Najib Bidas Dakwaan Malaysia Akan Bankrap



PUTRAJAYA : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan dakwaan kononnya Malaysia akan bankrap dan sebuah kerajaan yang gagal hanyalah sebagai serangan politik kerana ia tidak disokong fakta dan kenyataan yang sahih. 
Najib yang juga Menteri Kewangan ketika membidas tanggapan sedemikian berkata, dakwaan oleh sekumpulan kecil itu dilihat lebih bermotifkan politik

Katanya, rakyat perlu lebih bijak menilai dengan menganalisis fakta dan kenyataan yang datangnya dari pihak yang tidak berkepentingan seperti agensi penarafan, Bank Dunia dan Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF)

"Inilah yang perlu kita jelaskan kepada rakyat bahawa mereka tidak boleh percaya apa yang tidak disokong dengan kenyataan dan fakta...kenyataan dan fakta ini mestilah datang daripada pihak yang tiada kepentingan

"Ulasan mereka (pihak yang tiada kepentingan), analisis mereka itu adalah sebenarnya lebih tepat daripada apa sahaja yang didakwa oleh mana-mana pihak yang bermotifkan politik," katanya pada program Soal Jawab Khas bersempena Perhimpunan Agung Umno 2016 di sini, Isnin. 
Najib yang baru-baru ini pulang daripada menghadiri persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) menyatakan beliau ada bertemu dengan wakil agensi penarafan seperti Moody's dan juga Pengarah Urusan IMF Christine Lagarde ketika di Lima, Peru

"Kalaulah kita menjurus kepada ekonomi yang akan bankrap, sudah tentu badan penarafan seperti Moody's, wakilnya di situ akan beritahu mereka melihat keadaan ini memang akan membawa kepada kemudaratan kalau kita tidak melakukan sesuatu.  
"Lagarde (juga) tidak membayangkan bahawa kita dalam keadaan krisis," kata beliau. 
Pada sesi dialog tidak rasmi pemimpin APEC bersama Lagarde di Peru minggu lepas, IMF menyokong langkah yang diambil ke atas mata wang Malaysia, selain menyatakan pergerakan nilai ringgit adalah di luar kawalan

Lagarde menyokong apa yang Malaysia lakukan iaitu pengapungan mata wang sebagai barisan pertahanan terbaik disebabkan apa yang berlaku pada ringgit adalah di luar kawalan

Najib turut berkongsi perbualannya dengan bakal Presiden Amerika Syarikat Donald J. Trump pada Ahad (27 November) yang menyifatkan Malaysia mempunyai ekonomi yang baik berikutan perkembangan ekonomi negara yang berkembang 4.3 peratus pada suku ketiga tahun ini. 
Ketika ditanya sama ada prestasi ekonomi tidak menentu tahun depan dan selanjutnya akan meninggalkan kesan mendalam kepada rakyat dan mempengaruhi sentimen politik rakyat, Najib berkata apa yang berlaku pada ekonomi global adalah di luar kawalan. 
Sebaliknya, beliau berkata kerajaan telah melakukan apa yang terbaik untuk rakyat bagi mengurangkan kesan ketidaktentuan ekonomi global selama ini

"Saya percaya rakyat akan faham bahawa hari ini apa yang kita lakukan adalah yang terbaik untuk rakyat dan kita merupakan pihak yang boleh memenuhi harapan rakyat berbanding dengan alternatif yang ada," kata Perdana Menteri

Atas dasar itu, beliau berkata Barisan Nasional pernah memenangi pilihan raya pada zaman kemelesetan ekonomi serta menang besar pada Pilihan Raya Negeri Sarawak pada Mei lepas walaupun sesetengah pihak meramal akan kalah berikutan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). 
Selain itu, BN juga menang besar pada pilihan raya kecil Parlimen Sungai Besar di Selangor dan Kuala Kangsar di Perak, katanya

Najib dalam pada itu berkata subsidi kerajaan juga dikekalkan antaranya untuk kesihatan dan pendidikan bagi menangani kos sara hidup rakyat. - Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kluangtoday.blogspot.com/2016/11/najib-bidas-dakwaan-malaysia-akan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jerawat Di Pipi Tanda Pori Tersumbat Dr Amalina Bidas Dakwaan Jerawat Tanda Penyakit

Jerawat Di Pipi Tanda Pori Tersumbat Dr Amalina Bidas Dakwaan Jerawat Tanda Penyakit

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 489 hits
Menerusi laman Twitter Dr Amalina menjelaskan perkaitan jerawat dengan penyakit yang dihidapi Cover image via Instagram dramalinabakri Semua orang baik perempuan mahupun lelaki inginkan kulit wajah yang bersih licin lagi cantik Namun begitu...
Hutang 1mdb Hanya Alasan Ph Gagal Hapus Tol Najib Bidas Guan Eng

Hutang 1mdb Hanya Alasan Ph Gagal Hapus Tol Najib Bidas Guan Eng

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 433 hits
Najib Razak membidas Menteri Kewangan Lim Guan Eng kerana menjadikan hutang 1MDB sebagai alasan kegagalan kerajaan Pakatan Harapan menghaouskan tol Dalam satu kenyataan di Facebook Najib merujuk kepada kegagalan Guan Eng menyebut tentang be...
Sekali Lagi Waytha Moorty Memburukkan Malaysia Di Pentas Dunia Dengan Dakwaan Penganut Hindu Di Paksa Peluk Islam

Sekali Lagi Waytha Moorty Memburukkan Malaysia Di Pentas Dunia Dengan Dakwaan Penganut Hindu Di Paksa Peluk Islam

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 603 hits
Baru baru ini Menteri Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial di Jabatan Perdana Menteri Senator Waytha Moorthy telah menghadiri satu dialog anjuran Northern Ireland Council for Racial Equality bertempat di bangunan parlimen Northern Irel...
Malaysia Kehilangan Pelaburan Bernilai Rm70 Bilion Akibat Kegopohan Latheefa Koya Dan Dendam Dr Mahathir Pada Ds Najib

Malaysia Kehilangan Pelaburan Bernilai Rm70 Bilion Akibat Kegopohan Latheefa Koya Dan Dendam Dr Mahathir Pada Ds Najib

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 391 hits
Laman blog ini ada menulis artikel bertajuk Pendedahan Rakaman Perbualan Talipon Oleh SPRM Ibarat Senjata Makan Tuan Kini apa yang dikatakan oleh admin sudah mula menjadi kenyataan Bukan saja apa yang didedahkan oleh Ketua Pesuruhjaya Suruh...
Lima Nelayan Diculik Indonesia Salahkan Malaysia

Lima Nelayan Diculik Indonesia Salahkan Malaysia

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 422 hits
SHAH ALAM 21 JAN Indonesia menyalahkan koordinasi pihak berkuasa Malaysia yang tidak berkesan di perairan Sabah sehingga menyebabkan lima nelayannya diculik di perairan Lahad Datu pada Khamis lalu Lapor CNN Indonesia Timbalan Menteri Luar n...
Malangnya Rakyat Malaysia Ada Menteri Kewangan Tak Diyakini Seperti Lge

Malangnya Rakyat Malaysia Ada Menteri Kewangan Tak Diyakini Seperti Lge

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 290 hits
Ketua Penerangan UMNO Malaysia Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata adalah malang bagi rakyat negara ini kerana mempunyai Menteri Kewangan seperti Lim Guan Eng Bidasnya jelas Guan Eng Menteri Kewangan kerajaan Pakatan Harapan yang tidak b...
Jokowi Perlu Banyak Belajar Daripada Ph Cara Mentadbir Negara Supaya Setanding Dengan Malaysia

Jokowi Perlu Banyak Belajar Daripada Ph Cara Mentadbir Negara Supaya Setanding Dengan Malaysia

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 347 hits
Foto TweeterDimana silapnya pentadbiran PH dalam meransang ekonomi negara 10 KESAN PENIPUAN LIM GUAN ENG PADA EKONOMI NEGARASandiwara YB Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengenai rompakan dan kehilangan Wang Bayaran Balik Cukai GST berjumlah R...
Malaysia Dikawal Ketat Susulan Wabak Virus Dari Wuhan Dr Noor Hisham

Malaysia Dikawal Ketat Susulan Wabak Virus Dari Wuhan Dr Noor Hisham

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 679 hits
Pasukan bertindak Malaysia yang ditempatkan di semua pintu masuk antarabangsa dan kemudahan kesihatan di seluruh negara terutama Pejabat Kesihatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur kini dalam keadaan berjaga jaga susulan berlakunya...
Badminton Malaysia Dan Indonesia Masters Malaysia Belum Mempunyai Wakil Di Akhir

Badminton Malaysia Dan Indonesia Masters Malaysia Belum Mempunyai Wakil Di Akhir

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 233 hits
Nampaknya episod tiadanya wakil di peringkat akhir kejohanan badminton Malaysia Masters berterusan ke Indonesia Masters Tatkala pemain Indonesia mengorak langkah di laman sendiri dengan mempunyai 3 juara skuad negara masih tercari cari rent...
1mdb Witness Protection Chief Rebuffs Najib S Subpoena

1mdb Withdraws Suit Against Singaporean Woman In Rosmah S Luxury Goods Case

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Hr Ministry Miti To Gather Data On Firms Workers Affected By Pipeline Fire

Raya Di Teratak Kecil Nieyl

Bab 4 April 2025

Gildcoustic Feat Staso Prasetyo Bapak Chord

15 Restoran Chinese Muslim Sekitar Kuala Lumpur Selangor


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lima Warga Pakistan Terima Penghargaan Selepas Selamatkan Mangsa Kebakaran Paip Gas

Lofoten Norway Is An Adventurer S Paradise In The Arctic

Hiburan Macam Rumah Nenek Kebayan Pelajar Universiti Awam Kecewa Fasiliti Kotor Usang Dan Bahaya

Walaupun Dia Popular Pengarah Pelakon The White Lotus 3 Dedah Sikap Sebenar Lisa Di Set

Di Asuh Gitu Tak Bagi Guling Guling Bila Bagi Tak Pun Berterima Kasih

Budak Sanusi Jawab Isu Bola Sepak Kedah 11 Bulan Tiada Gaji