Tips Bagaimana Cek Tarikh Luput Kosmetik
Wanita mana yang tidak suka dengan barangan mekap, namun bukan semua daripada mereka tahu bagaimana untuk memeriksa tarikh luput barang kosmetik mereka.Akhirnya, ia boleh memberi kesan buruk seperti alahan atau iritasi pada kulit. Tahukah anda, majoriti wanita sering menggunakan produk komestik secara lama dan tidak sedar sebenarnya barang mekap ini mempunyai tarikh luput.
Foto: Marketeers1. MaskaraTarikh luput maskara sekitar tiga hingga enam bulan sahaja. Jangan menggunakan produk ini selepas tempoh tersebut. Anda boleh ketahui ia tamat tempoh apabila maskara mula mengering dan keras apabila diaplikasikan pada mata. Jika masih menggunakannya, mata anda boleh dijangkiti kuman dan gatal.2. EyelinerPenggaris mata juga tidak dapat bertahan lama. Untuk jenis cecair, tarikh luput sekitar tiga hingga empat bulan sahaja. Bagi penggaris mata jenis batang, ia mampu bertahan hingga enam bulan.3. Bedak asas jenis cecairBedak asas jenis cecair mesti dijaga dengan rapi agar tidak masuk angin. Jika dijaga dengan elok, jangka hayatnya boleh bertahan hingga satu tahun. Namun, jika anda lihat bedak asas bertukar warna ataupun berbau, elakkan daripada menggunakannya. Ia boleh menyebabkan alahan kulit kerana bedak tersebut telah dijangkiti bakteria.4. Pembayang mata dan pemerah pipiPastikan produk ini sentiasa bertutup dan kering. Produk-produk solekan jenis serbuk boleh bertahan dua hingga tiga tahun. Jangan sesekali dedahkan produk di tempat yang panas, ia menyebabkan produk mudah rosak.5. Gincu bibir Jangan sesekali meninggalkan gincu anda di tempat yang panas seperti di dalam kereta. Ia membuatkan gincu anda menjadi berminyak, cair dan bertukar warna. Pastikan gincu sentiasa ditutup dan diletakkan di tempat yang mempunyai suhu bilik. Jika dijaga dengan rapi, gincu mampu bertahan sehingga dua tahun.6. Berus solekanRamai yang kurang peka mengenai penjagaan berus solekan. Berus yang tidak bersih boleh menjadi ejen utama penyebaran bakteria pada kulit. Jika anda menggunakan berus setiap hari, bersihkannya setiap minggu. Berus yang dijaga rapi boleh bertahan sehingga dua tahun.Penting untuk anda ketahui tarikh luput kosmetik kerana jika tidak dijaga dengan baik, ia merupakan salah satu faktor kulit anda rosak.
Active Search Results Search Engine
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.adajew.net/2019/08/tips-bagaimana-cek-tarikh-luput-kosmetik.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+adajewnet+%28ADAJEW+DOT+NET%29