Ganti Motor Kipas Radiator Proton Persona


Seperti hari-hari Isnin sebelumnya, kami bergerak menuju ke Kuala Lumpur menggunakan Lebuhraya Utara Selatan iaitu Lebuhraya Seremban-KL.Tetapi tidak seperti biasa, Master tiba-tiba sahaja tiada mood untuk memandu laju, Master hadkan kelajuan hanya kepada 80 kilometer sejam.Seperti biasa, kami akan tersangkut dalam kesesakan jalanraya sebaik melepasi Plaza Tol Sungai Besi.Tidak seperti biasa, Master kali ini memilih lorong tengah berbanding lorong kanan.Seksyen: Enjin kereta Proton Persona mati tengah lebuhraya | Tunggu lori tunda panel Takaful Ikhlas | Kos Ganti Motor Kipas Radiator Kereta di JDMH Autoservices Puncak Jalil
Enjin kereta Proton Persona mati tengah lebuhrayaTiba-tiba sahaja enjin kereta Proton Persona Elegance kami mati di tengah jalan.Master hidupkan semula enjin, enjin kereta dapat dihidupkan tetapi mati semula.Master melihat tolok suhu dan mendapati suhu enjin kereta berada tahap maksimum. Sebab itulah enjin kereta mati.Master pernah mengalami masalah yang sama semasa menyewa sebuah kereta Perodua Kancil di Kelantan, di mana enjin kereta tiba-tiba mati di lampu isyarat, menyebabkan Master terpaksa menolak kereta tersebut ke kawasan yang sesuai sambil dihon oleh pemandu-pemandu lain. Dah nampak kereta kena tolak pun sibuk nak hon, tunggulah kalau kena pada muka sendiri nanti baru padan dengan muka. Enjin kereta Perodua Kancil itu panas kerana kebocoran radiator. Pengalaman Master itu membantu Master mengenali masalah yang sedang dihadapi.Nasib kami baik, jalan itu agak menurun, menyebabkan kereta kami mampu meluncur secara melahu tanpa enjin dihidupkan, dan kereta Proton Persona kami adalah transmisi manual menyebabkan kereta kami boleh bergerak.Master memasang hazard light dan perlahan-lahan menyusur ke tepi, nasib baik kami berada sebelum susur keluar ke Komplek Sukan Nasional, jadi kereta Proton Persona Elegance kami boleh dihentikan di sana tanpak menghalang trafik.Nasib kami baik kerana semua kenderaan macam faham termasuklah motosikal menyebabkan mereka memberi laluan mudah kepada kereta Proton Persona kami untuk ke tepi jalan.Master menghentikan kereta kami di belakang sebuah kereta Proton Waja, kebetulan kereta milik seorang pakcik berbangsa India itu turut mengalami masalah kepanasan enjin. Cuma dia nampak wap air keluar daripada enjin, jadi mungkin masalah keretanya ialah kebocoran pada radiator.Kereta pakcik itu tidak mati enjinnya, cuma berasap, dan dia menghadapi kesukaran untuk ke tepi jalan kerana kenderaan lain terutamanya motosikal macam tak faham masalah yang dihadapinya.Master memeriksa radiator dan mendapati bekalan air dalam tangki simpanan radiator masih berbaki, menunjukkan bahawa masalahnya bukanlah air dalam radiator kering. Air radiator dalam tangki simpanan itu berasap kerana kepanasan, dan apabila Master periksa sekali lagi, air tangki simpanan radiator Proton Persona itu telah kering sama sekali! Master ambil bekalan air Mummy dan tuang ke dalam tangki simpanan radiator tersebut. Bekalan air kecemasan yang selama ini banyak dalam kereta, tiada apabila diperlukan.Master menunggu enjin menyejuk dan cuba hidupkan enjin kereta, setelah suhu naik ke 90 darjah celsius iaitu suhu biasa enjin kereta Proton Persona, kipas radiator masih tidak bergerak, sekaligus memberitahu Master bahawa masalahnya berkaitan dengan kipas radiator kereta.Masalah kipas radiator kereta tak bergerak bukanlah satu masalah enteng, jadi Master menelefon talian bantuan panas Takaful Ikhlas yang segera menghantar sebuah lori tunda ke kawasan kereta kami tersadai. Masalah ini memerlukan bantuan pakar yang tentunya hanya boleh diperolehi di bengkel kereta.Kereta Proton Persona Elegance tersadai di tepi Lebuhraya KL-Seremban betul-betul selepas Plaza Tol Sungai Besi kerana enjin mati akibat terlalu panas.
Master periksa dan dapati bahawa motor kipas radiator kereta Proton Persona Elegance kami tidak berfungsi.
# 4 Mac 2019 jam 09:40 pagi hari Isnin
# IMG_20190304_094049 20190304 201903
# Xiaomi Redmi Note 5A
# Unnamed Road, Taman Serdang Raya, 57000 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala LumpurTunggu lori tunda panel Takaful IkhlasTunggu lori tunda datang. Aina tak mahu duduk dalam kereta Proton Persona semasa kami tunggu lori tunda panel insurans Takaful Ikhlas datang. Master bawa dia menyorok di tepi kereta almaklum saja di tepi lebuhraya...
# 4 Mac 2019 jam 10:07 pagi hari Isnin
# IMG_20190304_100717 20190304 201903
# Kamera telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5ALori tunda panel insurans Takaful Ikhlas sampai dan selesai menaikkan kereta Proton Persona Elegance kami.
# 4 Mac 2019 jam 10:33 pagi hari Isnin
# IMG_20190304_103305 20190304 201903
# Xiaomi Redmi Note 5A
# Taman Serdang Raya, 43300 Seri Kembangan, SelangorKos Ganti Motor Kipas Radiator Kereta di JDMH Autoservices Puncak JalilPemandu lori tunda panel insurans Takaful Ikhlas yang peramah itu menurunkan kami di bengkel kereta JDMH Autoservices yang terletak di Jalan PUJ 3/8 Taman Puncak Jalil. Banyak bengkel kereta di Puncak Jalil tu dan pemandu lori tunda tu turunkan kami di JDMH Autoservices yang kelihatan kurang pelanggan pada masa kejadian.Mekanik di situ memeriksa enjin kereta Proton Persona kami tu untuk mengetahui jika enjin telah terjejas. Enjin terlalu panas boleh menyebabkan kerosakan kepada enjin dan memerlukan enjin dibaiki. Kaedahnya si mekanik akan memastikan sama ada air radiator telah masuk ke dalam enjin. Katanya jika itu berlaku keadaan minyak enjin akan kelihatan seperti teh tarik. Kos pembaikan enjin akan memerlukan wang ribuan Ringgit Malaysia.Nasib kami baik kerana kelihatan enjin Proton Persona kami tidak terjejas.Mekanik memeriksa keadaan kipas radiator dan mendapati kipas radiator kereta Proton Persona kami tidak berfungsi. Dia juga menunjukkan bahawa compressor penghawa dingin kereta tidak bergerak. Dia tunjuk ke arah belt compressor tapi Tedi dan Master nampak berpusing ja. Kami sebenarnya tak tahu mana compressor tu tapi Master iyakan sahaja. Mungkin sebab itulah kebelakangan ini penghawa dingin kereta Proton Persona kami tak berapa sejuk?Tokay bengkel kemudian memberikan anggaran kos ganti motor kipas radiator kereta Proton Persona, seperti berikut: Motor kipas radiator jenama APM: RM 380Motor kipas radiator jenama Denso: RM 270Upah ganti motor kipas radiator enjin kereta Proton Persona: RM 50.Master kata nak guna motor kipas radiator jenama Denso, tapi pemilik bengkel kata tak boleh, kena ikut jenama apa yang kereta kami gunakan sekarang. Master rasa macam tak logik, tapi terima sajalah kan. Nak pilih macam mana lagi? Kereta dah tersadai di tempat orang.Jika Master semak harga dalam talian, harga motor kipas radiator enjin kereta Proton Persona tidak sampai RM 300 pun, paling mahal RM 250. Pak Lang Epul kata harga motor tu cuma RM 120.Master minta diskaun, dan tuan kedai bagi kami harga RM 380, tak ambil upah katanya.Anggaran kos menggantikan kipas motor radiator Proton Persona ELegance ialah RM 380 (jenama APM) dan RM 270 (Denso) dan kos upah RM 50.
Jenama motor kipas radiator kena ikut jenama yang digunakan sekarang.
Kereta Proton Persona kami menggunalkan motor kipas radiator jenama APM.
#4 Mac 2019 jam 11:26 pagi hari Isnin
# IMG_20190304_112645 20190304 201903
# Xiaomi Redmi Note 5A
# Lokasi: JDMH Autoservices, Jalan PUJ 3/8, Taman Puncak Jalil, Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.interpretzz.com/2019/03/ganti-motor-kipas-radiator-proton.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Interpretzz+%28interpretZZ%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
4 Aksi Ketangguhan Prajurit Kopassus Tni Makan Api Sampai Digilas Motor

4 Aksi Ketangguhan Prajurit Kopassus Tni Makan Api Sampai Digilas Motor

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 451 hits
Kemampuan Kopassus bela diri sampai ketangkasan fisik membuktikan Kopassus menjadi pasukan elit milik TNI yang ditakuti dunia
Pembelian Motor Dan Mobil Meningkat Kredit Kendaraan Bank Danamon Naik 14 Persen

Pembelian Motor Dan Mobil Meningkat Kredit Kendaraan Bank Danamon Naik 14 Persen

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 208 hits
PT Bank Danamon Indonesia Tbk sampai dengan bulan ketiga tahun 2019 membukukan total portofolio kredit dan Trade Finance Bank tumbuh 6 persen dibanding periode yang sama pada tahun sebelumnya yang sebesar Rp 130 triliun menjadi Rp 138 041 t...
Polisi Tembak Mati Perampok Motor Pengemudi Ojek Online Di Palmerah

Polisi Tembak Mati Perampok Motor Pengemudi Ojek Online Di Palmerah

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 247 hits
Pelaku R berhasil dilacak berdasarkan keterangan empat pelaku yang telah dibekuk sebelumnya
Minyak Hitam Apa Yang Sesuai Untuk Motor Yamaha 135lc

Minyak Hitam Apa Yang Sesuai Untuk Motor Yamaha 135lc

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 2245 hits
Ini artikel pertama mengenai MotoVlog di blog www sayaiday com Sebelum ni Fakhrul ada publish satu video di channel Youtube Sayaiday tentang Setakat ini video tersebut mendapat tontonan 28 ribu lebih Terima kasih kepada mereka yang menonton...
Mejeng Di Iims 2019 Harley Davidson Tawarkan Motor Seharga Rp 378 588 Juta

Mejeng Di Iims 2019 Harley Davidson Tawarkan Motor Seharga Rp 378 588 Juta

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 245 hits
Harley Davidson Motor Company kembali berpartisipasi dalam ajang Indonesia International Motor Show 2019 Ini merupakan keikutsertaannya yang kedua dalam dua tahun berturut turut Yang paling mereka unggulkan kali ini adalah dua model Power C...
Setelah Absen 40 Tahun Motor Lambretta Unjuk Gigi Di Iims 2019

Setelah Absen 40 Tahun Motor Lambretta Unjuk Gigi Di Iims 2019

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 235 hits
Booth Lambretta di Hall C menampilkan Lambretta V200 berwarna black high gloss white high gloss red high gloss dan V125 berwarna orange super gloss blue mint super gloss grey super gloss
Komplotan Begal Motor Kerap Beraksi Di Jakarta Dan Tangerang Tewas Dibedil Polisi

Komplotan Begal Motor Kerap Beraksi Di Jakarta Dan Tangerang Tewas Dibedil Polisi

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 197 hits
Kabid Humas Polda Metro Jaya Kombes Raden Prabowo Argo Yuwono mengatakan tiga pelaku yang tewas itu yakni HS AC dan MBID Mereka diberikan tindakan tegas dan terukur saat berada di dalam mobil menuju Polda Metro Jaya untuk dilakukan pemeriks...
Cuma Bermodal Gadai Motor Perolehan Suara Caleg Ini Signifikan

Cuma Bermodal Gadai Motor Perolehan Suara Caleg Ini Signifikan

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 202 hits
Yoga bukanlah sosok istimewa ataupun punya banyak harta untuk menggapai cita menjadi wakil rakyat Dia juga bukan seorang aktivis pengusaha maupun politisi Pria berusia 41 tahun itu hanyalah seorang petugas keamanan atau Satpam di Banten dan...
Tip Jimat Premium Insurans Takaful Motor

Tip Jimat Premium Insurans Takaful Motor

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 339 hits
Tip Jimat Premium Insurans Takaful Motor Assalamualaikum Hai korang Diah nak kongsikan MTV terbaru kak Adibah Kelakar betul tengok tabiat tabiat pemandu di Malaysia Sememangnya kita semua perlu mainkan peranan masing masing Kalau perasan se...
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco

Lauk Paling Sedap

Hiburan Aktif Kegiatan Mencuri Ayam Di Pasar Awam Sekitar Daerah Batang Padang Tiga Lelaki Akhirnya Ditangkap