Tip Tip Hebat Cara Memastikan Cucian Anda Lebih Mesra Alam
Tip-Tip Hebat: Cara Memastikan Cucian Anda Lebih Mesra Alam | Dengan persekitaran yang semakin mencabar, sangatlah penting untuk kita menjaga segala aspek kehidupan, termasuk kesihatan, tempat tinggal, dan alam sekitar. Walaupun negara-negara di seluruh dunia sedang melakukan yang terbaik untuk menangani masalah alam sekitar terutamanya dengan peningkatan penggunaan topeng muka pakai buang yang tidak dapat dielakkan, disebalik landskap norma baharu kini, Samsung Electronics memahami bahawa ianya tanggungjawab bersama semua pihak untuk membantu menjaga kelestarian alam jangka panjang.
Samsung memegang teguh komitmen untuk membolehkan pengguna dari seluruh pelusuk dunia memilih mengutamakan kelestarian alam sekitar melalui pelaburan besar syarikat dalam melakukan penyelidikan dan pembangunan (research & development) produk yang mesra alam.
Pengguna juga boleh memainkan peranan mereka terhadap alam sekitar dengan melakukan perubahan walaupun kecil dalam menjalani rutin harian mereka dirumah. Malah, info grafik berguna ini dapat memberikan panduan mesra alam ketika anda mencuci pakaian menggunakan mesin basuh Samsung.
Kurangkan Pengeluaran Karbon Dengan Teknologi Penjimatan Tenaga
Penjanaan tenaga elektrik sudah menjadi rutin asas kehidupan di rumah, namun ia merupakan penyumbang kedua terbesar pelepasan gas rumah hijau. Maka, amat penting bagi pengguna untuk memilih peralatan elektronik seperti mesin basuh yang mesra alam.
Penggunaan air panas dalam kitaran cucian menggunakan tenaga dengan banyak sebenarnya, 75% tenaga yang diperlukan semasa kitaran cucian air panas digunakan hanya untuk memanaskan air. Oleh itu, untuk mengurangkan jumlah tenaga yang digunakan untuk mencuci pakaian anda, pilihlah cucian bersama air sejuk atau tetapan pencucian dengan suhu yang dioptimumkan.
Dengan teknologi EcoBubble™ Samsung, anda tidak perlu risau akan pencucian yang kurang berkesan. Walaupun pada suhu yang sejuk (15°C), teknologi EcoBubble™ akan melarutkan detergen dengan berkesan dan mencampurkannya dengan udara dan air untuk menghasilkan buih yang diserap pakaian untuk menanggalkan kotoran degil. EcoBubble™ memberikan penyerapan fabrik yang lebih baik dan kadar penyingkiran kotoran sebanyak 24%. Tambahan pula pakaian anda pasti terjaga dengan prestasi penjagaan pakaiannya sehingga 45.5% .
Cara lain untuk mengurangkan jumlah tenaga yang digunakan dan bil elektrik semasa mencuci pakaian adalah dengan mengurangkan masa mencuci. Untuk menjimatkan masa, wang, dan alam sekitar, fungsi QuickDrive unik Samsung mengurangkan masa cucian hingga 50% tanpa menjejaskan prestasi pembersihan. Putaran drum dinamik teknologi Q-Bubble™ dan air tambahan menghasilkan buih yang lebih banyak dan kuat, membolehkan detergen diserap dengan lebih cepat dan mencuci dengan pantas dan lembut
Dengan mesin basuh Samsung QuickDrive™, anda boleh mencuci baju hanya dalam 39 minit. Super Speed yang menggunakan teknologi Speed Spray tembakan air dengan kuat untuk mengeluarkan sisa detergen dengan berkesan dan mengurangkan masa mencuci. Selain itu, mesin basuh Samsung diaktifkan oleh aplikasi SmartThings yang menyenangkan kerja anda dengan fungsi Laundry Recipe yang mencadangkan kitaran optimum berdasarkan warna, jenis kain dan maklumat tahap kekotoran pakaian anda.
Kurangkan Penggunaan Air Dan Bahan Pencuci Anda
Sebilangan besar detergen pakaian mengandungi mikroplastik, jadi sangat penting untuk menggunakan jumlah detergen yang diperlukan sahaja semasa mencuci pakaian. Walaupun setiap cucian yang anda lakukan akan berbeza, cara terbaik untuk memastikan bahawa anda tidak membazir detergen atau air semasa mencuci pakaian adalah dengan menggunakan fungsi kitaran yang paling sesuai.
Fungsi AI Wash Samsung dapat membantu anda melakukan pilihan yang tepat: AI Wash menggunakan empat jenis sensor yang berbeza untuk mengesan berat cucian anda sebelum mengeluarkan jumlah air dan detergen yang diperlukan untuk setiap cucian. Sensor kekeruhan yang dipatenkan juga memantau tahap kotoran sepanjang kitaran pencucian, menyesuaikan jumlah detergen atau jenis cucian jika perlu.
Bagi mereka yang mencari penjelesaian jarak jauh melalui aplikasi SmartThings, fungsi Laundry Recipe pintar juga membolehkan anda memperhitungkan jumlah detergen yang ingin digunakan dalam pengiraannya ketika memberikan cadangan kitaran yang optimum.
Pilih Peralatan Future-Friendly Yang Dibina Untuk Tahan Lama
Tip terakhir untuk membuat cucian anda lebih mesra alam, adalah dengan memilih peralatan yang tahan lama. Ini sekaligus mengurangkan sampah di tempat pembuangan sampah, melestarikan sumber sambil mencegah pencemaran alam sekitar dengan bahan toksik dan pengurangan gas rumah hijau yang terhasil semasa membina memproses bahan baru.
Produk mesin cuci dan pengering baju Samsung telah dirancang untuk penggunaan jangka panjang, dilengkapi dengan jaminan terkemuka untuk kedua-dua produk dan bahagian-bahagian supaya pengguna yakin bahawa keputusan mereka adalah yang terbaik untuk alam sekitar.
Mengenai Samsung Electronics Co. LtdSamsung memberi inspirasi kepada dunia dan membentuk masa depan dengan transformasi idea dan teknologi. Samsung menjadi agen perubahan kepada dunia TV, telefon pintar, peranti boleh pakai, tablet, peralatan digital, sistem rangkaian dan memori, sistem LSI, dan penyelesaian LED. Untuk mendapatkan maklumat terkini, sila layari Samsung Newsroom di http://news.samsung.com.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.akifimtiyaz.com/2021/10/tip-tip-hebat-cara-memastikan-cucian-anda-lebih-mesra-alam.html