Tips Bagi Wanita Mengenali Lelaki Buaya Darat


Soalan klise kawan baik, “Eh apa cerita dengan lelaki tu? Kau dah ‘couple’ ke dengan dia?” Jawapannya mungkin lambat dengan senyuman sinis.

“Serius aku tak tahu. Dia memang baik dan aku pun dah mula suka kat dia, cuma tiba-tiba aku rasa macam lain dengan dia.”

Gambar hiasan

Sudah tentu si kawan pelik. “Kenapa pula? Bukan kau suka kat dia sampai nak teman aku makan pun tak boleh sebab asyik bercakap telefon dengan dia?”

Dalam nada malu dan sedikit rasa menyesal, menjawab persoalan ‘maut’ itu.

“Entahlah, aku sebenarnya rasa yang dia sudah ada kekasih lain ataupun dia memang jenis ‘playboy’. Tapi salah aku sebab ‘feeling’ lebih.”

Macam mana tu? Parah bunyinya. Dua minggu pertama, langsung tak pernah terfikir soal untuk mengenali sedalam-dalamnya.

Ketika itu sibuk melayan perasaan kerana setiap masa mulutnya tidak henti memuji, mengusik dan begitu ‘caring’ terhadap kamu.

Selepas makin hanyut dalam pujian dan kasih sayang yang ‘kononnya’, jiwa si gadis makin mudah menerima kehadirannya dan ketika itu semuanya ‘boleh’.

Persoalannya, adakah lelaki yang begitu mengambil berat itu jujur dan ikhlas atau dia hanya jenis kebiasaan lelaki yang suka mengambil berat terhadap perempuan, ‘womanizer’ dan ayat manis?

Justeru, jangan terlalu cepat menyambut kata cintanya kerana mungkin dia sengaja ingin menguji atau dia memang jenis yang suka ‘pasang banyak’.

Perlu diingat, faktanya, lelaki suka perempuan yang susah untuk ditangkap.

Kalau kamu mudah menerima cintanya, dia segera nampak kelemahan kamu dan meninggalkan persepsi yang kamu memang wanita yang ‘gatal’.

Apa kata kamu si gadis belajar beberapa rahsia dan strategi sebelum terus menerima lamarannya untuk menjadikan kamu kekasihnya.

Mudah diayat

Pertamanya, perhatikan gerak-geri si lelaki itu. Tidak perlu mengendap ataupun mengintip. Cukuplah sekadar kamu ‘pasang mata’ apabila bersamanya.

Perhatikan gerak-gerinya apabila berinteraksi dengan perempuan lain.

Adakah si dia jenis suka ‘mengurat’ dan bagaimana dia tangani situasi jika dia sendiri ‘diayat’ oleh perempuan lain. Ini memang berkesan dan strategi paling berharga kerana sikap dan personalitinya boleh dilihat dengan jelas.

Jika dia memberi reaksi positif atau begitu peramah melayan, itu bermakna dia memang berada di dalam ‘open relationship’ dan tidak terikat dengan mana-mana hubungan.

Dia memang lelaki yang bebas daripada mana-mana komitmen dan sememangnya menganggap kamu di sebelahnya pun sebagai kawan biasa.

Jangan marah atau menunjukkan sikap cemburu jika dia melayan terhadap usikan gadis lain kerana lelaki akan terus menganggap kamu jenis yang kuat cemburu dan ‘over acting’.

Baru keluar beberapa kali, sudah menunjukkan sikap marah kerana dia melayan gadis lain. Buat ‘cool’ dan tidak perlu melenting. Ini akan membuatkan lelaki itu terfikir yang kamu juga menganggapnya sebagai teman biasa.

Jika dia cuba elakkan diri ketika ada perempuan lain datang mengusiknya, itu bermakna dia sebenarnya sudah berpunya dan sudah meletakkan fokusnya untuk memiliki kamu. Dia cuba menghalang dan menjauhkan diri daripada ‘minat’ individu lain.

Keduanya, apa kata kamu mengendap dengan gaya moden. Tiada salahnya ‘stalk’ dulu media sosial milik dia sebelum menerima lamarannya. Penting untuk kamu ketahui siapakah dan apakah statusnya di sebalik pengetahuan kamu.

Dari situ juga kamu dapat mengenali rakan-rakan dan lihat sendiri bagaimana pergaulannya. Adakah dia jenis yang boleh dipercayai atau tidak.

Seperkara yang mungkin boleh dijadikan panduan adalah jika dia mempunyai bilangan kawan perempuan yang ramai, itu bermakna kamu perlu berhati-hati kerana dalam ramai itu pasti ada salah seorang yang dia pernah mencuba.

Jika sebaliknya, kamu boleh menarik nafas lega sedikit kerana besar kemungkinan kamu satu-satunya gadis yang bertuah memilikinya.

Ekor mata

Ketiga, lihat bahasa tubuhnya. Jika sepanjang bersama kamu matanya mudah tertarik dengan gadis lain yang asyik lalu-lalang di depan atau sebelahnya, itu menunjukkan yang dia seorang yang tidak berpuas hati dengan apa yang dia ada.

Kemungkinan besar juga dia sebenarnya memang sudah berpunya, cuma dia mahu mencari dan meneroka sesuatu yang terbaik. Maka tidak hairanlah me­ngapa dia keluar dan mula mendekati kamu. Betul tak?

Lelaki mudah tertarik dengan benda yang cantik dan menarik. Jika kamu lihat ‘ekor mata’ asyik mengikut pergerakan gadis lain, itu bermakna kamu bukanlah gadis terakhir dalam hidupnya. Jadi berhati-hatilah dengan lelaki seperti ini.

Keempat adalah nasihat klise yang ramai kawan kamu berikan iaitu jadilah kawannya dulu. Jangan terburu-buru dan terlalu gopoh untuk memulakan cinta. Minta dia sedikit masa untuk kamu lebih mengenali dirinya.

Menerima lamarannya untuk jadi pasangan bukanlah sesuatu yang ‘suka-suka’ sebaliknya kamu harus mengenali dengan lebih mendalam dengan siapa kamu selalu bersama. Percayalah, makin kamu rapat, makin kamu mengenali siapa dirinya yang sebenar.

Dari situ kamu bukan saja dapat mengenalinya de­ngan lebih rapat, malah kamu juga boleh melihat segala tindak-tanduknya adakah dia benar-benar ‘single’ atau sudahpun berpunya.

Gigit jari

Kelima, kenali kawan-kawannya. Kamu boleh menilai di manakah tahap status ‘bakal kekasih’ kamu daripada rakan-rakannya.

Jika kehadiran kamu disambut baik oleh rakan-rakannya dan dapat merasakan ada keserasian, itu menunjukkan kamu satu-satunya kekasihnya.

Tapi kalau rakan-rakannya memberi reaksi biasa atau sedikit pelik, itu perlu berhati-hati. Besar kemungkinan kamu bukanlah orang pertama yang pernah berjumpa dengan rakan-rakannya.

Peringatan, kalau seorang lelaki berani dan sanggup memperkenalkan kamu sebagai kekasihnya, itu bermakna kamu dialu-alukan untuk masuk ke dalam dunianya.

Terakhirnya yang mungkin sedikit peribadi namun memerlukan kamu untuk mengesan sejauh mana kejujurannya adalah dengan bersembang mengenai hubu­ngan lampau.

Perlu diingatkan, jangan cepat melenting atau menunjukkan reaksi kurang selesa.

Cuba tanya mengapa dan apa punca utama bekas kekasihnya meninggalkan dirinya. Dari situ kamu pasti dapat mengagak dia seorang yang macam mana dan adakah dia benar-benar masih ‘single’.

Lihat terus ke matanya kerana lelaki tidak dapat menipu bila seseorang memandang tepat ke matanya apabila dia sedang bercakap.

Jadi kamu boleh lihat kebenaran adakah orang itu benar-benar sudah menjadi bekas kekasih ataupun masih bergelar kekasih.

Baca dengan perlahan semula semua strategi ini dan analisis sendiri. Kamu perlu bertindak sebelum gigit jari pada akhir hubungan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Tahukah Anda Asal-usul Kasnova, Gelaran Buat Lelaki Buaya Darat?Skandal Seks John F Kennedy, Presiden AS Yang Di Gelar Buaya Darat!
-Sentiasapanas.com



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2013/12/tips-bagi-wanita-mengenali-lelaki-buaya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tips Untuk Menjadi Lelaki Idaman Wanita

Tips Untuk Menjadi Lelaki Idaman Wanita

papar berkaitan - pada 1/12/2019 - jumlah : 283 hits
Hai readers Hari ini aku nak kongsi tips sikit untuk macam mana untuk menjadi lelaki idaman wanita Tips ni boleh la dikatakan untuk golongan lelaki So apa tipsnya Lelaki yang ada pegangan agama yang kukuhTips ini memang top la Penting der u...
10 Tips Minuman Protein Untuk Wanita Sarapan Sihat Dan Diet

10 Tips Minuman Protein Untuk Wanita Sarapan Sihat Dan Diet

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 422 hits
10 Tips Minuman Protein Untuk Wanita Sarapan Sihat dan Diet10 Tips Minuman Protein Untuk Wanita Sarapan Sihat dan Diet Tidak sarapan pagi punca gemuk Disebabkan wanita hari ini dan para ibu bekerjaya masing masing tiada masa untuk menyediak...
Tips Penjagaan Rambut Untuk Wanita Bertudung Dengan Safi Shayla

Tips Penjagaan Rambut Untuk Wanita Bertudung Dengan Safi Shayla

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 458 hits
Tips Penjagaan Rambut Untuk Wanita Bertudung Dengan Safi Shayla Siapa kata apabila bertudung ni rambut tak perlu dijaga Sebenarnya apabila kita bertudung lagi perlu dijaga kerana rambut kita sepanjang hari bertutup Kalau kita abaikan penjag...
Tips Memahami Kata Kata Berselirat Seorang Wanita

Tips Memahami Kata Kata Berselirat Seorang Wanita

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 687 hits
Sememangnya wanita amat sukar untuk difahami kerana mereka tidak suka menyampaikan sesuatu secara terus terang mereka mahukan seorang lelaki yang lebih memahami Tidak seperti lelaki yang bersikap terbuka Jadi setiap kata kata mereka pasti a...
5 Tips Kesuburan Bagi Wanita Untuk Memiliki Anak Setelah Usia 40 Tahun

5 Tips Kesuburan Bagi Wanita Untuk Memiliki Anak Setelah Usia 40 Tahun

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 287 hits
Kehamilan di usia 40 tahun ini sudah tergolong pada usia lanjut Pada usia ini terdapat berbagai kondisi yang bisa mempengaruhi kesehatan wanita bahkan kesuburan mereka
Lelaki Mencetuskan Pergaduhan Di Tengah Jalan Raya Setelah Ditampar Seorang Wanita

Lelaki Mencetuskan Pergaduhan Di Tengah Jalan Raya Setelah Ditampar Seorang Wanita

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 574 hits
Korang ada tengok tak video yang tular di media sosial baru baru ini tentang beberapa orang yang terlibat dalam pergaduhan di tengah jalan raya Ish malu betul bila tengok diorang macam ni tau KEMBALI LAGI KITA DALAM RANCANGAN GADUH2 TENGAH ...
Ayda Jebat Tampil Dengan Gaya Rambut Pendek Tarik Minat Kaum Wanita

Ayda Jebat Tampil Dengan Gaya Rambut Pendek Tarik Minat Kaum Wanita

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 2940 hits
Pergh korang ni naik seram pulak Ohmedia bila dengar Ayda Jebat cerita dia terima mesej pelik pelik Ini semua gara gara penampilan terbaru yang Ayda Jebat terpaksa lakukan untuk menjayakan watak dalam sebuah drama terbarunya Kalau korang pe...
Wanita Cari Pemilik Duit Rm10 Terakhir Pemberian Ayah Minta Netizen Share Sampai Jumpa

Wanita Cari Pemilik Duit Rm10 Terakhir Pemberian Ayah Minta Netizen Share Sampai Jumpa

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 592 hits
Pemberian sesuatu daripada seseorang adakalanya mempunyai makna yang tersendiri Ditambah pula jika pemberian itu daripada insan kesayangan yang sudah tiada lagi di dunia ini pastinya mempunyai sentimental value yang akan disimpan dan dikena...
Ramai Tidak Tahu Wanita Berpipi Tembam Akan Kekal Muda Remaja

Ramai Tidak Tahu Wanita Berpipi Tembam Akan Kekal Muda Remaja

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 1613 hits
Zaman sekarang wanita sering berlumba lumba untuk sentiasa kelihatan cantik dimata semua orang Kebanyakkan dari mereka impikan rupa paras yang cantik kurus serta bergaya Rata ratanya menginginkan bentuk wajah yang tirus dan nampak langsing ...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever