Tip Daging Goreng Lembut Juicy Tak Guna Daging Batang Pinang Pun Jadi
Kebanyakan orang tak menggemari menu berasaskan daging sebab liat. Nak dapat daging yang lembut harganya pula mahal. Jadi pilihan mudah, pilih ayam atau ikan saja. Bukan itu saja, anak-anak pun ramai yang tak suka.
Bagaimanapun untuk membantu ibu dapatkan cara masak daging goreng yang lembut, tip yang dikongsikan oleh Ummi Syuhada boleh dipraktikkan. Tak guna daging mahal pun tetap boleh lembut.
Boleh letak sayur pilihan seperti kacang buncis, bunga kobis atau sebagainya.
Daging goreng kunyit yang lembut walaupun bukan daging batang pinang.
Yang penting:-
– Jangan masak masa dia masih beku & sejuk
– Jangan masak api besar mengejut kecuali kuantiti daging banyak, jadi haba keseluruhan tak tinggi
– Kalau nak buat goreng-goreng / masak kicap.. kena perap dulu dengan bawang putih, halia, rempah.
– Gulai kari atau kurma. Masak sampai rempah tumisan pecah minyak. Masuk daging, ratakan dengan rempah guna api sederhana. Masuk daun pandan. Biar keluar air daging dan bagi dia sebati dengan rempah dulu. Tambah air sikit-sikit kalau kering sangat. Agak-agak daging dah mula tender baru tambah air lebih dan santan + kentang. Masa ni dah boleh besarkan api.
– Untuk perapan daging goreng kunyit ni boleh refer gambar. Tip ni sesuai yang tak guna pressure cooker.
Perap dengan bawang putih, halia, rempah sup, rempah kurma, serbuk kunyit.
Ni cara mudah untuk sahur. Daging perap tadi goreng kejap dalam 5 minit bagi keluar air daging dulu. Pastikan semua bahagian daging dah pucat, jangan ada kesan merah/darah daging. Gaul semua bhgn sampai rata. Tutup kuali. Masa bangun sahur tambah air sambung masak guna api besar. Tunggu sampai kering baru tambah sayur. *Daging selama dia terperap dlm kuali tu dia melalui proses melembutkan urat-urat daging tu. Isi daging lebih juicy & manis
Kentang dengan carrot dulu baru bawang besar
Goreng asing dulu supaya tak overcooked. Daging dah masak baru campur dan gaul-gaul kejap
Tabur sikit lada hitam pun sedap
Satu jenis lauk macam ni pun, ada kicap tuang atas nasi panas-panas boleh bertambah makan nasi. Hari-hari gulai pun bosan juga!
Kredit: Ummi Syuhada
ARTIKEL MENARIK [Ayam Masa Thai Terlajak Sedap! Resipi Simple, Rasanya Macam Kat Kedai]
BACA JUGA [Biskut M&M Guna Sukatan Cawan. Penuh Taburan Coklat, Confirm Anak Suka!]
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
The post Tip Daging Goreng Lembut & Juicy. Tak Guna Daging Batang Pinang Pun Jadi! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/tip-daging-goreng-lembut-juicy-tak-guna-daging-batang-pinang-pun-jadi/