Ayam Brand Komuniti Penyayang 2021


Kempen Komuniti Penyayang Ayam Brand™ 2021 Menyokong Kehidupan, Menggalakkan Penjagaan Kesihatan dan Membantu Kelangsungan Hidup 3 NGO di Perak. Ipoh, Oktober 18, 2021 – Pandemik COVID-19 merupakan satu tempoh yang amat mencabar kepada semua, dengan organisasi-organisasi kebajikan merupakan antara pihak yang paling terkesan ekoran pengurangan sumbangan daripada sektor korporat dan masyarakat awam


Ayam Brand™, satu jenama makanan sihat dan mudah dalam tin yang terkenal dengan kualiti, tanpa penggunaan bahan pengawet dan MSG tambahan, terus memberi sokongan kepada rakyat Malaysia dengan penganjuran semula Kempen Komuniti Penyayang Ayam Brand 2021.


Bertemakan #AyamBersamaMu, ia menggalakkan pilihan gaya hidup yang lebih sihat menerusi konsep 3S dalam Pinggan Sihat Malaysia, membantu kelangsungan hidup melalui program #AyamFutureCreator, pada masa sama menyumbang bekalan selama dua bulan produk Ayam Brand kepada rumah-rumah amal yang mengambil bahagian. 

Kempen yang diadakan secara maya dan mematuhi SOP bagi memelihara keselamatan dan kesihatan peserta, ini membenarkan pakar pemakanan dari Hospital Pakar KPJ Damansara dan usahawan serta pencipta kandungan terkenal berusia 18 tahun, Arianna Natasha dari Arianna Kitchen, untuk berinteraksi dengan kanak-kanak di seluruh negeri.

Usaha ini akan membantu dan mendidik 1,500 kanak-kanak dari 32 rumah amal di seluruh Malaysia, selain turut menyediakan 230,000 hidangan Ayam Brand yang sihat kepada mereka.


Antara penerima sumbangan berkenaan adalah 75 kanak-kanak dari Pertubuhan kebajikan Anak yatim Tasawwur Islam, Asrama Anak - Anak Yatim Budi Mulia Nurul Huda, dan Persatuan Kebajikan Kanak Kanak Yatim Rumah Visi.

Menurut Pengurus Besar Ayam Brand™, Cik Chin Lee Foon, kempen CSR yang kini memasuki tahun ke-14 itu, telah menyumbang lebih 2 juta sajian sihat kepada lebih 25,000 individu dari 539 rumah amal dan NGO. 
Kempen Komuniti Penyayang Ayam Brand 2021, bertemakan #AyamBersamaMu dilancarkan dengan jayanya di Perak sebagai acara maya sepenuhnya
“Terdapat penekanan lebih dalam menyediakan makanan kita sendiri, memberi tumpuan kepada kepentingan kesihatan tubuh dan mental. Pasukan Ayam Brand memberi pertimbangan terhadap faktor-faktor ini dalam membentuk kempen #AyamBersamaMu agar ia bertepatan pada masanya, bersifat relevan dan berguna kepada semua peserta dengan memberikan asas dalam amalan pemakanan yang sihat dan memberikan ilham agar berupaya menjadi pencipta kandungan yang bagus pada masa hadapan dan pada masa sama menyediakan sokongan ketara menerusi sumbangan bekalan selama dua bulan berupa produk Ayam Brand kepada setiap rumah amal yang mengambil bahagian.


Tambahan lagi, para peserta #AyamFutureCreator berpeluang untuk memenangi RM6,000 dalam bentuk pelan simpanan SSPN Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).” ujar Cik Chin.

Setiap rumah amal yang mengambil bahagian menerima kit permulaan #AyamBersamaMu yang terdiri daripada peralatan dapur, aksesori pencahayaan dan rakaman serta produk Ayam Brand untuk membantu permulaan pengalaman mereka menjadi pencipta kandungan.


Bekalan produk Ayam Brand selama dua bulan turut merangkumi pilihan kegemaran kanak-kanak yang kaya dengan protein dan mengandungi Omega-3 khasnya Tuna Mild dan Pedas Ayam Brand, Saba Deli Natural Ayam Brand serta Kacang Panggang Keju Ayam Brand.

Ayam Brand™ menekankan sumbangan produk-produk sardin, mackerel dan tuna memandangkan kebanyakan rumah kebajikan kekurangan sumber yang mencukupi Omega-3 iaitu asid lemak yang penting tetapi tidak mampu dihasilkan oleh tubuh.


Omega-3 membantu mencegah penyakit berkaitan jantung; menggalakkan aktiviti saraf yang sihat; menyokong penyerapan vitamin; memelihara sistem imunisasi yang baik dan menggalakkan perkembangan sel- sel di dalam badan termasuk perkembangan penglihatan dan otak kanak-kanak.


Ms. Boh Shi Hui, pakar diet dari KPJ Damansara Specialist Hospital yang mendidik anak-anak dan orang dewasa mengenai tabiat makan yang sihat berdasarkan Plat Sihat Malaysia #SukuSukuSeparuh
Pasukan Perkhidmatan Pemakanan KPJ Damansara mengelolakan bengkel maya berkenaan Pinggan Sihat Malaysia, atau lebih dikenali sebagai #SukuSukuSeparuh, yang mengesyorkan setiap sajian terdiri daripada suku bahagian protein, suku bahagian karbohidrat kompleks dan separuh bahagian sayur-sayuran serta buah-buahan berdasarkan saiz tangan, genggaman dan tapak tangan. Panduan mudah dilihat ini boleh membantu amalan pemakanan sihat individu sepanjang hayatnya.

“Kami sentiasa percaya bahawa pencegahan adalah lebih baik daripada mengubati. Oleh itu, kami komited dalam mendekati komuniti dan berkongsi pengetahuan kesihatan yang penting. Kita perlu mula mengajar golongan muda berkenaan amalan kehidupan sihat, khususnya ketika pandemik.


#SukuSukuSeparuh mudah difahami dan diikuti golongan dewasa mahupun kanak-kanak untuk mereka menjalani hidup yang lebih baik.” kata Cik Boh Shi Hui, Pakar Pemakanan Kanan di Hospital Pakar KPJ Damansara.

Pertandingan Pamerkan Pinggan Sihat Anda telah memperlihatkan pasukan-pasukan dari setiap rumah amal menyediakan hidangan sihat berpandukan konsep #SukuSukuSeparuh. Satu pasukan akan dinobatkan sebagai johan setiap negeri dan akan menerima trofi kemenangan, sijil penyertaan dan cenderahati dari Ayam Brand. Rumah kebajikan lain juga akan menerima sijil penyertaan dan cenderahati.

Arianna Natasha, Pengasas Arianna Kitchen dan pencipta kandungan terkenal yang berusia 18 tahun, dan mempunyai hampir 4,000 pengikut atau followers di Instagram telah memastikan bengkel #AyamFutureCreator menarik dan mudah diikuti para peserta muda.


Natasha, usahawan media sosial berusia 18 tahun yang membimbing kanak-kanak dengan cara untuk menjadikan content creator sebagai kerjaya.
“Saya harap program seumpama ini ada ketika saya mula menjadi pencipta kandungan. Membentuk kandungan yang menarik melibatkan usaha keras yang memerlukan kemahiran, kesabaran dan kreativiti.


Program #AyamFutureCreator boleh menjadi permulaan kerjaya dan perniagaan bagi kanak-kanak ini, sekali gus membantu menjana pendapatan kepada mereka.” ujar Arianna sambil memaklumkan bahawa sandwic Ayam Brand merupakan antara snek terawal beliau pelajari semasa kecil. “Ianya amat mengagumkan kerana saya dapat bekerjasama dengan salah satu jenama kegemaran saya dan dapat membimbing yang lain”.

Peraduan #AyamFutureCreator memerlukan kumpulan kanak-kanak menghasilkan sebuah video masakan selama 1 hingga 3 minit dengan menggunakan rangkaian produk Ayam Brand dan prinsip Pinggan Sihat Malaysia #SukuSukuSeparuh, berdasarkan tutorial oleh Arianna.



Hidangan makanan daripada Persatuan Kebajikan Kanak Kanak Yatim Rumah Visi (Kumpulan B) yang mendapat tempat pertama dalam pertandingan #SukuSukuSeparuhKanak-kanak terlibat perlu merakam, edit, tag, meletakkan tanda pagar dan mempromosikan video mereka di laman sosial untuk mengasah kemahiran sebagai pencipta kandungan. Arianna, pasukan Ayam Brand dan Pakar Pemakanan KPJ Damansara akan menentukan para pemenang yang berpeluang memenangi pelan simpanan SSPN PTPTN yang berjumlah RM6,000. 
“Sebagai langkah mematuhi SOP yang ditetapkan, kami tidak menganjurkan sebarang acara sejak tercetusnya pandemik Covid-19. Tentunya kanak-kanak amat gembira apabila kami mengaturkan acara maya  #AyamBersamaMu. Mereka amat menyukai bengkel #SukuSukuSeparuh kerana dapat mempelajari perancangan pemakanan, para dewasa juga menyukainya.


Mereka sukakan bengkel  #AyamFutureCreator kerana kesemuanya ingin menjadi pencipta kandungan yang terkenal suatu hari nanti. Kami berterima kasih kepada Ayam Brand™  kerana menyokong pihak NGO bertahun-tahun lamanya. Kami amat gembira kerana terpilih menerima bekalan produk Ayam Brand selama dua bulan, khasnya pada ketika ini sumbangan adalah amat terhad.


Kami amat menghargai Ayam Brand™ kerana sentiasa bersama kami dan menjaga kebajikan komuniti,” jelas Cik Siti Nur Fatihah daripada Asrama Anak-Anak Yatim Budi Mulia Nurul Huda.

“Saya perlu memakan lebih sayur, buah-buahan, protein dan Omega-3 untuk jadi lebih sihat, tinggi dan kuat. Saya rasa saya mampu menang pertandingan #AyamFutureCreator dan memulakan perniagaan macam Kak Ary. Terima kasih Ayam Brand kerana membantu saya menjadi pencipta kandungan!” kata salah seorang peserta.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan kempen CSR #AyamBersamaMu dan program #AyamFutureCreator, layari laman https://www.ayambrand.com.my atau https://www.facebook.com/ayambrandmalaysia.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.annursyuhadah.com/2021/11/ayam-brand-komuniti-penyayang-2021.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ayam Brand Community Care Campaign 2021 Sparks Livelihoods Of 5 Ngos In Klang Valley

Ayam Brand Community Care Campaign 2021 Sparks Livelihoods Of 5 Ngos In Klang Valley

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 375 hits
Ayam Brand Community Care Campaign 2021 Supports Lives Promotes Health and Sparks Livelihoods of 5 NGOs in Klang Valley The COVID 19 pandemic is a trying time for all us with charity organisations particularly hard hit as contributions from...
6006 Program Jerayawara Pembangunan Komuniti Dan Kemakmuran Wawasan Bersama 2021 Ppim 28 10 2021

6006 Program Jerayawara Pembangunan Komuniti Dan Kemakmuran Wawasan Bersama 2021 Ppim 28 10 2021

papar berkaitan - pada 28/10/2021 - jumlah : 204 hits
Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi menghadiri program Jerayawara Pembangunan Komuniti dan Kemakmuran Wawasan Bersama 2021 anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Rumah Prihatin Grand Seasons KL Kuala Lump...
Ayam Brand Educates Children About Healthier Lifestyle With Ayambersamamu

Ayam Brand Educates Children About Healthier Lifestyle With Ayambersamamu

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 224 hits
Ayam Brand Educates Children About Healthier Lifestyle with AyamBersamaMu The global pandemic that is Covid 19 places hurdles and obstacles for everyone around the world In Malaysia we see people comes up with various initiatives to assist ...
Tingkatkan Pengambilan Serat Dan Protein Anda Setiap Hari Dalam Pelbagai Cara Dengan Kacang Panggang Ayam Brand

Tingkatkan Pengambilan Serat Dan Protein Anda Setiap Hari Dalam Pelbagai Cara Dengan Kacang Panggang Ayam Brand

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 161 hits
Adakah anda mengalami kesukaran menyediakan hidangan yang sihat enak dan segera untuk sarapan makan tengah hari snek mahupun makan malam Dapatkan Kacang Panggang Ayam Brand yang kaya dengan serat dan protein serta rendah kandungan lemak Leg...
Raja Cameo Lee Kyuhyung Bawa Watak Khas Bagi 5 K Drama Ini Dalam 2021

Raja Cameo Lee Kyuhyung Bawa Watak Khas Bagi 5 K Drama Ini Dalam 2021

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 506 hits
Peminat K Drama pastinya perasan kemunculan Lee Kyu hyung dalam pelbagai drama tahun ini Bukannya sebagai teraju utama tetapi sebagai watak kameo ataupun jemputan sebentar sahaja Korang perasan tak dalam drama mana Hospital Playlist 2 Menga...
Awani Pagi Mencari Wartawan Muda Menulis Tentang Kemanusiaaan I 10 Nov 2021

Awani Pagi Mencari Wartawan Muda Menulis Tentang Kemanusiaaan I 10 Nov 2021

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 257 hits
Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara dengan kerjasama Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah ICRC menjemput wartawan muda untuk sertai Pertandingan Wartawan Kemanusiaan Muda 2021 yang kini memasuki tahun ketujuh ...
Pelbagai Kekosongan Jawatan Terkini Air Asia Berhad Seluruh Malaysia November 2021 Gaji Rm4 800 Rm6 700

Pelbagai Kekosongan Jawatan Terkini Air Asia Berhad Seluruh Malaysia November 2021 Gaji Rm4 800 Rm6 700

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 339 hits
Pelbagai Kekosongan Jawatan Terkini Air Asia Berhad Seluruh Malaysia November 2021 Gaji RM4 800 RM6 700 Khas kepada anda yang sedang mencari pekerjaan dan berminat untuk menjawat jawatan kosong terkini yang tertera pada halaman Mingguan Ker...
Solana Pembunuh Ethereum Telah Menunjukkan Pertumbuhan Lebih Daripada 17 000 Peratus Untuk 2021 Tetapi Mata Wang Kripto

Solana Pembunuh Ethereum Telah Menunjukkan Pertumbuhan Lebih Daripada 17 000 Peratus Untuk 2021 Tetapi Mata Wang Kripto

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 252 hits
Permintaan yang semakin meningkat untuk ethereum serta mengatasi paras tertinggi sejarahnya telah menyebabkan permintaan yang luar biasa untuk pesaing utamanya Solana yang kini menunjukkan pergerakan menaik yang luar biasa Solana sering dip...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba