Tip Jimat Premium Insurans Takaful Motor
Tip Jimat Premium Insurans / Takaful Motor | Assalamualaikum. Hai korang. Diah nak kongsikan MTV terbaru kak Adibah. Kelakar betul tengok tabiat-tabiat pemandu di Malaysia.
Sememangnya kita semua perlu mainkan peranan masing-masing. Kalau perasan setiap tahun lebih-lebih lagi bila cuti sekolah atau musim perayaan je makin tinggi kadar kemalangan jalanraya berlaku. Seram tau sebab nombor ni meningkat setiap tahun. Sikap pemandu yang tak berhemah ni la antara penyumbang utama kadar kemalangan bertambah setiap saat. Paling Diah tak suka bila ada pemandu yang salah guna lorong kecemasan. Memang mereka ni pentingkan diri sendiri dan menyusahkan orang lain.
Bercakap tentang pemandu berhemah ni, sebenarnya ia ada kaitan dengan tips bagi menikmati lebih penjimatan untuk premium insurans / takaful motor.
1) Kurangkan risiko kemalangan. Selain menikmati diskaun NCD maksima (sebanyak 55%), anda juga dikenakan premium yang lebih rendah berbanding yang berisiko tinggi.
2) Selenggara kenderaan anda mengikut jadual.
3) Buat perbandingan antara syarikat / jenama insurans atau takaful sebab premium mereka tidak lagi ditarifkan oleh Bank Negara Malaysia.
4) Ketahui produk-produk baru yang ditawarkan di pasaran (piam.org.my atau malaysiantakaful.com.my, laman ‘Motor Product Selector’). Bolehlah customize ikut keperluan anda.
Liberalisasi Insurans / Takaful Motor
Kalau dulu dalam persekitaran tarif, semua premium motor dikawal dan penanggung insurans (syarikat insurans / takaful) perlu mengikuti harga yang ditetapkan. Kiraan caj premium insurans / takaful ditentukan berdasarkan 2 kriteria utama iaitu kapasiti enjin dan jumlah yang diinsuranskan (nilai kereta).
Manakala dalam persekitaran liberalisasi pula, pemandu yang berhemah tidak perlu lagi menanggung kos untuk pemandu yang cuai. Premium insurans motor akan dinilai menggunakan kaedah penilaian risiko. Ini bermakna pemandu dengan risiko yang lebih rendah akan membayar premium yang lebih rendah berbanding pemandu berisiko tinggi
Kenali Pemandu Berisiko Tinggi
Adakah korang tergolong dalam kategori pemandu berisiko tinggi atau korang memang seorang pemandu yang berhemah? Kalau ikut ciri-ciri yang telah dinasihatkan oleh PIAM macam kat bawah ni korang akan tahu korang jenis pemandu yang mana kerana secara umumnya, ia adalah berdasarkan:
1. Gaya Pemanduan – pemandu yang bertindak melulu dan tidak sabar lebih terdedah kepada kemalangan
2. Tabiat Memandu – pemandu dengan saman trafik yang tinggi akan terdedah kepada lebih banyak kemalangan
3. Kecenderungan Kemalangan – jika anda kerap membuat tuntutan insurans untuk pembaikan kereta, anda dianggap pemandu yang tidak bertanggungjawab
Tabiat ni harus dielakkan sama sekali! (Lakon Semula)
Orang tua selalu ingatkan jadilah pemandu berhemah. Selain dapat menyelamatkan nyawa yang tersayang juga dapat menyelamatkan poket anda. Sikap toleransi dan bertimbang rasa di antara pengguna juga penting supaya semua selamat sampai ke destinasi yang dituju.
Nak tahu lebih lanjut tentang Liberalisasi Dan Tarif Insurans / Takaful Motor boleh rujuk di sini
PIAM
MTA
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.rodiahamir.com/2019/04/tip-jimat-premium-insurans-takaful-motor.html