Tip Pilih Kurma Sedap Segar Berkualiti
Tip pilih kurma ini penting supaya kita dapat menikmati kurma yang segar dan sedap pada bulan puasa yang akan tiba hujung minggu ini.
Selain jenis kurma itu sendiri terdapat beberapa perkara yang perlu kita perhatikan semasa memilih buah yang banyak khasiat ini.
Empat perkara di bawah adalah yang perlu kita perhatikan. Selain itu ketahui juga jenis-jenis kurma yang popular di Malaysia
4 tip pilih kurma yang sedap, segar dan elok
1.Warna -nampak berkilat dan warnanya sekata, contoh hitam pekat untuk Ajwa atau coklat keemasan untuk Majdool.
2.Kulit – permukaan kurma kering di lyar dan tidak menyebabkan tangan melekit bila pegang. Ini tanda kurma tidak disalut dengan gula. Kurma yang baik kulitnya licin dan tidak menggelupas.
3.Aroma – Elakkan ambil kurma yang seakan bau masam, ia tanda tidak segar dan tidak disimpan dengan baik.
4.Perhatikan tarik tuaian – beli stok kurma keluaran terkini. Tanya Tarikh Tuaian/ Batch kurma pada Seller. Setiap seller perlu ada maklumat tersebut.
Jenis kurma popular di Malaysia
Kurma Ajwa
Kurma dari Madinah ini juga sering disebut Kurma Nabi.Kurma ini biasanya bersaiz kecil dan berwarna hitam. Rasanya pula manis dengan tekstur isi yang lembut. Terdapat juga kurma Ajwa yang berbentuk oblong dengan puncak yang bulat dan tekstur yang agak kasar.
Kurma Medjool (Majdoul)
Kurma Medjool tumbuh di iklim yang panas kering seperti di Timur Tengah dan Afrika. Isi buahnya gemuk, lembab, dan manis. Kurma Medjool adalah antara jenis kurma yang paling mahal kerana ia sukar untuk ditanam, bersaiz besar dan mempunyai rasa yang manis seakan rasa karamel. Disebabkan itu, ia juga terkenal dengan gelaran ‘Kurma Berlian’.
Buah ini juga sentiasa kelihatan segar walaupun kering. Kulitnya berwarna kuning gelap hingga merah kecoklatan dengan tekstur yang berserabut.
Kurma Deglet Noor
Deglet Noor dalam bahasa Arab bermaksud ‘Ratu Kurma’. Kurma jenis ini berasal dari Algeria dan turut ditanam di negara lain seperti Iran, Amerika Syarikat, Arab Saudi dan Tunisia.
Kurma ini mempunyai beberapa ciri khas seperti warna lut dan rasa lembut seperti madu. Di Malaysia, biasanya kurma ini dijual dalam bentuk bertangkai dan merupakan antara jenis yang cukup popular di pasaran.
Kurma Safawi
Kurma Safawi terkenal di Madinah dan Mekah Berwarna coklat gelap, rasanya lazat manis mirip dengan rasa kurma Ajwa, isi buahnya lembab dan bertekstur lembut.
Kebiasaannya, pohon kurma Safawi adalah produktif, itulah yang membuat kurma Safawi lebih banyak tersedia dan mudah didapat dibanding kurma lain.
Berwarna coklat gelap, rasanya lazat manis mirip dengan rasa kurma Ajwa. Isi buahnya lembab dan bertekstur lembut.
Kurma Mabroom
Kurma ini lebih mempunyai tekstur yang agak sama dengan kurma Ajwa yang lembut. Berbentuk panjang dan kurus, kurma ini kebanyakannya ditanam di Semenanjung Barat Arab Saudi.
Ia mempunyai kulit yang hampir lut dan berwarna coklat. Isinya pula mempunyai kedutan lembut, mempunyai rasa yang unik, berserabut, tidak begitu manis dan agak kenyal.

Kurma Sayer
Kurma ini mempunyai kulit kering yang tipis dengan bentuk yang panjang serta bujur. Ia dikenali dengan pelbagai nama lain seperti kurma Stamaran, Saamaran, Stamara atau Samberun.

Kurma Mazafati
Kurma Mazafati dianggap sebagai antara kurma yang paling lazat di dunia dengan isi yang tebal serta warna hitam yang menarik berbanding jenis buah kurma lain yang ada di pasaran.
Di Malaysia, kurma ini juga dijenali sebagai Kurma Madu, Kurma Kimia atau Kurma Bam. Isinya lembut dan mempunyai rasa yang manis serta agak lembap kerana kandungan air yang tinggi.
Sumber: Vanilla Kismis & Ecentral
Baca Lagi : Susu Kurma Homemade. Lebih Jimat Dan Sedap
from Rasa
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://rasanakmasak.blogspot.com/2025/02/tip-pilih-kurma-sedap-segar-berkualiti.html