Tip Untuk Mengubati Rindu Hubungan Jarak Jauh Yang Paling Penting No 3 Tu


Tip Untuk Mengubati Rindu Hubungan Jarak Jauh, Yang Paling Penting No. 3 tu! Hubungan cinta jarak jauh pasti membebankan bagi sesetengah pasangan. Rasa rindu yang cukup mendalam antara satu sama lain amat mendalam kerana jarang sekali untuk bertemu atas urusan yang tidak dapat dielakkan.
Perasaan jadi tidak menentu dan ada kalanya menimbulkan persoalan adakah si dia disana setia dan masih mencintai. Mungkin anda sendiri pernah mengalami perasaan ini hingga menjadi tidak keruan akibat rindu yang berlebihan. Jom kami kongsikan 5 tip pengubat rindu bagi anda yang menjalinkan hubungan cinta jarak jauh!
1. TERUS BERHUBUNG Biar hanya seketika pastikan anda berdua akan terus berhubung setiap kali sebelum menamatkan hari-hari anda. Skype, Google Talk atau panggilan sekadar lima minit pun memadai mahupun hanya ucapan selamat malam. Ini bukti cinta anda masih utuh buatnya.
Namun usah lakukan kerana terpaksa dan pastikan anda sentiasa ada setiap kali si dia mahu berkongsi cerita. Selagi pasangan anda masih mahu berhubung maknanya si dia masih lagi serius untuk meneruskan hubungan yang dijalin walau jarak waktu dan masa memisahkan anda berdua.
2. EKSPRESIKAN PERASAAN BUAT SI DIA Sedangkan pasangan yang sering bersama pun kadang sukar untuk menyatakan perasaan sebenar apatah lagi mereka yang bercinta jarak jauh. Namun ada cara bagaimana anda boleh memperbetulkan situasi ini. Dr. Gary Chapman menerusi artikelnya ‘The Five Love Languages for Singles’, menyatakan cara terbaik meluahkan perasaan adalah dengan pemilihan kata dan ayat yang betul kepada pasangan anda.
Usah mudah terlarut emosi ketika menyatakan sayang atau rindu kerana itu belum tentu akan membuat pasangan anda selesa malah lebih teruk merimaskan. Apa yang boleh dilakukan, hantarkan kiriman kata-kata pujangga cinta melalui e-mel berserta lagu yang tepat dengan perasaan anda ketika itu. Hal ini merupakan salah satu saluran yang boleh anda lakukan untuk mengekspresikan perasaan kepada si dia.
3. Jujur Dalam Perhubungan Syarat pertama harus jujur dan telus. Tiada apa yang boleh kekal lama tanpa ketulusan juga ketelusan dalam mengukuhkan sesuatu perhubungan. Jika syarat ini tidak berjaya dipegang kedua-dua belah pihak maka kasih dijalin hanya sekadar di permukaan, sama ada kerana takut putus atau sekadar bermain tarik tali.
Dr. Greg Guldner, pengarang ‘Long Distance Relationship : The Complete Guide‘ menyatakan 70% daripada pasangan yang mengalami epidemik cinta sebegini selalunya gagal dalam mempertahankan perhubungan kerana tidak mampu membiasakan diri dengan perubahan yang berlaku bila berhadapan dengan situasi baru ini.
4. BERIKAN KEJUTAN Kejutan manis buat si dia adalah perkara yang sentiasa boleh anda fikirkan. Tidak salah wang yang anda laburkan setiap kali keluar bersama dulu dikumpul dan gunakan untuk memberi kejutan dengan mengunjungi si dia yang jauh. Hal ini pasti saja akan memberi keterujaan kepada pasangan selain menjadi bukti sayang kepada si dia.
Jika masih belum mampu untuk melakukan perkara tersebut banyak kejutan lain boleh diberi seperti mengirimkan CD band tempatan kegemarannya atau membuat kolaj memori, kompilasi komunikasi anda berdua di media sosial seperti Yahoo Messenger dan jadikannya satu himpunan seakan cerpen. Pasti akan membuat si dia tersenyum kembali ketika membacanya.

5. RAIKAN MASA SENDIRI Cipta hobi serta minat baru agar masa lapang yang selalunya anda habiskan bersama si dia terisi. Dekatkan diri dengan aktiviti kesukaan anda seperti membeli-belah, bersukan atau meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan anda.
Aktiviti begini mampu menukar duka sendiri anda selain memberi pengalaman berbeza ia juga pasti akan membikin si dia ingin tahu lebih lagi tentang aktiviti yang anda lakukan. Elakkan dari bersendirian dan ia boleh menyebabkan anda sentiasa teringatkan si dia. Penuhi hari demi hari anda dengan aktiviti berfaedah dan boleh menceriakan hari anda!
Sumber: Pesona Pengantin
The post Tip Untuk Mengubati Rindu Hubungan Jarak Jauh, Yang Paling Penting No. 3 tu! appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/tip-untuk-mengubati-rindu-hubungan-jarak-jauh-yang-paling-penting-no-3/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sebenarnya Hubungan Jarak Jauh Tu Best Banyak Pengalaman Dan Cabaran Yang Boleh Buat Anda Matang

Sebenarnya Hubungan Jarak Jauh Tu Best Banyak Pengalaman Dan Cabaran Yang Boleh Buat Anda Matang

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 423 hits
Sebenarnya Hubungan Jarak JAUH Tu Best Banyak Pengalaman Dan Cabaran Yang Boleh Buat Anda MATANG Bukan semua pasangan dapat menikmati hubungan jarak jauh ni Bagi yang mengalaminya korang patut bersyukur sebab tak semua dapat merasa pengalam...
Ibu Ini Berjaya Memandu Jauh Sendiri Bersama Anak Kecil Tanpa Suami Hanya Dengan Lakukan 8 Tip Ini

Ibu Ini Berjaya Memandu Jauh Sendiri Bersama Anak Kecil Tanpa Suami Hanya Dengan Lakukan 8 Tip Ini

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 466 hits
Bukan perkara yang mudah untuk isteri memandu sendiri dengan jarak yang jauh bersama anak anak kecil tanpa suami disisi Kebiasaanya anak kecil terlalu banyak ragam dan kerenah yang harus dilayan Bagaimana cara untuk mengatasinya Bagaimana u...
Bukan Mengada Ngada Tapi Ini Sebab Kenapa Panggilan Manja Penting Dalam Hubungan

Bukan Mengada Ngada Tapi Ini Sebab Kenapa Panggilan Manja Penting Dalam Hubungan

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 542 hits
Bukan Mengada Ngada Tapi Ini SEBAB Kenapa Panggilan Manja Penting Dalam Hubungan Dari zaman bercinta hingga ke alam rumah tangga pasti anda ada gelaran manja untuk orang tersayang Ada yang memanggil sayang sweety manja abang comel darling d...
Farah Lee Kongsi Tip Travel Bagi Single Parent 4 Dokumen Ini Penting Mesti Bawa

Farah Lee Kongsi Tip Travel Bagi Single Parent 4 Dokumen Ini Penting Mesti Bawa

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 314 hits
Farah Lee berkongsi tip berguna buat ibu atau bapa tunggal yang mahu travel dengan si kecil ke luar negara Dokumen dokumen ini perlu dibawa untuk mengelakkan masalah di kemudian hari Banyak berjalan luas permandangan Tindakan Farah sering m...
10 Tip Buat Coklat Cip Paling Sedap Chewy Cubalah Resipinya Sekali

10 Tip Buat Coklat Cip Paling Sedap Chewy Cubalah Resipinya Sekali

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 527 hits
Coklat cip memang kegemaran amak anak sepanjang masa Tak payahlah tunggu raya pun nak membuatnya Tapi adakalanya coklat cip tak berapa menjadi Kadang kadang terlalu keras ada yang terlalu kering Foto pinterest com Tentulah tak cantik kalau ...
Video Viral Emak Lempar Puterinya Dengan Sandal Dari Jarak Jauh

Video Viral Emak Lempar Puterinya Dengan Sandal Dari Jarak Jauh

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 412 hits
27 1 2019 Foto Twitter nino triqui Sebuah video memperlihatkan seorang ibu yang menyambut anaknya yang melarikan diri dengan sandal sepit dari jarak yang luar biasa jauh menjadi viral di media sosial Meski warganet terhibur dengan video ter...
Tak Perlu Bomoh Bomoh Hanya Amalkan Doa Ini 19 Kali Saja Sudah Boleh Lembutkan Hati Seseorang Dari Jarak Jauh

Tak Perlu Bomoh Bomoh Hanya Amalkan Doa Ini 19 Kali Saja Sudah Boleh Lembutkan Hati Seseorang Dari Jarak Jauh

papar berkaitan - pada 2/2/2019 - jumlah : 1209 hits
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani Segala puji bagi Allah Rabb sekelian alam Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga k...
Selangor Hutang Paling Tinggi Najib

Selangor Hutang Paling Tinggi Najib

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 318 hits
Negeri yang hutang paling tinggi kepada kerajaan pusat sebenarnya ialah Selangor bukan Pahang Liabiliti Selangor kepada kerajaan pusat ialah sekurang kurangnya RM25 bilion berbanding RM3 bilion untuk negeri Pahang Biar saya jelaskan Jika se...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner