Tindakan Najib Padam Hantaran Fb Berkenaan Konsesi Plus Timbulkan Persoalan




Pada 4  Februari 2020
oleh Syahredzan Johan
Oleh Syahredzan Johan(Setiausaha Politik Ahli Parlimen Iskandar Puteri)Semalam, melalui hantaran Facebook (FB) bertarikh 2 Februari 2020, Datuk Seri Najib Razak menyindir saya kononnya matematik saya ‘koyak’, sebab saya menghantar ciapan bahawa pada tahun 2011, konsesi lebuh raya PLUS dilanjutkan sehingga ke tahun 2038. Dengan sindiran ini, Najib Razak mahu memberi gambaran bahawa konsesi lebuh raya tidak dilanjutkan di zaman beliau memegang tampuk kuasa sebagai Perdana Menteri.

Akan tetapi, menurut hantaran Najib Razak sendiri bertarikh 29 Disember 2018 melalui laman Facebook “Najib Razak”, beliau telah dengan bangganya mendedahkan bahawa perjanjian lebuh raya PLUS telah distruktur semula pada tahun 2011, dan tempoh konsesi tol dilanjutkan kepada tahun 2038. Menurut Najib:

“Oleh itu, perjanjian konsesi dirunding sekali lagi pada tahun 2011.

Hutang pampasan RM6.5 bilion dari kerajaan tidak perlu dibayar lagi dan kadar kenaikan tol diturunkan dari 10% setiap 3 tahun kepada 5% setiap 3 tahun tetapi tempoh konsesi tol dilanjutkan 8 tahun lagi kepada tahun 2038.…Saya mengaku bersalah kerana telah menjadikan kerajaan dan rakyat sebagai kroni baru untuk lebuh raya tol PLUS pada tahun 2011.“

Selepas saya mendedahkan bahawa Najib sendiri telah lupa hantaran Facebook yang dibuat sendiri pada tahun 2018, Najib Razak atau pengendali laman Facebooknya telah dalam diam memadam hantaran Facebook bertarikh 29 Disember 2018.

Persoalannya di sini adalah, mengapa Najib Razak padam hantaran FB bertarikh 29 Disember 2018 mengenai konsesi lebuh raya PLUS? Adakah ini untuk menutup fakta bahawa pada tahun 2011, sememangnya terdapat lanjutan konsesi lebuh raya-lebuh raya di bawah pegangan PLUS? Ataupun untuk menutup fakta bahawa mengikut pengstrukturan semula pada tahun 2011 tersebut, PLUS dibenarkan untuk menaikkan kadar tol sebanyak 5% setiap 3 tahun? Ini semua didedahkan oleh Najib Razak sendiri melalui Facebook setahun lebih yang lalu.

Pengstrukturan semula konsesi tol lebuh raya-lebuh raya PLUS oleh kerajaan PH adalah situasi ‘menang-menang’ untuk kerajaan dan rakyat. Rakyat menikmati penurunan kadar tol dan tidak ada peningkatan tol lebuh raya PLUS sepanjang tempoh konsesi. Pada masa yang sama, Kerajaan tidak perlu membayar pampasan kepada PLUS untuk tidak menaikkan kadar tol.

Akhir sekali, saya melihat bahawa tindakan memadam hantaran ini menimbulkan persoalan – jika Najib Razak boleh padam hantaran Facebooknya sendiri bila tidak lagi jadi perdana menteri, apa yang “dipadamnya” semasa ada kuasa sebagai perdana menteri? 





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/02/tindakan-najib-padam-hantaran-fb.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Tak Pandai Kira Kira Diskaun Tol Plus

Najib Tak Pandai Kira Kira Diskaun Tol Plus

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 205 hits
Sejak kerajaan Pakatan Harapan mengumumkan pelan untuk mengurangkan kadar tol Lebuhraya PLUS dengan diskaun 18 bekas perdana menteri Najib Razak tidak berhenti henti mengkritik dasar tersebut Jelas sekali beliau tengah merajuk kerana PH ber...
Najib Padam Pos Di Fb

Najib Padam Pos Di Fb

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 220 hits
Tindakan Najib padam hantaran FB berkenaan konsesi PLUS timbulkan persoalan Semalam melalui hantaran Facebook bertarikh 2 Februari 2020 Datuk Seri Najib Razak menyindir saya kononnya matematik saya koyak sebab saya menghantar ciapan bahawa ...
Manifesto Ph Mansuh Tol Atau Lanjut Tempoh Konsesi Najib Soal Tony Pua

Manifesto Ph Mansuh Tol Atau Lanjut Tempoh Konsesi Najib Soal Tony Pua

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 171 hits
Najib Razak membalas kritikan Setiausaha Politik Menteri Kewangan Tony Pua berhubung isu pengurangan kadar tol Lebuhraya PLUS dengan mempersoalkan apakah manifesto Pakatan Harapan mahu menghapuskan tol atau melanjutkan tempoh konsesi Najib ...
Najib Bidas Dakwaan Malaysia Akan Bankrap

Najib Bidas Dakwaan Malaysia Akan Bankrap

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 202 hits
PUTRAJAYA Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan dakwaan kononnya Malaysia akan bankrap dan sebuah kerajaan yang gagal hanyalah sebagai serangan politik kerana ia tidak disokong fakta dan kenyataan yang sahih Najib yang juga...
It S Up To Kwap To Decide On Src S Request For Funds Says Najib

It S Up To Kwap To Decide On Src S Request For Funds Says Najib

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 217 hits
Retirement Fund Incorporated approved a RM2 billion loan to SRC International Sdn Bhd which wanted more funds to invest in the alternative energy field KUALA LUMPUR Former prime minister Najib Razak said he did not have any intention of for...
Baru 22 Hari Tahun 2020 Ph Sudah Pinjam 11 Billion Najib

Baru 22 Hari Tahun 2020 Ph Sudah Pinjam 11 Billion Najib

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 549 hits
22 hari pertama tahun 2020 pinjam RM11 bilion Slow sikit lah PH 22 Jan 2020 Pinjam RM3 bilion 10 Jan 2020 Pinjam RM3 5 bilion 7 Jan 2020 Pinjam RM1 bilion 3 Jan 2020 Pinjam RM3 5 bilion Satu sen hutang pun tak dibayar balik oleh kerajaan PH...
Kuota Haji Cecah 45 000 Jika Bn Tadbir Putrajaya Kata Najib

Kuota Haji Cecah 45 000 Jika Bn Tadbir Putrajaya Kata Najib

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 222 hits
Kuota rasmi haji Malaysia naik lebih 1 000 orang iaitu meningkat kepada 31 600 berbanding 30 200 jemaah tahun lepas PETALING JAYA Bekas Perdana Menteri Najib Razak mendakwa sekiranya Barisan Nasional masih mentadbir Putrajaya kuota haji bag...
Najib I M Not Stupid

Najib I M Not Stupid

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 236 hits
KUALA LUMPUR Datuk Seri Najib Razak has denied keeping former CEO turned fugitive Nik Faisal Ariff Kamil in SRC International Sdn Bhd to facilitate the movement of funds between accounts the High Court heard I can t be so stupid Come on the...
Najib Admits He Had No Plan To Bring Back Src S Rm3 6 Bil Frozen In Switzerland

Najib Admits He Had No Plan To Bring Back Src S Rm3 6 Bil Frozen In Switzerland

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 210 hits
Najib Razak says then finance minister II Ahmad Husni Hanadzlah had not made a formal request to retrieve SRC International funds frozen in Switzerland KUALA LUMPUR Putrajaya could have brought back the RM3 6 billion of SRC International Sd...
Lumira Di Eka Heights Kehidupan Bermakna Yang Dinantikan

Two In Five Malaysians Might Quit If Required To Work More In Office Randstad

Lumira Eka Heights Seremban Perumahan Gaya Hidup Moden

Plaza Premium Group Expands Flight Club Dining Brand At Kuala Lumpur International Airport Terminal 1

Dap S Dilemma Red Lines And Kuala Kubu Baharu

Splash Out Langkawi Awarded Gold Rating By Malaysia Tourism Quality Assurance

Lahirkan Generasi Fasih Digital Kpm Mahu Guru Jauhari Digital Jadi Pembimbing

Kes Denggi Meningkat



10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria


Filem Ngesot

Zikir Hari Isnin Fadhilat Membacanya

Monosterio Jadi Raya Tak Jadi Chord

Shinta Angely Nyaman Ku Harap Luka Ku Dapat Chord

Anjing Anjing Neraka Versi Rfans Donald

Makan Makan Santai Dengan Kawan Office