Tinggalkan Politik Kebencian Penipuan Fitnah Dan Momokan


 
Pada 4 Mac 2021oleh RoketKini
Oleh B. Suffian
Malaysia perlu bergerak ke hadapan meninggalkan politik kebencian, penipuan, fitnah, dan momokan, tegas Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang. 
Veteran DAP itu berkata, perkara-perkara terbabit adalah bertentangan dengan ajaran agama-agama utama dan kebudayaan di seluruh dunia yang telah menjadikan Malaysia sebagai rumah mereka.
Menurutnya, perkara tersebut juga menjadi sebab mengapa visi bapa kemerdekaan Tunku Abdul Rahman supaya Malaysia menjadi ‘obor cahaya dalam dunia yang kelam dan terganggu’, gagal untuk direalisasikan. 
“Perlembagaan Malaysia dan Rukun Negara telah menetapkan asas untuk membina sebuah negara bangsa Malaysia yang bersatu-padu dan hebat, dan cabaran yang dihadapi kita sekarang adalah sama ada kita mampu untuk berjaya dalam usaha pembinaan negara bangsa ini.
“Ini dilakukan dengan menyatupadukan pelbagai kaum, agama, bahasa, dan budaya yang bertemu di Malaysia untuk menjadi satu model masyarakat majmuk yang bersatu, bertoleransi, berjaya, progresif, dan makmur dalam dunia yang kompleks,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 
Kit Siang berkata, kebelakangan ini, terdapat kecenderungan di Malaysia di mana politik dicemari dengan politik toksik dan keji yang berasaskan kebencian, penipuan, fitnah, dan momokan.
Beliau menjelaskan, daripada membina toleransi, kepercayaan, dan keyakinan dalam kalangan masyarakat majmuk pelbagai kaum, agama, bahasa, dan budaya di Malaysia, terdapat pula cubaan untuk menanamkan sifat syak wasangka dan kebencian untuk meracuni usaha pembinaan negara bangsa di negara ini. 


Ujarnya, beliau sendiri telah menjadi salah seorang watak yang paling teruk difitnah dalam setengah abad yang lepas. 
Walaupun keputusan PRU-14 pada 9 Mei 2018 menjadi satu kekalahan dan sekatan terhadap politik kebencian, penipuan, fitnah, dan momokan terbabit, ujarnya, penyedia politik toksik dan jijik tersebut bekerja dengan lebih keras malah meningkatkan kempen mereka selepas 2018. 
“Cabaran terbesar kita dalam Malaysia Baharu adalah bagaimana untuk mendekati golongan orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban yang masing-masing hanya hidup dalam busa kehidupan masing-masing sahaja…
“…dan untuk berkongsi dengan mereka satu gambaran dan perspektif Malaysia yang lebih luas — untuk berkongsi cita-cita yang negara Malaysia yang tercinta ini milik kita semua dan kita mempunyai satu takdir yang dikongsi bersama,” katanya. 
Ujar beliau, rakyat Malaysia mempunyai pelbagai identiti — etnik, keagamaan, bahasa, budaya tetapi semuanya berkongsi satu identiti utama sebagai rakyat Malaysia. 

Tambahnya, tidak ada sesiapa pun yang meminta mana-mana rakyat Malaysia untuk melupakan identiti etnik atau keagamaan masing-masing, baik seorang Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, atau Muslim, Buddha, Kristian, Hindu, Sikh, Tao, tetapi semua orang perlulah pertamanya rakyat Malaysia. 
“Inilah Impian Malaysia kita,” katanya. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/03/tinggalkan-politik-kebencian-penipuan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalau Ulamak Politik Pendirian Pun Politik Sahaja Demi Politik

Kalau Ulamak Politik Pendirian Pun Politik Sahaja Demi Politik

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 196 hits
IBRAHIM MAT ISANampaknya pak haji mereng ni masih kekal dengan pendiriannya bahawa perjuangan yang dia bawa itu tepat mengikut Islam Aku tak akan serang orang Islam yang kekal berprinsip Amar ma aruf nahi mungkar Tapi kalau orang politik gi...
Masa Depan Negara Hanya Terjamin Jika Ekonomi Politik Stabil

Masa Depan Negara Hanya Terjamin Jika Ekonomi Politik Stabil

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 267 hits
POSTED BY AMIR WRLRSenator Dewan Negara Ismail Yusof menyifatkan masa depan negara akan hanya terjamin jika pertumbuhan ekonomi dan situasi politik berada dalam keadaan stabil Ketika mengulas ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Forum Poli...
3 Pihak Cuba Bermesra Dengan Parti Politik Sabah Sarawak

3 Pihak Cuba Bermesra Dengan Parti Politik Sabah Sarawak

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 299 hits
Minderjeet KaurPETALING JAYA Tiga gabungan parti utama di Semenanjung mula mengorak langkah bagi memenangi hati parti politik di Sabah dan Sarawak sebagai persiapan menjelang pilihan raya umum ke 15 Penganalisis berpendapat antara ketiga ti...
Panas Barathidasan Dedah Dhpp Hanya Diperguna Untuk Kepentingan Politik Pas

Panas Barathidasan Dedah Dhpp Hanya Diperguna Untuk Kepentingan Politik Pas

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 241 hits
February 23 2021 Keputusan kerajaan Kedah merobohkan kuil dan keengganan memberikan cuti umum bagi perayaan Thaipusam antara faktor menyebabkan Setiausaha Dewan Himpunan Pendukung PAS S Barathidasan keluar parti Islam itu Beliau berkata kep...
Kerajaan Ikut Kehendak Politik Bukan Sains

Kerajaan Ikut Kehendak Politik Bukan Sains

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 231 hits
SHORT BERANI SEMUKA 23 FEBRUARI 2021 Berikut merupakan petikan Berani Semuka Sinar Harian bertajuk PKP rakyat terabai YB sila jawab bersama Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Abdul Rahman UNTUK VIDEO PENUH SILA LAYARI https bit ly 3aJih02 Muzik...
Pru15 Orang Cina Takkan Undi Bn Walau Kecewa Ph Penganalisis Politik

Pru15 Orang Cina Takkan Undi Bn Walau Kecewa Ph Penganalisis Politik

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 255 hits
malaysiakini comDiterbitkan 21 Feb 2021 8 25 amDikemaskini 8 26 amPengundi Cina tidak akan mengundi BN dalam Pilihan Raya Umum Ke 15 meskipun kecewa dengan Pakatan Harapan kata penganalisis politik Pun begitu kata Profesor Wong Chin Huat BN...
Cerita Tiga Sekjen Pdip Soal Megawati Kerap Bicara Politik Hijau

Cerita Tiga Sekjen Pdip Soal Megawati Kerap Bicara Politik Hijau

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 194 hits
Dari pengalamannya bersama Megawati Pram mengaku kecintaan pada lingkungan itu tampaknya karena Megawati ditempa langsung oleh ayahandanya Bung Karno
Politik Dapat Vaksin Bukan Alasan Desak Pru Presiden Mic

Politik Dapat Vaksin Bukan Alasan Desak Pru Presiden Mic

papar berkaitan - pada 20/2/2021 - jumlah : 272 hits
Perolehan vaksin pada penghujung bulan ini tidak boleh dijadikan faktor untuk mendesak Pilihan Raya Umum ke 15 dilaksanakan secepat mungkin Menurut Presiden MIC Tan Sri SA Vigneswaran walaupun Perdana Menteri sendiri bersetuju untuk mengada...
Politik Tidak Wujud Politik Perkauman Di Malaysia

Politik Tidak Wujud Politik Perkauman Di Malaysia

papar berkaitan - pada 20/2/2021 - jumlah : 214 hits
Malaysia tidak pernah mengamalkan politik perkauman apatah lagi manyalahgunakan nama parti untuk merendahkan mana mana kaum lain SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astr...
Kisah Pokok Tumbang Depan Rumah

Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Main Bunga Api Waktu Siang Pun Boleh

Loko Pemuda Chord

Bangun Subuh Hafazan Malam Latihan Berkuda Petang Beginilah Heba Dilatih Jadi Juara Hidup

Keputusan Spm 2024 Diumumkan 24 April 2025

Ketua Editor Pereka Grafik Akhbar Tempatan Ditahan Untuk Siasatan Sudah Dibebaskan

Send Unlimited Emails With 100 Delivery


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jadikan Gambar Kepada Anime Gibli

Cinta Diri

Malaysians Respond To Us Tv Host S No Money Comment By Calling His Mother Green

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Kahwini Wanita Tempatan Warga Asing Nikmati Hidup Mewah Dengan Pendapatan Rm55 000 Sebulan

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh