Tinjauan Orang Melayu Terbuka Terima Lim Tapi Bukan Ag Atau Cj


Susan LooneDiterbitkan Hari ini 12:34 tengahari

Terdapat golongan Melayu yang lebih terbuka menerima Lim Guan Eng sebagai menteri kewangan, tetapi tidak begitu menerima Tommy Thomas (gambar atas, kanan) sebagai peguam negara (AG) atau Richard Malanjum sebagai ketua hakim (CJ).

Perkara itu didedahkan Ilham Centre berdasarkan kajian yang dilakukan terhadap sekumpulan orang Melayu.

Menurut salah seorang penyelidik, Yusri Ibrahim, pengalaman Lim sebagai ketua menteri Pulau Pinang sebelum ini merupakan antara faktor responden lebih terbuka menerima beliau.

“Tetapi mereka tak boleh menerima Thomas dan Malanjum kerana bagi mereka, jika dua jawatan terpenting dalam negara itu dipegang oleh bukan Melayu, ia boleh memberi kesan terhadap isu perundangan yang membabitkan Islam.

“Mereka tidak bersetuju jika bukan Melayu memegang tiga jawatan tertinggi ini kerana berasakan pelantikan itu mengancam kedudukan Islam dan hak keistimewaan Melayu.

“Mereka juga mempertikaikan kenapa tiga jawatan tersebut tidak diberikan kepada orang Melayu Islam,” kata Yusri.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan hasil kajiannya dalam satu forum berjudul ‘Peralihan Melayu Islam: Ke mana halanya?’ di Penang Institute, George Town, Pulau Pinang malam tadi.

Untuk rekod, Lim dilantik sebagai menteri kewangan oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad selepas Pakatan Harapan (PH) menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, 9 Mei tahun lalu.

Merit dan kelayakan

Sementara itu, kajian Ilham Centre berkenaan membabitkan 125 responden daripada 18 kumpulan sasaran yang terdiri daripada remaja (bawah 30 tahun), lelaki dan juga wanita daripada pelbagai lapisan umur.

Katanya, penemuan tersebut diperoleh daripada jawapan kumpulan responden yang lebih berusia dari utara, selatan, pantai timur dan tengah semenanjung Malaysia, manakala sebahagian kumpulan remaja dari pantai timur turut berkongsi pandangan yang sama.

Terdapat juga sebahagian responden yang menerima Lim, Thomas dan Richard kerana berasakan ketiga-tiganya mempunyai merit dan kelayakan yang wajar bagi menjawat jawatan masing-masing.

“Kumpulan ini datang dari pantai timur, Sabah dan Sarawak,” tambah Yusri lagi.
Richard MalanjumIlham Centre menjalankan kaji selidik selama sebulan melibatkan enam kawasan termasuk Sabah dan Sarawak bagi mengukur naratif Melayu Islam selepas peralihan kuasa daripada pentadbiran BN kepada PH pasca PRU-14.

Berdasarkan penemuan Ilham Centre juga, tambah Yusri, PH hanya mampu meraih purata 26 peratus undi orang Melayu Islam pada PRU lalu, sementara selebihnya masih setia bersama Umno dan PAS.

PAS berjaya mempertahankan kemenangannya di Kelantan dan mengambil alih Terengganu daripada BN.

Menurut Yusri, di Kelantan, hanya sembilan peratus Melayu Islam mengundi PH, manakala di Terengganu (tujuh peratus), Kedah (25 peratus), Pahang (15 peratus), Perak (22 peratus), Perlis (29 peratus), Pulau Pinang (29 peratus), Selangor (39 peratus), Kuala Lumpur (38 peratus), dan Melaka (29 peratus).

“PH berjaya mengambil alih kerajaan daripada BN dengan sokongan padu yang diberikan oleh kaum bukan Melayu,” katanya.

Ada yang keluar kata kesat

Perkara tersebut menyaksikan berlakunya perubahan lanskap politik dalam pentadbiran, dengan barisan kerajaan sekarang terdiri daripada lebih ramai golongan bukan Melayu, manakala orang Melayu pula lebih ramai dalam barisan pembangkang.

“Apabila terjadi perkara ini, timbul kerisauan terhadap nasib dan masa depan orang Melayu, dan hak-hak keistimewaan mereka bawah pemerintahan PH.

“Responden kami risau adakah kerajaan mampu mempertahankan hak dan ekonomi orang Melayu Islam, serta kedudukan raja-raja yang juga merupakan ketua agama Islam dalam negeri masing-masing,” tambah Yusri lagi.

Dalam kaji selidik mereka di Sarawak pula, Yusri berkata responden Melayu menyuarakan kebimbangan mereka sekiranya PH berjaya menawan negeri itu pada PRU akan datang, orang Melayu Melanau akan kehilangan kuasa.

Berita berkaitan: Ada kalangan orang Melayu anggap kes Najib pendakwaan terpilih

Apabila menyentuh tentang janji manifesto PH yang masih belum berjaya ditunaikan sepenuhnya, responden daripada semua negeri lebih bersikap ‘lembut’ terhadap kerajaan baru itu.

“Mereka lebih terbuka dan sanggup memberi lebih masa kepada kerajaan untuk melunaskan janji manifesto mereka.

“Kumpulan ini (responden) lebih teruja kerana mereka berjaya menukar kerajaan dengan undi mereka- sesuatu yang tidak pernah terjadi sebelum ini sejak 60 tahun lalu,” tambahnya.

Bagaimanapun, Yusri menjelaskan, golongan yang tidak mengundi PH pada PRU lalu lebih bersikap kritikal terhadap perkara tersebut.

Kumpulan itu terdiri daripada responden yang datang daripada semua kawasan kecuali kawasan tengah.

“Kumpulan ini sangat emosional apabila ditanya tentang manifesto PH.

“Ada yang mengeluarkan kata-kata kesat untuk menggambarkan perasaan mereka. Mereka mendakwa mereka diberikan janji-janji palsu, dikencingkan, dan mendakwa PH sama saja macam BN.

“Malah ada yang dakwa PH lebih teruk daripada BN,” kata Yusri lagi.

Forum malam tadi turut dihadiri oleh pegawai eksekutif Penang Institute Ooi Kee Beng yang menyampaikan ucapan pembukaan, dan dikendalikan oleh moderator Mohd Izzuddin Ramli yang juga merupakan salah seorang penyelidik Penang Institute.

Ahli panel lain termasuk rakan penyelidik Wong Chin Huat, editor ProjekMM Fathi Aris Omar dan pegawai eksekutif Lawyers for Liberty Latheefa Koya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/01/tinjauan-orang-melayu-terbuka-terima.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kami Bukan Pewaris Umno Tapi Tidak Diam Demi Bela Melayu Kata Dr Mahathir

Kami Bukan Pewaris Umno Tapi Tidak Diam Demi Bela Melayu Kata Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 365 hits
PUTRAJAYA Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan Parti Pribumi Bersatu Malaysia bukan pewaris Umno tetapi akan bertanggungjawab kepada orang Melayu dan Bumiputera Pengerusi Bersatu berkata parti berkenaan yang ditubuh untuk meny...
Konon Nak Bela Agenda Melayu Tapi Sekolah Kebangsaan Pun Diperkecilkan

Konon Nak Bela Agenda Melayu Tapi Sekolah Kebangsaan Pun Diperkecilkan

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 324 hits
Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi membidas Parti Bunga Parti Peribumi Bersatu Malaysia yang kononnya akan menggantikan UMNO untuk membela Agenda Melayu Katanya PPBM memang tidak boleh diharap untuk membela Agenda Me...
Orang Melayu Tidak Boleh Terima Peguam Negara Ketua Hakim Bukan Islam

Orang Melayu Tidak Boleh Terima Peguam Negara Ketua Hakim Bukan Islam

papar berkaitan - pada 6/1/2019 - jumlah : 324 hits
Terdapat golongan Melayu yang lebih terbuka menerima Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan tetapi tidak begitu menerima Tommy Thomas sebagai Peguam Negara atau Richard Malanjum sebagai Ketua Hakim Perkara itu didedahkan Ilham Centre berdasa...
Raja Raja Melayu Dilaporkan Bersidang Di Istana Negara Agong Berikutnya Dari Pahang Johor Atau Perak

Raja Raja Melayu Dilaporkan Bersidang Di Istana Negara Agong Berikutnya Dari Pahang Johor Atau Perak

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 474 hits
Raja raja Melayu dilaporkan sedang bersidang di Istana Negara di Kuala Lumpur Adalah dipercayai ini susulan selepas Sultan Muhammad V bertindak turun takhta sebagai Yang di Pertuan Agong Sultan Muhammad V dipilih oleh Persidangan Raja raja ...
Surat Terbuka Kepada Nurul Izzah Martabat Bahasa Melayu Klasik Kata Mujahid

Surat Terbuka Kepada Nurul Izzah Martabat Bahasa Melayu Klasik Kata Mujahid

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 472 hits
December 29 2018 4 22 PM Mujahid berkata netizen patut berterima kasih kepadanya kerana rata rata mereka sudah mula menggunakan bahasa Melayu klasik selepas surat beliau tular di media sosial GEORGE TOWN Penggunaan bahasa Melayu klasik dala...
Pecat Waytha Atau Himpunan Raksasa Melayu Sekali Lagi

Pecat Waytha Atau Himpunan Raksasa Melayu Sekali Lagi

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 213 hits
Mohd Ali Baharom KUALA LUMPUR Pecat segera Waytha Moorthy atau satu lagi himpunan raksasa orang Melayu diadakan pada awal tahun depan Presiden Media Tentera Rakyat Mohd Ali Baharom berkata Perdana Menteri kena memecat menteri di Jabatan Per...
Dap Keluar Dari Kerajaan Cabaran Terbuka Buat Lim Kit Siang

Dap Keluar Dari Kerajaan Cabaran Terbuka Buat Lim Kit Siang

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 350 hits
Ugutan Lim Kit Siang untuk dari gabungan kerajaan Pakatan Harapan jika objektif Malaysia Baru tak tercapai di lihat sebagai suara terdesak parti untuk untuk mendominasi PH Masyarakat melihat ancaman itu agar parti beliau menjadi ketua suara...
Pemecatan Imam Terima Dengan Hati Terbuka Raja Muda Perlis

Pemecatan Imam Terima Dengan Hati Terbuka Raja Muda Perlis

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 215 hits
KANGAR Imam kariah negeri yang ditamatkan kontrak perkhidmatan mereka Selasa lalu perlu menerima keputusan yang dibuat Majlis Agama Islam dan Adat Isitadat Melayu Perlis dan Jabatan Agama Islam Perlis itu dengan hati terbuka Raja Muda Perli...
Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Anak Batuk Lama Sangat Jangan Biarkan Kesan Pada Anak Ni Mak Ayah Kena Tahu

Ultimate Guide To Ghibli Park

Reforms Not A Panacea For Weak Ringgit Says Economist

Will The Middle East Conflict Derail Our Economy

Tanding Pakaian Janda Kerja Gila 1 Mei Tuntut Naik Gaji



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Kuih Lopes

Filem Mustaqim

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

Panduan Menjalankan Sujud Sahwi Dalam Solat Dan Sebab Sebab Perlu Sujud Sahwi

April 18 2024 Pesan Orang Alim

La Dolce Vita Cranking The Vespa Gt 200 Up To Eleven