Tingkatkan Pengalaman Hiburan Rumah Dengan Barisan Tv Lg Terkini Yang Dikuasai Ai



KUALA LUMPUR, 1 OGOS 2024 – Rakyat Malaysia kini boleh menikmati hiburan rumah termaju dengan pelancaran barisan TV pintar yang baharu daripada jenama peralatan rumah dan elektronik pengguna terkemuka, LG Electronics Malaysia (LG): LG OLED evo AI TV, LG QNED Mini-LED AI TV, dan LG QNED AI TV. Menampilkan teknologi AI yang canggih, TV OLED dan QNED ini direka untuk mentakrifkan semula pengalaman tontonan anda dengan visual yang lebih mantap dengan ciri-ciri yang diperibadikan.
Untuk tahun ke-11 berturut-turut, LG terus mendominasi pasaran global OLED, dan TV terbaharunya yang terintegrasi dengan teknologi kecerdasan buatan AI tidak terkecuali. TV OLED dan QNED terbaharu LG dilengkapi dengan Pemproses AI α11 4K dan Pemproses AI α8 4K. Penambahbaikan ketara ini meningkatkan kualiti gambar,  audio, dan kelajuan pemprosesan. Pemproses AI α11 menyediakan pengguna TV OLED dengan peningkatan 70 peratus dalam prestasi grafik dan peningkatan 30 peratus dalam kelajuan pemprosesan. Sementara itu, Pemproses AI α8 TV QNED memberikan peningkatan 1.3 kali ganda dalam prestasi AI, peningkatan 2.3 kali ganda dalam prestasi grafik dan kelajuan pemprosesan 1.6 kali lebih pantas.
Justin Choi, Pengarah Urusan LG Electronics Malaysia, menyatakan keyakinannya dalam membawa teknologi terkini ini ke rumah pelanggan, menetapkan paiwai baru untuk kemampuan televisyen.
“Barisan TV terbaharu kami mewakili lonjakan ketara dalam teknologi hiburan rumah. Dengan mengintegrasikan keupayaan AI, kami menawarkan pengalaman menonton yang bukan sahaja lebih pintar malahan lebih peribadi dan lebih mengasyikkan. Di LG, kami komited untuk memastikan ‘Life’s Good’ untuk pelanggan kami, dan barisan produk yang dikeluarkan tahun ini adalah bukti dedikasi kami terhadap inovasi berterusan untuk kehidupan yang lebih baik,” kata Justin.
Kemuncak pelancaran ini ialah pengenalan LG OLED evo AI TV G4 terbesar di dunia bersaiz 97 inci. Tingkatkan pengalaman menonton yang tiada tandingannya dengan televisyen perintis ini yang menggabungkan teknologi OLED evo yang menakjubkan dengan keupayaan AI termaju, memberikan visual yang menakjubkan dan ciri pintar yang menyesuaikan diri dengan pilihan tontonan anda. Skrin 97inci yang luas memastikan setiap perincian dihidupkan dengan kejelasan yang luar biasa dan warna-warna terang, meningkatkan hiburan rumah anda ke tahap yang lebih tinggi.
Barisan TV LG Yang Dipertingkatkan Dengan AI 1 of 5 LG OLED evo AI G4 terbaru tersedia dalam saiz terbesar di dunia pada 97 inci, menampilkan Pemproses AI α11
Alami kualiti gambar dan bunyi yang luar biasa dengan LG QNED Mini-LED AI TV, dikuasakan oleh Pemproses AI α8, yang secara automatik mengoptimumkan kedua-dua tetapan audio dan visual
LG OLED evo AI G4
LG QNED Mini-LED AI TV
LG QNED AI TV
TV AI LG terkini memfokuskan pada ciri-ciri utama seperti berikut:
AI Picture Pro untuk kualiti imej yang tiada tandingan – AI Super Scaling dan AI Director Processing membezakan dan memperkayakan objek dan latar belakang untuk kualiti imej yang unggul. AI Sound Pro untuk audio yang mantap – AI Surround Sound, AI Voice Remastering, dan AI Clear Sound mempertingkatkan vokal untuk kejelasan yang lebih tinggi sambil memanfaatkan sistem bunyi sekeliling maya 11.1.2 yang terbina dalam TV untuk audio yang lebih kaya. Penyesuaian AI untuk pemperibadian yang mudah – Nikmati ciri AI Picture Wizard, AI Acoustic Tuning, dan AI Brightness Control yang akan menganalisis persekitaran tontonan pengguna untuk memperhalusi imej dan audio berdasarkan pilihan pengguna secara automatik. Versi webOS terkini untuk pengalaman yang dipertingkatkan – Nikmati navigasi yang mudah dan pengesyoran kandungan dengan sistem sistem webOS 24 yang dipertingkatkan dengan teknologi AI. Kekal dikemas kini dengan ciri terbaharu dengan webOS Re: New Program yang menawarkan kemas kini tahunan selama lima tahun bermula pada 2024. TV 144Hz G-SYNC Pertama di Dunia – LG OLED G4 dan siri C4 dilengkapi dengan kadar penyegaran 4K 144Hz dan ciri HDMI 2.1 yang komprehensif, Barisan TV ini menampilkan Game Optimiser untuk menukar antara pratetap paparan dengan mudah yang juga serasi dengan teknologi AMD FreeSync dan NVIDIA G-SYNC® TV OLED dan QNED LG tersedia dalam pelbagai saiz, pada harga:
Siri Model TV Inci MSRP (RM)   LG OLED evo AI
  G4
97” 182,999 77” 36,499 65” 19,599 C4 83” 36,499 77” 32,599 65” 16,999 55” 10,399 48” 6,499 LG OLED AI B4 65” 12,399 55” 9,099 LG QNED LG QNED91 Mini-LED AI TV 86” 22,199 65” 10,399 LG QNED89 AI TV     98” 36,499 LG QNED86 AI TV 86” 16,199 75” 10,399 65” 7,459 55” 5,869  
Pada musim sukan Olimpik, tingkatkan pengalaman anda dalam salah satu acara sukan yang paling dinantikan dan rayakan semangat kecemerlangan dengan “Let’s Gold Promotion 2024” dari LG, yang sedang berlangsung sehingga Ahad, 11 Ogos 2024. Promosi istimewa ini menawarkan peluang luar biasa kepada pelanggan untuk meningkatkan pengalaman hiburan mereka dengan model TV OLED terkini dari LG. Sepanjang tempoh promosi, pelanggan boleh menikmati sehingga RM2,500 kredit e-dompet TNG dan menerima jaminan tambahan percuma selama 1 tahun untuk model LG OLED TV terpilih. Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk menaik taraf sistem hiburan rumah anda dan alami kualiti gambar yang tiada tandingan serta ciri-ciri inovatif yang hanya LG boleh berikan.
Untuk maklumat lanjut tentang LG dan TV OLED LG, sila layari laman web rasmi LG https://www.lg.com/my atau ikuti halaman Facebook rasmi LG di https://www.facebook.com/LGMalaysia untuk kemas kini, berita, and promosi terkini.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://omghackers.com/tv-lg-ai/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Dah Lelong Tapi Tiada Pembida Rumah Nur Sajat Tak Laku Bank Kurangkan Harga Jadi Rm4 21 Juta

Hiburan Dah Lelong Tapi Tiada Pembida Rumah Nur Sajat Tak Laku Bank Kurangkan Harga Jadi Rm4 21 Juta

papar berkaitan - pada 22/7/2024 - jumlah : 129 hits
Difahamkan dari satu hantaran di laman Facebook rumah banglo usahawan sensasi Nur Sajat di Malaysia kini boleh dibeli dengan harga RM4 21 juta selepas pihak bank memutuskan untuk turunkan harga lelongan Masih tiada pembida Pihak bank terpak...
Hiburan Influencer Buat Podcast Dipaksa Tidur Dengan Madu Ditahan Polis Pecah Masuk Rumah Bekas Suami

Hiburan Influencer Buat Podcast Dipaksa Tidur Dengan Madu Ditahan Polis Pecah Masuk Rumah Bekas Suami

papar berkaitan - pada 7/8/2024 - jumlah : 127 hits
Memetik seorang wanita berusia 20 an dan juga merupakan pensohor media sosial telah ditahan polis setelah didakwa memecah masuk rumah bekas suami dan madunya pada 22 Julai lalu Sebelum ini wanita itu pernah mendedahkan kisah rumah tangganya...
Mengintip Isi Rumah Menteri Basuki Dan Menteri Budi Karya Di Ikn Siap Dihuni

Mengintip Isi Rumah Menteri Basuki Dan Menteri Budi Karya Di Ikn Siap Dihuni

papar berkaitan - pada 28/7/2024 - jumlah : 136 hits
14 Unit rumah menteri yang telah rampung dibangun di kawasan Ibu Kota Nusantara Kalimantan Timur telah dilengkapi perabotan
Gempa Guncang Kuningan Kamis Sore Sejumlah Rumah Dan Masjid Rusak

Gempa Guncang Kuningan Kamis Sore Sejumlah Rumah Dan Masjid Rusak

papar berkaitan - pada 26/7/2024 - jumlah : 108 hits
Gempa bumi terjadi di wilayah Kabupaten Kuningan berkekuatan magnitudo 4 1 Kamis sore
Ma Minta Kpk Kembalikan Rumah Rafael Alun Yang Disita

Ma Minta Kpk Kembalikan Rumah Rafael Alun Yang Disita

papar berkaitan - pada 26/7/2024 - jumlah : 64 hits
Selain rumah MA juga meminta KPK mengembalikan uang bernilai ratusan juta rupiah kepada istri Rafael Alun
Rumah Tak Laku Dijual Disebabkan Konten Seram Pemilik Lapor Polis Terhadap 5 Content Creator

Rumah Tak Laku Dijual Disebabkan Konten Seram Pemilik Lapor Polis Terhadap 5 Content Creator

papar berkaitan - pada 27/7/2024 - jumlah : 88 hits
Seorang waris kepada sebuah rumah kosong membuat laporan polis terhadap tiga Youtuber dan dua akaun TikTok kerana menyebabkan hartanah itu tidak berjaya dijual Difahamkan rumah yang terletak di Semarang Jawa Tengah itu tidak berpenghuni dan...
Kos Pasang Solar Di Rumah Langkah Bijak Penjimatan Bil Elektrik

Kos Pasang Solar Di Rumah Langkah Bijak Penjimatan Bil Elektrik

papar berkaitan - pada 27/7/2024 - jumlah : 126 hits
Kos Pasang Solar di Rumah Langkah Bijak Penjimatan Bil Elektrik Pernahkah anda terfikir untuk memasang panel solar di rumah Pasang panel solar di rumah kini semakin menjadi pilihan popular di kalangan rakyat Malaysia Dengan peningkatan kos ...
Ringgit Closes Higher Ahead Of Tonight S Fed Announcement

Wanita Kemboja Maut Dihempap Pokok Ketika Berniaga

Manfaat Susu Ikan Keajaiban Dari Laut Yang Mulai Dikenal

Buat Buat Bodoh Lebih Senang Dapat Perhatian

Sains Rangkaian Dan Penggunaannya Dalam Bidang Pertanian

Cops On Hunt For Inmate Who Fled Sungai Buloh Hospital

Self Love Learning To Value And Appreciate Yourself

Berjumpa Sahabat Lama Numismatik Di Muzium Negara Kuala Lumpur


echo '';
Biodata Ojen Aiwah Usahawan Kunafa Terkenal Personaliti TikTok Dan Penyanyi Lagu Hubb

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Hai Cinta Dengarkanlah Slot Akasia TV3

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

Biodata Acap S Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Yang Juga Personaliti Tiktok Live Viral

Senarai Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Astro Warna


Kl Bird Park

Welfare Future Prospects Of Rescued Children Discussed Dpm

Kesatuan Guru Minta Sistem Penilaian Tahun 6 Tingkatan 3 Dikekalkan

Bola Sepak Mssm 2024

Lirik Lagu Dusta Ukays

Makanan Yang Meredakan Emosi