Tip Rapatkan Hubungan Dengan Ibu
Assalamualaikum dan salam sejahtera :)
sumber : GOOGLE
Frankly speaking, aku pun sebenarnya bukan rapat sangat dengan ibu tetapi aku seorang yang agak manja dengan ibu dan aku adalah anak kesayangan ibu muahahaha eh! aku gurau saja la hehe.
Mungkin ada diantara kita yang merasakan kurang rapat dengan ibu sebab sometime terasa ibu macam pilih kasihlah, apalah, itulah, inilah dan macam-macam lagi. Bila ibu diam kita pun diam. Ini situasi yang selalunya terjadi diantara ibu dengan anak. Eh tak boleh macam tu. Tak ada ibu yang tak sayangkan anak, ingat tu. Kepada sesiapa yang agak kurang rapat dengan ibu tu, apa kata korang ikut tips dibawah ini ;
Tip rapatkan hubungan dengan ibu.
Untuk yang tinggal bersama ibu, peluk dan cium pipinya setiap pagi sebelum keluar rumah untuk semarakkan kasih sayang antara kalian.Buat ibu korang gembira dengan mendengar nasihatnya atau memberi hadiah yang disukainya. Tak kira mahal atau murah, tanda ingatan itu lebih penting.Masakan ibu sentiasa sedap kerana ia dimasak dengan penuh kasih sayang. Jadi kalau dah suka tu, ringan-ringkanlah mulut kamu untuk puji sekali sekala.Untuk wanita, luangkan masa membantu ibu di dapur. Sambil memasak dan bersembang, tunjukkan yang korang berminat dengan resipi ibu dan belajarlah beberapa petua darinya. Ini berguna bila korang dah kahwin nanti hihi.Walaupun sibuk dengan dengan tugasan harian, sekali sekala ambil cuti dan luangkan masa bercuti bersamanya. Keluar membeli-belah atau makan-makan sudah memadai.Ambil sedikit masa untuk bersembang tentang rutin harian kepada ibu korang. Tak perlu kisah orang kata korang anak mak atau apa semua.Ambil tahu apa yang ibu korang suka atau tidak. Jika dia sukakan hasil kraftangan, bawalah ibu korang berjalan-jalan ke Sawarak yang terkenal dengan hasil kraftangan manik.Jadikan ibu korang sebagai rujukan bila dilanda masalah atau berada dalam dilemma. Nasihat ibu sangat berguna kerana dia sendiri sudah banyak melalui pengalaman pahit manis menjadi seorang dewasa.sumber : cosmo 2013
P/S : terkadang hati membisikkan, terkadang bibir meluahkan "eh tak mungkinlah" tapi ya, kuasa Allah memungkinkan segalanya. salam jumaat buat semua pembaca
with love~rrp.cik itah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://ramaramapendek.blogspot.com/2014/01/tip-rapatkan-hubungan-dengan-ibu.html