Tindakan Terpuji Hannah Yeoh Bagus Yb


Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh bersama Timbalan Menteri Belia dan Sukan Steven Sim mengadakan pertemuan dengan Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohamad hari ini.

Kunjungan kedua-dua ahli politik dari DAP dan PKR itu diadakan bagi mendapatkan pandangan Zulkifli dalam usaha kerajaan menangani masalah sosial yang semakin membarah.

Pertemuan di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di Putrajaya itu antara lain membincangkan jalan penyelesaian terhadap isu sosial khususnya membabitkan golongan muda.

Yeoh - yang mengenakan baju kurung dan berselendang - mengemukakan data-data berhubung masalah sosial seperti kes kehamilan luar nikah, pembuangan bayi dan masalah mental.

Pada perbincangan itu mereka dijamu dengan makanan ringan termasuk buah kurma.

Yeoh turut dipelawa Zulkifli untuk menikmati kurma terbaik dari Timur Tengah itu.

Zulkifli pada sidang media kemudiannya menyatakan komitmen pejabat mufti Wilayah Persekutuan untuk membantu kerajaan dengan menyumbang pandangan dan saranan bagi menangani isu berkenaan.


Negara kuat kalau bersatu

Dalam pada itu Yeoh berkata, masalah itu berlaku tidak hanya membabitkan kaum atau agama khusus semata-mata.

Portfolio yang saya pegang merangkumi semua agama, semua kaum. Kerisauan kita pada kanak-kanak bawah umur (yang menjadi mangsa). Oleh itu kita mendapatkan padangan mufti dalam hal ini.
Sebelum ini Yeoh di Dewan Rakyat pada 13 Nov lalu mendedahkan satu pertiga kes perceraian berlaku dalam tempoh lima tahun pertama sesuatu perkahwinan.

Isu-isu yang dianggap remeh menjadi punca perceraian seperti isteri gemar membasuh pakaian pada waktu malam dan suami tidak suka isteri makan di dalam kereta yang kebanyakannya membabitkan pasangan bukan Islam.

Rentetan itu kerajaan bercadang untuk mewajibkan pasangan bukan Islam yang ingin mendirikan rumah tangga menghadiri kursus praperkahwinan.

Kata Yeoh, siri perbincangan untuk memperluaskan pelaksanaan kursus praperkahwinan kepada pasangan bukan Islam akan diadakan dalam tempoh terdekat.

Yeoh yang berterima kasih kepada Zulkifli kerana sudi berkongsi pandangan dengannya turut menyuarakan kebimbangan terhadap isu membabitkan sensitiviti agama dan kaum.

Katanya, persefahaman dan perpaduan antara kaum perlu diperkukuhkan lagi supaya setiap rakyat saling memahami dan menghormati.

Sementara itu Zulkifli berkata, kekuatan masyarakat yang berbilang kaum di negara ini jika disatukan akan menjadikan Malaysia sebuah negara hebat.

Malaysiakini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bankami.blogspot.com/2018/12/tindakan-terpuji-hannah-yeoh-bagus-yb.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Surat Terbuka Mufti Perlis Kpd Pm Bukan Bagus Sangat Apologetic Merugikan Islam

Surat Terbuka Mufti Perlis Kpd Pm Bukan Bagus Sangat Apologetic Merugikan Islam

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 326 hits
http bit ly 2EMGMtYJenis apologethic jugak surat ni salahkan ciri2 Islamic buat orang bukan Islam takut nak masuk SK Apa yg dia merepek ni Apa yg Islamic sgt kat SK Pelajar wanita pakai tudung dan baju kurung Baca doa waktu perhimpunan Pela...
Taska Mana Yang Bagus Untuk Anak Ibu Ayah Boleh Follow Tip Ini Masa Nak Survey

Taska Mana Yang Bagus Untuk Anak Ibu Ayah Boleh Follow Tip Ini Masa Nak Survey

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 602 hits
Bila nak masuk tahun baru mesti akan ada ramai ibu bapa survey dan carikan taska untuk anak buat kali pertama atau bercadang untuk tukar taska Ok TASKA ni sebenarnya adalah singkatan Taman Asuhan Kanak Kanak khas iaitu tempat pusat jagaan k...
Waytha Moorthy Tu Baik Dan Bagus Syed Saddiq Sahaja Bermasalah Siti Kasim

Waytha Moorthy Tu Baik Dan Bagus Syed Saddiq Sahaja Bermasalah Siti Kasim

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 567 hits
Waytha Moorthy baik Syed Saddiq sahaja bermasalah kata Siti KasimTindakan Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda Ssyed Saddiq Syed Abdul Rahman menyokong desakan supaya Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waytha Moorthy meletakkan jawatan tidak ...
Buah Markisa Bagus Untuk Pesakit Saraf

Buah Markisa Bagus Untuk Pesakit Saraf

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 329 hits
BUAH MARKISA BAGUS UNTUK PESAKIT SARAF Buah Markisa atau dikenali sebagai Passion Fruit Bahasa botaninya Passiflora edulis Ia bukan ubat tetapi bagus diamalkan kerana mengandungi banyak vitamin terutama mereka yang ada masalah penyakit kron...
5 Kebaikan Minum Air Rendaman Kismis Ternyata Khasiatnya Sungguh Bagus Untuk Anak Dan Ibu Mengandung

5 Kebaikan Minum Air Rendaman Kismis Ternyata Khasiatnya Sungguh Bagus Untuk Anak Dan Ibu Mengandung

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 578 hits
Mungkin masih tak ramai yang tahu bahawa air rendaman kismis juga baik untuk diminum malah ia dikatakan memiliki kelebihan tersendiri berbanding dimakan seperti biasa 5 KEBAIKAN MINUM AIR RENDAMAN KISMIS YANG TAK RAMAI TAHUBerikut adalah be...
Yeoh Sim Meet With Ft Mufti For Advice On Curbing Social Ills

Yeoh Sim Meet With Ft Mufti For Advice On Curbing Social Ills

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 306 hits
Deputy ministers Hannah Yeoh and Steven Sim met with Federal Territories mufti Zulkifli Mohamad today to seek his advice in dealing with social ills among the country s youths During the meeting Hannah who is the deputy women family and com...
Hannah Dan Sim Kunjungi Mufti Minta Nasihat

Hannah Dan Sim Kunjungi Mufti Minta Nasihat

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 180 hits
Diterbitkan 20 Dis 2018 1 23 petangTimbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh bersama Timbalan Menteri Belia dan Sukan Steven Sim Chee Keong mengadakan pertemuan dengan Mufti Wilayah Dr Zulkifli Mohamad Kunjunga...
Hannah Steven Jumpa Mufti Minta Pandangan Untuk Tangani Masalah Sosial

Hannah Steven Jumpa Mufti Minta Pandangan Untuk Tangani Masalah Sosial

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 273 hits
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh bersama dengan Timbalan Menteri Belia dan Sukan Steven Sim hari ini mengadakan pertemuan dengan Mufti Wilayah Persekutuan Dr Zulkifli Mohamad Kedatangan dua ahli politi...
Hannah Busy Box

Hannah Busy Box

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 171 hits
I was actually trying to figure out where best to put this Megablock so that it won t look to messy when the kids play with it Suddenly Hannah came by and play with this She played with this arranging in the box for quite some time trying t...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Drama Lara Kasih Lakonan Fikry Ibrahim Chacha Maembong

Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint

Unlearning Social Stereotypes About Older Adults