahuan pasangan. Ya lah, bayangkan pasangan ada di sisi, si dia mahu tonton hindi movie, awak pula mahu tonton korean movie, dah bercanggah pula minat di situ. Jadi, pada waktu-waktu berjauhan begini, hargailah me time tersebut. Seronok juga, bukan?

#10 Tidak Lupakan Rakan Dan Keluarga
Mengeratkan semula masa bersama keluarga dan rakan-rakan adalah suatu cara untuk mengekalkan diri kita dalam mood dan aura yang positif. Taklah kita asyik bersedih kemurungan teringatkan pasangan yang jauh di mata tapi dekat di hati itu bukan? 
Sekurang-kurangnya ada juga teman untuk bersembang dan sekaligus mengalihkan pandangan kita daripada mengingati pasangan je! Bonus point; kita dapat merapatkan silaturahim bersama keluarga dan rakan-rakan.
Jauh bukan alasan untuk kita tidak bahagia. Sebuah hubungan kekadang memerlukan rintangan untuk suatu perhubungan itu menjadi semakin utuh. Bertahanlah, ada sinar yang menanti nanti.
SUMBER
Baca Juga : Tips Berjumpa Dengan Bakal Mertua Buat Pertama Kali


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dakcaii.blogspot.com/2021/06/tips-bercinta-untuk-pasangan-jarak-jauh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pasangan Mata Wang Audcad Berpotensi Untuk Menurun Lebih Jauh Di Luar Pivot Cenderung Untuk Melanjutkan Penurunan Harga

Pasangan Mata Wang Audcad Berpotensi Untuk Menurun Lebih Jauh Di Luar Pivot Cenderung Untuk Melanjutkan Penurunan Harga

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 206 hits
Pasangan mata wang AUDCAD kini berada di atas rintangan pertama yang selari dengan Penarikan Semula Fibonacci 61 8 dan Lanjutan Fibonacci 78 6 Sekiranya harga berjaya menembusi tahap rintangan 1 maka penurunan harga yang selanjutnya dijangk...
Pelan Dagangan Pasangan Mata Wang Eurusd Pada 17 Jun 2021

Pelan Dagangan Pasangan Mata Wang Eurusd Pada 17 Jun 2021

papar berkaitan - pada 18/6/2021 - jumlah : 159 hits
Gambaran teknikal Pasangan mata wang EURUSD telah jatuh sebanyak 200 pips selepas mencapai paras tinggi semalam yang dicatatkan sekitar 1 2134 Penurunan ini sangat dinanti nantikan dan kelemahan EURO baru mulai terungkap dengan ruang yang l...
Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang Btc Usd Untuk 16 Jun 2021

Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang Btc Usd Untuk 16 Jun 2021

papar berkaitan - pada 17/6/2021 - jumlah : 243 hits
Berita Industri Crypto Petani Britain menjadi semakin kreatif dengan cara mereka memperoleh kuasa untuk menambang BTC Salah satunya menjalankan ladang perlombongan Bitcoin di sana yang dikuasakan oleh tenaga baja lembu Menganalisis jejak te...
Pasangan Mata Wang Gbp Aud Cenderung Untuk Membuat Penarikan Semula Ke Garis Aliran

Pasangan Mata Wang Gbp Aud Cenderung Untuk Membuat Penarikan Semula Ke Garis Aliran

papar berkaitan - pada 18/6/2021 - jumlah : 106 hits
Pasangan mata wang GBP AUD menghampiri rintangan penarikan semula mendatar yang selari dengan Anjakan Semula Fibonacci 61 8 dan Lanjutan Fibonacci 61 8 Harga cenderung untuk turun menuju ke arah sokongan rendah ayunan mendatar yang selari d...
Pasangan Mata Wang Usd Cad Mensasarkan Tahap Tinggi Baru

Pasangan Mata Wang Usd Cad Mensasarkan Tahap Tinggi Baru

papar berkaitan - pada 18/6/2021 - jumlah : 142 hits
Pasangan mata wang USD CAD meningkat selepas FOMC dan kini berada pada tahap 1 2294 Pasangan ini akhirnya mengalami pembalikan kenaikan harga selepas bergerak ke arah sisi dalam julat kecil Anda mengetahuinya dari analisis saya bahawa tahap...
5 Cara Melatih Pasangan Agar Kelak Ia Siap Jadi Ayah Idaman Wah Ternyata Ada Triknya

5 Cara Melatih Pasangan Agar Kelak Ia Siap Jadi Ayah Idaman Wah Ternyata Ada Triknya

papar berkaitan - pada 18/6/2021 - jumlah : 140 hits
Jadikan momen berpacaran sebagai pendewasaan agar kalian berdua nggak terkaget kaget di masa depan
Penarikan Semula Pasangan Mat Wang Eur Usd Berikutan Fomc

Penarikan Semula Pasangan Mat Wang Eur Usd Berikutan Fomc

papar berkaitan - pada 17/6/2021 - jumlah : 129 hits
Pasangan mata wang EUR USD telah mendapat sokongan yang kuat dalam jangka pendek dan kini menekan tahap rintangan sekali lagi Penurunan DXY memaksa dolar AS menyusut nilai berbanding pesaingnya Pada dasarnya mata wang USD didenda oleh data ...
Kenapa Lelaki Kuat Cemburu Ini 3 Cara Melayan Pasangan Cemburu Buta Dengan Tenang Amp Rasional

Kenapa Lelaki Kuat Cemburu Ini 3 Cara Melayan Pasangan Cemburu Buta Dengan Tenang Amp Rasional

papar berkaitan - pada 18/6/2021 - jumlah : 236 hits
Perasaan cemburu hadir secara semula jadi dalam sesebuah hubungan sama ada cemburu kerana pihak ketiga cemburu kerana pasangan lebih berjaya atau hanya cemburu buta Bahkan ramai yang mempersoalkan kenapa lelaki cemburu sangat dengan pasanga...
Buang Bayi Di Depan Sekolah Polis Tahan Pasangan Kekasih

Buang Bayi Di Depan Sekolah Polis Tahan Pasangan Kekasih

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 172 hits
MALAYSIAKINI Polis menahan sepasang kekasih bagi membantu siasatan kes buang bayi perempuan yang baru dilahirkan di perhentian bas berhadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Sri Sendayan dekat Seremban semalam Ketua Polis Daerah Seremban ...
Help Shape Ai With Malaysian Values Says Anwar

Friendly Fire Between Umno Youth Head And Bersatu Counterpart Opens A Can Of Worms

Nasi Briyani Kukus Padu Sedap Uii Percuma Ayam Briyani Untuk Ibu Mengandung Patutla Ramai Beratur Beli

Nostalgia Bedak Sejuk

Buah Ciku 10 Khasiat Pelbagai Jenis Penyakit

Nak Rasa Cromboloni Sedap Boleh Ke Flour Crown Jitra

Adik Ipar Nak Tumpang Rumah Kemudian Datang Lagi Sorang Akhirnya Kami Laki Bini Dah Kurus Kering

Hiburan Saya Rasa Mereka Ada Masa Depan Yang Baik Abby Abadi Dedah Aslam Kini Bawa Grab Dan Berniaga



5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard


Ara Johari Delulu Chord

Apakah Pekerjaan Yang Paling Baik

Orang Yang Solatnya Tidak Diterima Allah Baca Supaya Ibadah Solat Kita Tidak Sia Sia

Deep Dive 5 Historic Lots From Gooding S Geared Online Sale

Tiba Tiba Datang Rasa Nak Bersalin Doktor Kongsi Apa Patut Ibu Ayah Buat Jangan Panik

Ini Kata Kata Terakhir Korban Penganiayaan Senior Stip Sebelum Dipukuli Hingga Tewas