Tiong King Sing Liabiliti Politik Buat Kerajaan Penganalisis



PETALING JAYA: Dua penganalisis menyifatkan Tiong King Sing sebagai liabiliti politik buat kerajaan susulan pembabitan menteri pelancongan, seni dan budaya itu dalam kekecohan dengan pegawai imigresen di KLIA minggu lalu.
Tetapi, seorang lagi penganalisis berkata, tindakan Tiong menunjukkan seorang menteri sedia mengambil tindakan secara langsung bagi menangani rasuah jika dakwaannya terhadap sesetengah pegawai imigresen betul.
Azmil Tayeb dari Universiti Sains Malaysia (USM) berkata, Tiong perlu dikawal dan menyarankan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mempertimbang menggantikannya jika beliau merombak Jemaah Menteri.
Katanya, insiden di KLIA memberi gambaran buruk kepada kerajaan kerana tindakan Tiong tidak wajar sebagai seorang menteri.
“Beliau sepatutnya mengumpul bukti rasuah dan melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan diambil berbanding bertindak sendiri.
“Perkhidmatan awam memerlukan jaminan bahawa mereka mampu menjalankan tugas tanpa rasa takut atau pilih kasih. Jika terdapat sebarang salah laku, ia perlu ditangani dengan cara betul, bukan secara sembarangan seperti dalam kejadian di KLIA.”
Azmi Hassan dari Akademi Nusantara senada dengan Azmil dan berkata, tindakan Tiong terburu-buru kerana SPRM sukar menentukan sama ada benar-benar berlaku rasuah dalam insiden itu.
“Saya pasti SPRM akan dapati sukar untuk menentukan sama ada rasuah berlaku ketika itu, di mana Tiong campur tangan.”
Beliau menjangkakan Perikatan Nasional akan memainkan isu itu ketika kempen PRN enam negeri dan gabungan berkenaan akan mendakwa menteri persekutuan tersebut campur tangan dalam prosedur perkhidmatan awam.
Jumaat lalu, Tiong mengakui terbabit dalam kekecohan dengan pegawai imigresen di KLIA, di mana beliau cuba campur tangan dalam kes seorang warga China mendakwa dilarang memasuki Malaysia.
Beliau berkata, lawatannya ke lapangan terbang itu mendedahkan “budaya rasuah beberapa pegawai dan penyalahgunaan kuasa yang kronik”.
Semalam, sumber SPRM dilaporkan berkata, agensi antirasuah itu sudah mengambil keterangan seorang menteri dan dua warga China berhubung kejadian itu.
Tetapi, James Chin dari Universiti Tasmania berkata tindakan Tiong akan “mengejutkan” rakyat Malaysia kerana ia menggambarkan seorang menteri sanggup mengambil tindakan segera bagi menangani rasuah, jika dakwaannya terhadap sesetengah pegawai imigresen itu betul.
“Dari segi hubungan perkhidmatan awam (dengan menteri itu), saya berpendapat, secara umumnya, kebanyakan penjawat awam mahu bekerja untuk perkhidmatan awam yang bersih.
“Saya tidak fikir majoriti penjawat awam mahu bekerja untuk perkhidmatan awam yang korup. Jadi, jika kerajaan mengambil lebih banyak tindakan terhadap rasuah dalam perkhidmatan awam, ia hanya akan membawa kepada perkara baik.”
Insiden di KLIA itu bukan kali pertama Tiong mencetuskan kontroversi.
Tahun lalu, Ahli Parlimen Bintulu daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu, yang juga sebahagian daripada kerajaan terdahulu, mengkritik ketua pengarah kesihatan ketika itu, Dr Noor Hisham Abdullah berhubung cara kementerian itu menangani pandemik Covid-19.
Tiong, yang mengetuai Parti Demokratik Progresif (PDP), turut membidas Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat, Nancy Pelosi pada Ogos lalu berhubung lawatannya ke Taiwan - FMT

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/07/tiong-king-sing-liabiliti-politik-buat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
King Sing Dilapor Belum Hadir Jumpa Sprm

King Sing Dilapor Belum Hadir Jumpa Sprm

papar berkaitan - pada 4/7/2023 - jumlah : 219 hits
hemtro com myKING Sing Gambar kecil menunjukkan tangkap layar insiden kekecohan di KLIA baru baru ini FOTO NSTP tularKuala Lumpur Menteri Pelancongan Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing dilaporkan tidak hadir ke ibu pejabat Suruhanja...
Kerajaan Sekat Malaysia Today Raja Petra Marah Fahmi Hmmmmm

Kerajaan Sekat Malaysia Today Raja Petra Marah Fahmi Hmmmmm

papar berkaitan - pada 3/7/2023 - jumlah : 196 hits
Zaman Najib begitu teruk najib dihentam dipersoal dipertikai diherdik dengan geng pembangkang yang kini menjadi kerajaan Ketika menjadi pembangkang mereka mempersoalkan kebebasan bersuara kebebasan mempersoal mempertikai dan pelbagai lagi T...
Lantang Kritik Kerajaan Satu Lagi Portal Disekat

Lantang Kritik Kerajaan Satu Lagi Portal Disekat

papar berkaitan - pada 4/7/2023 - jumlah : 279 hits
Lantang kritik kerajaan satu lagi portal disekat MalaysiaNow Seorang pengulas politik terkenal Malaysia membidas menteri yang bertanggungjawab ke atas perkhidmatan internet di negara ini selepas laman sesawangnya disekat akses secara senyap...
Ahmad Maslan Tiba Tiba Dedah Berapa Nilai Harta Kerajaan Yang Tinggal Nilainya Mengejutkan Ramai Orang

Ahmad Maslan Tiba Tiba Dedah Berapa Nilai Harta Kerajaan Yang Tinggal Nilainya Mengejutkan Ramai Orang

papar berkaitan - pada 4/7/2023 - jumlah : 381 hits
Ahmad Maslan tiba tiba dedah berapa nilai harta kerajaan yang tinggal nilainya mengejutkan ramai orang Kementerian Kewangan mengumumkan aset Kerajaan Persekutuan yang sudah dinilai setakat ini mencecah lebih RM1 trilion Timbalan Menteri Kew...
Pmx Geng Geng Kaya Berkomplot Mahu Jatuhkan Kerajaan Perpaduan

Pmx Geng Geng Kaya Berkomplot Mahu Jatuhkan Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 1/7/2023 - jumlah : 247 hits
Nur Izzati Mohamadbhnews bh com myBUKIT MERTAJAM Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu bahawa beliau menerima pelbagai ugutan daripada geng kaya yang sedang berpakat untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan yang dipimpinnya kini Tanpa mendedahka...
Gesaan Malaysia Kepada Kesepaduan Asean Elak Kesan Buruk Tarif As Pm Anwar

1mdb Witness Protection Chief Rebuffs Najib S Subpoena

1mdb Withdraws Suit Against Singaporean Woman In Rosmah S Luxury Goods Case

Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Hr Ministry Miti To Gather Data On Firms Workers Affected By Pipeline Fire

Raya Di Teratak Kecil Nieyl

Bab 4 April 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dododots Released Limited Edition Of The Powerpuff Girls Collection

Resepi Cucur Ubi Kentang

Lirik Lagu Gasoline Akim The Majistret

Resepi Puding Awan Nano Mr Ali

Bau Potret Chord

Gajah Betina Mengandung Selama 22 Bulan