Tinjau Selidik Gaya Hidup Rakyat Malaysia Selepas Covid 19


TINJAU SELIDIK GAYA HIDUP RAKYAT MALAYSIA SELEPAS COVID-19 | Assalammualaikum semua, setelah kita melalui tempoh pandemik COVID-19, banyak perkara kita mula ambil perhatian. Dari segi gaya hidup, kita lebih mengutamakan kesihatan, makan makanan berkhasiat, lebih tenang menangani pelbagai masalah agar kesihatan mental lebih sihat. 
Faktor-faktor lain yang kita mula fikirkan setelah pandemik adalah bagaimana ingin meneruskan kehidupan dengan lebih holistik bersama insan tersayang. Duduk di rumah dalam tempoh yang lama mengajar rakyat Malaysia menyediakan makanan sendiri, bekerja di rumah dengan penuh efektif dengan penyediaan ruang kerja khas dan komitmen guru serta disiplin pelajar untuk meneruskan pembelajaran dari rumah. 
TINJAU SELIDIK GAYA HIDUP RAKYAT MALAYSIA SELEPAS COVID-19

Pada 7 Ogos 2023, Herbalife telah melakukan tinjau selidik dan melalui tinjauan tersebut telah menunjukkan tiga matlamat utama rakyat Malaysia dalam peningkatan penjagaan kesihatan secara keseluruhan, tabiat makan dan kesejahteraan mental. 
Herbalife, sebuah syarikat dan komuniti kesihatan dan kesejahteraan yang terkemuka, baru-baru ini mendedahkan hasil penemuan Asia Pacific Health Priority Survey (Tinjau Selidik Keutamaan Kesihatan Asia Pasifik) yang mendedahkan bahawa sebahagian besar (79%) daripada responden Malaysia kini lebih menitikberatkan soal kesihatan disebabkan kesan pandemik Covid-19. 
Menurut tinjau selidik itu, sehingga 75% responden Malaysia telah mengubah keutamaan kesihatan mereka selepas pandemik, dengan meningkatkan tumpuan untuk menjalani gaya hidup sihat dan aktif, dan mengambil pendekatan menyeluruh terhadap kesihatan. Responden Malaysia juga menyatakan bahawa menambah baik kesihatan keseluruhan (60%), memupuk tabiat makan yang sihat (52%) dan menambah baik kesihatan mental (50%) adalah tiga matlamat kesihatan utama yang ingin mereka capai, diikuti dengan meningkatkan kecergasan (50%) dan menguatkan keimunan (49%). 


Tinjau selidik itu seterusnya mendedahkan bahawa generasi berlainan mempunyai keutamaan yang berbeza dari segi usaha meningkatkan kesihatan mereka. Di seluruh Asia Pasifik, responden yang lebih berumur seperti Generasi X dan Boomers lebih fokus dalam aspek menguatkan keimunan atau daya tahan mereka terhadap penyakit (50%) berbanding dengan Generasi Z dan Milenial (42%) yang lebih muda. Sebaliknya, 46% generasi muda menganggap usaha meningkatkan kesihatan mental sebagai sebahagian penting daripada matlamat kesihatan mereka, sedangkan hanya 34% generasi lebih tua berkongsi pandangan yang sama. 
Di samping itu, walaupun 92% pengguna Malaysia yang ditinjau mengambil langkah untuk mencapai matlamat kesihatan mereka, kekurangan wang (49%) dan ketiadaan masa (48%) merupakan cabaran utama yang menghalang mereka daripada berusaha mencapai matlamat masing-masing. Untuk mengatasi cabaran tersebut, kebanyakan (61%) responden Malaysia menyedari betapa pentingnya untuk mempunyai kumpulan sokongan dalam usaha mereka menambah baik kesihatan dan kesejahteraan.  



Steven Chin, Pengarah Kanan/Pengurus Besar Herbalife Malaysia dan Singapura berkata, "Menyedari rakyat Malaysia kini semakin mengutamakan matlamat kesihatan dan  kesejahteraan mereka, Herbalife komited untuk menyokong usaha ini melalui rangkaian produk pemakanan yang luas dan pengedar berdedikasi kami yang memberikan bimbingan khusus serta komuniti sokongan yang mendorong orang ramai untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat dan aktif."
"Kami juga menjalankan pelbagai program seperti Bulan Herbalife pada Mac dan Larian Herbalife yang akan berlangsung tidak lama lagi, untuk membantu rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup aktif yang sihat sambil memupuk sokongan masyarakat untuk mencapai matlamat mereka." tambah Steven.

KESANGGUPAN BERBELANJA UNTUK KESIHATAN DAN KESEJAHTERAANMemandangkan pengguna di Malaysia semakin menitikberatkan soal kesihatan, tidak hairanlah ramai daripada mereka (75%) sanggup meningkatkan perbelanjaan berkaitan kesihatan dan kesejahteraan. Secara purata, sehingga 39% responden Malaysia menyatakan bahawa mereka sanggup meningkatkan perbelanjaan 6% hingga 10% untuk tujuan ini. 


Menyedari kepentingan melabur dalam kesihatan, responden Malaysia juga berkongsi cara mereka akan menggunakan perbelanjaan mereka yang lebih besar untuk:  
membuat pilihan makanan yang lebih sihat (61%)
membeli / mengambil makanan tambahan (56%)
menjalani pemeriksaan kesihatan berkala (46%)
mendapatkan rundingan kesihatan mental (26%) 
mendapatkan nasihat pakar (24%) 
Jelas daripada hasil tinjau selidik ini, rakyat Malaysia menghargai peranan utama yang dimainkan oleh pemakanan untuk menjaga kesihatan dan mengekalkan kecergasan dalam jangka panjang.
MANFAAT KUMPULAN SOKONGANApabila berbicara tentang matlamat kesihatan atau membuat perubahan gaya hidup yang positif, adalah amat mencabar untuk mengekalkan komitmen dan motivasi sepanjang masa. Pada hakikat ini, kumpulan sokongan memainkan peranan penting dalam usaha mengatasi cabaran bagi meningkatkan kemungkinan mencapai matlamat, satu sentimen yang diluahkan oleh responden Malaysia (61%). Manfaat yang dianggap boleh didapati daripada kumpulan sokongan termasuk:
memberi bimbingan dan galakan (58%) 
berkongsi pengalaman dan ilmu berharga (54%)
mendapatkan nasihat berkaitan kesihatan (53%) 
mewujudkan kebertanggungjawaban dalam usaha meningkatkan kesihatan (43%)





Tinjau Selidik Keutamaan Kesihatan Herbalife yang dikendalikan pada April 2023, mendapatkan maklumat balas 5,504 pengguna berusia 18 hingga 78 tahun di 11 pasaran Asia Pasifik, termasuk Malaysia, Australia, Hong Kong, Indonesia, Jepun, Korea, Filipina, Singapura, Taiwan, Thailand dan Vietnam. 
MENGENAI HERBALIFEHerbalife (NYSE: HLF) ialah sebuah syarikat dan komuniti kesihatan dan kesejahteraan yang terkemuka yang telah mengubah kehidupan insan dengan produk pemakanan yang hebat serta peluang perniagaan menarik bagi pengedar bebasnya sejak 1980. 
Syarikat ini menawarkan produk-produk berlandaskan sains kepada pengguna di lebih daripada 90 pasaran menerusi pengedar usahawannya, yang memberikan bimbingan secara bersemuka dan membina komuniti yang menyokong satu sama lain yang mendorong pelanggan untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat dan aktif untuk menikmati kehidupan terbaik mereka. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2023/08/tinjau-selidik-gaya-hidup-rakyat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pihak Pelancongan Malaysia Membuka Peluang Pekerjaan Untuk Rakyat Malaysia 2023

Pihak Pelancongan Malaysia Membuka Peluang Pekerjaan Untuk Rakyat Malaysia 2023

papar berkaitan - pada 9/8/2023 - jumlah : 220 hits
Pihak Pelancongan Malaysia Membuka Peluang Pekerjaan Untuk Rakyat Malaysia 2023 Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan sukacita dimaklumkan bahawa pihak Tourism Malaysia mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berded...
Rakyat Malaysia Please Take Note

Rakyat Malaysia Please Take Note

papar berkaitan - pada 13/8/2023 - jumlah : 204 hits
Assalamualaikum Rakyat Malaysia please take note Lagi lagi yang travelling berkeluarga ada anak kecil SA terfikir nak share pasal ni sama sama kita berhati hati dengan Dania pun SA dh pesan berhenti kat RNR make sure kat tempat yang ramai o...
10 Perkara Yang Rakyat Malaysia Wajib Tahu Berkenaan Teknologi 5g

10 Perkara Yang Rakyat Malaysia Wajib Tahu Berkenaan Teknologi 5g

papar berkaitan - pada 15/8/2023 - jumlah : 268 hits
Tentu berikut adalah 10 perkara yang rakyat Malaysia perlu tahu berkenaan dengan teknologi 5G 1 Kelajuan dan Kecapatan 5G adalah generasi terbaru dalam rangkaian selular menawarkan kelajuan dan kecapatan yang lebih tinggi berbanding 4G 2 La...
Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 4 Tarikh Jumlah Bayarannya Untuk Rakyat Malaysia

Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 4 Tarikh Jumlah Bayarannya Untuk Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 7/8/2023 - jumlah : 177 hits
Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 4 Tarikh jumlah bayarannya untuk rakyat Malaysia Banyak jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing masing...
Tarikh Rasmi Pembayaran Bantuan E Tunai Rm100 Untuk Rakyat Malaysia Semak Sekarang

Tarikh Rasmi Pembayaran Bantuan E Tunai Rm100 Untuk Rakyat Malaysia Semak Sekarang

papar berkaitan - pada 7/8/2023 - jumlah : 116 hits
Tarikh rasmi pembayaran Bantuan e Tunai RM100 untuk rakyat Malaysia Bantuan e Tunai RM100 merupakan inisiatif kewangan yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan tujuan untuk membantu golongan yang memerlukan dalam ...
Peringkat Pengajian Di Malaysia Selepas Spm Sijil Diploma Ijazah Sarjana Dan Phd

Peringkat Pengajian Di Malaysia Selepas Spm Sijil Diploma Ijazah Sarjana Dan Phd

papar berkaitan - pada 12/8/2023 - jumlah : 190 hits
Kemana hala tuju selepas SPM Walau apa jua keputusan SPM pastinya semua ingin sambung belajar di mana mana Institusi Pengajian Tinggi Awam mahupun Institusi Pengajian Tinggi Swasta 5 Peringkat Pengajian di Malaysia selepas SPMPengajian Di M...
India Dakwa Orde Baru Dunia Muncul Selepas Pandemik Covid 19

India Dakwa Orde Baru Dunia Muncul Selepas Pandemik Covid 19

papar berkaitan - pada 16/8/2023 - jumlah : 171 hits
BernamaNEW DELHI Perdana Menteri India Narendra Modi pada Selasa berkata orde baru dunia sedang muncul selepas pandemik COVID 19 dan ia mengubah persamaan kuasa global Beliau membandingkan transformasi itu dengan perubahan global yang berla...
Antara Rakyat Malaysia Yang Baik Beradab Dan Sopan Berbanding Pelakon Politik Yang Tidak Baik Kurang Ajar Dan Bebal

Antara Rakyat Malaysia Yang Baik Beradab Dan Sopan Berbanding Pelakon Politik Yang Tidak Baik Kurang Ajar Dan Bebal

papar berkaitan - pada 5/8/2023 - jumlah : 136 hits
Undi Tuan Tuan Bertukar Menjadi Duit Untuk MerekaPagi ini saya terbaca secebis tulisan di laman Quora oleh N Varma ia itu seorang doktor bedah dari India yang telah menetap dan bertugas di Malaysia selama sembilan tahun Dia menulis How bad ...
Hanya Berlaukkan Keropok Fatihah Kongsi Kesusahan Hidup Dorong Arwah Bapa Pastikan Rakyat Tidak Lapar

Hanya Berlaukkan Keropok Fatihah Kongsi Kesusahan Hidup Dorong Arwah Bapa Pastikan Rakyat Tidak Lapar

papar berkaitan - pada 30/7/2023 - jumlah : 141 hits
Fatihah berkongsi gambar kenangan bersama arwah bapanya Salahuddin pada majlis sebelum ini Foto Fatihah Facebook Kami sekeluarga pernah makan hanya berlaukkan keropok ayah berhutang beli susu dari kedai Fatihah Salahuddin Ayub KUALA LUMPUR ...
Hiburan Gagal Bayar Tunggakan Rm4 96 Juta Untuk Pesanan Pelitup Muka Jovian Apparel Disaman Pembekal

Diet Suku Suku Separuh Jom Amalkan

Stay Fashionably Fit With Huawei Fit 3 Now Available From Rm559

Bayaran Balik Ptptn Tarikh Pengecualian Penangguhan

Proses Pengubahsuaian Malaykord Baru

Pekerjaan Firma Prop Dalam Mencari Pedagang Terbaik

Drama Anggun Mikayla Lakonan Alya Iman Nabil Aqil

Kelahi Selepas Kemalangan Lelaki Bawa Kereta Lawan Arus



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya


Designing The New Model 3 Performance

Apa Jadi Serangan Balai Polis Johor S Pura Ini Komen Pas

Peminat Sayu Klopp Melangkah Pergi

Isu Isteri Cikgu Buang Hadiah Rm2 Pemberian Murid

Sambutan Ulang Tahun Vivo Malaysia Yang Ke 10 Dan Berpeluang Untuk Menang Perjalanan Ke Shenzhen China

Tahniah Izzat Upkk