Tip Simpan Duit Secara Berterusan Kumpul Rm32k Untuk Kahwin
Tip Simpan Duit Secara Berterusan Kumpul RM32K Untuk Kahwin | Boleh tak simpan duit 32K dalam masa 3 tahun? Ini persoalan gologan “dewasa” yang berniat nak melangsungkan perkahwinan mereka. Zaman sekarang ni, banyak keperluan yang memerlukan modal yang besar untuk melengkapi majlis perkahwinan. Tak heranlah kos untuk perkahwinan/persandingan sekarang ni boleh dikatakan RM15K sehingga RM30K. Kita faham, bukan niat nak tinggikan wang hantaran serta belanja dapur tetapi anjakan ekonomi memaksa kita berbelanja lebih
Bagi anda yang merancang untuk mengumpul duit belanja nak berkahwin atau membeli sesuatu yang diimpikan, malah nak buat rumah kampung pun boleh dengan jumlah RM30K ni. Bagaimana cara untuk mengumpul duit sebanyak itu secara konsisten? Bukan mudah, tapi ad acara yang lebih efektif simpan duit berterusan
Simpan Duit RM32,352 Dalam 3 Tahun
Ramai orang lambat kahwin sebab tak dapat kumpul duit belanja, hahaha! Siapa suruh orang bagi nasihat tak mau dengar.
Jika dikira secara kasar, kalau nak kumpul RM30,000 dalam 3 tahun bermakna anda perlu menyimpan sekurang-kurangnya RM10,000 setahun.
So, RM10,000/12 bulan = RM833 sebulan
Kalau tak mampu simpan macam mana? Buat kira-kira dulu, biar ngam dengan gaji dan keperluan bulanan anda sekarang.
Berapa yang anda mampu simpan sebulan? RM800? RM500? Atau RM400?
Saya bagi contoh mudah lah lah dekat sini..
Katakanlah anda boleh simpan RM500 sebulan! Kalau 3 tahun baru dapat simpan RM18,000. Tak cukup ni
Cara untuk mencapai target RM30,000 adalah dengan kumpul duit + loan ASB
Cuba lihat Jadual Loan ASB diatas ini..mana satu jumlah yang sesuai dengan kemampuan anda? RM90,000 pun boleh cuma saya cadangkan anda ambil loan ASB RM80,000 saja dengan bulanan sebanyak RM432
Bulanan (30 tahun) - RM432 X 36 bulan ( 3 tahun) = RM15,552
Dividen - ( katakanlah 7%) RM80,000 X 0.07 = RM5,600 X 3 tahun = RM16,8000
Anda konsisten gunakan RM432 sebagai simpanan (auto debit dari akaun bank) dan dividen tak payah kacau/keluarkan.
Memandangkan Loan ASB hanya boleh surrender selepas 3 tahun, saya cadangkan anda buat Loan ASb pada awal bulan Januari tahun berkenaan. Supaya agihan dividen perfect untuk tahun pertama dan seterusnya
Selepas anda surrender ASb Loan pada awal tahun keempat (genap 3 tahun), berapa jumlah duit yang anda dapat berapa pulak?
Jangan terkejut ye.
RM15,552 (RM432 X 36 bulan) + RM16,800 ( dividen 7% X RM80,000 X 3 tahun) = RM32,352 !
Boleh kahwin dah ker tu? Hehe…boleh gais ! lepas surrender ASB loan tu, boleh ambil balik untuk simpanan masa hadapan
Simpan Duit RM27,480 Dalam 3 Tahun
Saya bagi satu contoh lagi…
Katakanlah anda mampu simpan dalam RM550 sebulan. Ambil loan ASb RM100,000 untuk 30 tahun
Berdasarkan jadual diatas, anda akan membayar bulanan RM540
RM540 X 12 bulan = RM6,480
RM6,480 X 3 tahun = RM19,440
Katakanlah dividen setahun ASb adalah 7%
RM100,000 X 7% = RM7,000
Gunakan dividen tahun pertama untuk membayar bulanan untuk tahun kedua.
RM7,000 – RM6,480 = RM520 (baki dividen)
Begitu juga untuk tahun seterusnya, gunakan dividen tahun kedua untuk bayar bulanan untuk tahun ketiga
RM7,000 – RM6,480 = RM520 (baki dividen)
Awal tahun keempat (genap 3 tahun). Surrender loan ASB! Apply utk stop loan ASB!
RM540 X 36 bulan = RM19,440
RM520 (baki dividen tahun pertama) + RM520 (baki dividen tahun kedua) + RM7,000 (dividen tahun ketiga) = RM8,040
Berapakah jumlah duit yang anda dapat
RM19,440 + RM8,040 = RM27,480 !
Faham tak? Mudah je kalkulator kalau nak simpan duit ni..nak kahwin dengan meriah kan? Guna teknik simpan duit secara konsisten ini dan senyum lebar sebab lepas kahwin tak terbeban dengan hutang Pinjaman Peribadi tu
Semoga membantu ye.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.elihjapahar.net/2018/11/tip-simpan-duit-secara-berterusan.html