Tindakan King Sing Hina Dr Noor Hisham Tak Boleh Diterima


 
Pada 13 November 2020oleh Fatih Hassan Nordin
Oleh Fatih Hassan Nordin

Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng menyifatkan tindakan Ahli Parlimen Bintulu, Tiong King Sing menghina Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham adalah tidak boleh diterima. 
Beliau turut menggesa King Sing memohon maaf dan menarik balik kenyataan tersebut. 
“Itu sesuatu yang juga menghina usaha oleh barisan hadapan untuk memerangi dan melawan Covid-19,” katanya. 
Terdahulu, King Sing yang juga Duta Khas kepada Perdana Menteri ke China semasa perbahasan di Dewan Rakyat semalam menyifatkan Dr Noor Hisham sebagai individu yang ‘takut mati’ kerana kononnya tidak mahu turun padang ke Sabah.
Ekoran itu, Ahli Parlimen Jelutong RN Rayer bertindak mempertahankan Dr Noor Hisham sekaligus mendesak agar pemimpin PN itu menarik balik kenyataan tersebut.
“Jangan hina pegawai kerajaan. Beliau (Noor Hisham) juga petugas barisan hadapan,” tegasnya. 
King Sing bagaimanapun enggan berbuat demikian.
Hari ini, Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng pula bangkit mempertahankan Dr Noor Hisham.
Beliau mempersoalkan tindakan Speaker Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun yang tidak membuat sebarang keputusan supaya menteri kesihatan memohon pemimpin GPS itu menarik balik kenyataan itu dan membuat permohonan maaf. 
Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip EngBagaimanapun Lip Eng telah diperintahkan oleh Azhar untuk keluar Dewan pagi ini dan melarang beliau menghadiri persidangan selama lima hari.
Teruskan gesa King Sing mohon maaf
Mengulas lanjut, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata usaha akan diteruskan bagi mendesak supaya King Sing membuat permohonan maaf dan menarik balik kenyataan itu. 
Justeru itu, katanya, satu usul akan dihantar berhubung keputusan Azhar untuk tidak menghukum King Sing.
“Satu usul akan dibentangkan oleh Yang Berhormat Jelutong (Rayer) ke atas keputusan speaker masa itu untuk tidak meminta Yang Berhormat Bintulu menarik balik ungkapan dan juga celaan serta penghinaan ke atas Tan Sri Noor Hisham. 
“Kita akan buat usul tapi dalam masa yang sama kita harap bahawa speaker akan mengakui bahawa itu adalah satu kesilapan, perintah itu harus dikaji semula dan bahawa Yang Berhormat Bintulu harus menarik balik dan meminta maaf,” ujarnya pada sidang media di Parlimen hari ini. 
Beliau juga berharap kerajaan akan menjarakkan diri daripada kenyataan King Sing.
Dalam pada itu, Guan Eng berkata tindakan speaker memanggil polis untuk membawa keluar Lip Eng adalah tidak wajar.
“Memanggil polis (bawa keluar Lip Eng dari Dewan Rakyat) adalah sesuatu perkara yang tidak harus berlaku kerana mencemari dan juga mencabar keunggulan Parlimen,” ujarnya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/11/tindakan-king-sing-hina-dr-noor-hisham.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Boleh Dilandaikan Dalam 3 Minggu Noor Hisham

Covid 19 Boleh Dilandaikan Dalam 3 Minggu Noor Hisham

papar berkaitan - pada 5/11/2020 - jumlah : 481 hits
Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Dr Noor Hisham yakin kementerian itu akan dapat melandaikan lengkungan Covid 19 dalam tempoh tiga minggu lagi Dr Noor Hisham berkata jumlah kes baru dijangka terus meningkat secara purata sebanyak 971 ke...
Tan Sri Dr Noor Hisham Jawab Dakwaan Takut Mati Kita Sebagai Islam Kita Terima Di Mana Mana Pun Kematian Boleh Berlaku

Tan Sri Dr Noor Hisham Jawab Dakwaan Takut Mati Kita Sebagai Islam Kita Terima Di Mana Mana Pun Kematian Boleh Berlaku

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 359 hits
1 158 total views 1 158 views today Tidak timbul isu takut mati itu kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah selepas dia dikecam seorang ahli parlimen kerajaan dalam persidangan Dewan Rakyat hari ini Menjawab soalan wartawan da...
Parti Rakyat Sarawak Defends Attack On Dr Noor Hisham

Parti Rakyat Sarawak Defends Attack On Dr Noor Hisham

papar berkaitan - pada 13/11/2020 - jumlah : 243 hits
PARTI Rakyat Sarawak president Tan Sri Dr James Jemut Masing has defended his Progressive Democratic Party counterpart Datuk Seri Tiong King Sing s criticisms of Health Director General in the Dewan Rakyat yesterday Masing who is also Deput...
Apa Punya Yb Pn Perlekeh Noor Hisham

Apa Punya Yb Pn Perlekeh Noor Hisham

papar berkaitan - pada 13/11/2020 - jumlah : 402 hits
Hanipa Maiden Sejak saya menjadi ahli Parlimen maaf kata more often than not saya amat jarang mendengar perbahasan yang awesome dari YB yang popular dengan Kong Ka li Kong ini dan juga YB Arau Oleh itu bila YB ini menyatakan sesuatu yang ba...
Mp Bintulu Perlu Minta Maaf Tuduh Noor Hisham Takut Mati

Mp Bintulu Perlu Minta Maaf Tuduh Noor Hisham Takut Mati

papar berkaitan - pada 12/11/2020 - jumlah : 417 hits
Ahli Parlimen Bintulu Tiong Kang Sing didesak memohon maaf secara terbuka di atas kenyataan tidak bertanggungjawab menyifatkan Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham sebagai takut mati dalam sesi perbahasan Parlimen semalam Menurut Ketua...
Dr Noor Hisham Tak Perlu Turun Padang Cuepacs

Dr Noor Hisham Tak Perlu Turun Padang Cuepacs

papar berkaitan - pada 12/11/2020 - jumlah : 328 hits
M Update 12 11 2020 Tiada keperluan untuk Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah turun padang memandangkan saluran komunikasi dengan petugas di lapangan sentiasa berjalan dengan baik dan melalui prosedur yang jela...
Menteri Agama Pertahan Dr Noor Hisham Susulan Dakwaan Takut Mati Kami Yakin Kematian Menjengah Bila Bila Masa

Menteri Agama Pertahan Dr Noor Hisham Susulan Dakwaan Takut Mati Kami Yakin Kematian Menjengah Bila Bila Masa

papar berkaitan - pada 12/11/2020 - jumlah : 324 hits
Menteri Agama pertahan Dr Noor Hisham susulan dakwaan takut mati Kami yakin kematian menjengah bila bila masa Khamis 12 November 2020 11 11 AMDr Zulkifli mempertahankan Dr Noor Hisham menerusi ciapan di Twitter susulan dakwaan takut mati se...
Deputy Health Minister Defends Noor Hisham Calls Him No 1 Frontliner

Deputy Health Minister Defends Noor Hisham Calls Him No 1 Frontliner

papar berkaitan - pada 13/11/2020 - jumlah : 568 hits
Deputy Health Minister Dr Noor Azmi Ghazali has defended Health Ministry director general Dr Noor Hisham Abdullah Noor Azmi said it was irresponsible and unreasonable to condemn the credibility and sacrifices of Noor Hisham in dealing with ...
Sarawakian Ngo Need To Clear Health Confusion Of Malaysians Associating Palm Oil With High Cholesterol

Huawei Pura 80 Series Lands In Malaysia With Next Gen Camera Capabilities And Iconic Style

Himpunan Turun Anwar Sekadar Hiburan

Why Dr M Was Right About Anwar

Realme 14 5g Peranti Permainan Mantap Bawah Rm1300

Pengalaman 2 Tahun Bersama Chatgpt Kenapa Saya Pilih Plus Untuk 2025

Fc Barcelona Sign Marcus Rashford On Loan From Man Utd With Option To Buy

Where Is Pamela Ling Dap Mp Calls For Answers In Dewan Rakyat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Thee Bold Stories Pilihan Beg Travel Untuk Pengembara Moden

10 Point Daripada Khairul Aming Mesti Tahu Jika Anda Seorang Seller Content Creator

Filem Paraxnormal

Samosa Paratha Inti Berempah Kulit Rangup Rasa Memikat

Bukan Guru Biasa Bila Rasa Kagum Jadi Cemburu

20 Contoh Menu Snek Sihat Sangat Mudah Disediakan