Timor Leste Serah Instrumen Penyertaan Piagam Asean Perjanjian Seanwfz


Timor-Leste Serah Instrumen Penyertaan Piagam ASEAN, Perjanjian SEANWFZ
KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) — Timor-Leste hari ini secara rasmi menyerahkan Instrumen Penyertaan kepada Piagam ASEAN dan Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ) sekali gus mengesahkan penyertaan negara ini sebagai anggota ke-11 badan serantau berkenaan.
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan acara itu sebagai detik bersejarah yang memperlihatkan peluasan skop ASEAN merangkumi setiap negara berdaulat di Asia Tenggara.
“Ini adalah detik bersejarah yang kita raikan hari ini,” katanya semsa berucap pada majlis penyerahan instrumen penyertaan itu di sini hari ini.
Mohamad berkata selaku Pengerusi ASEAN bersama-sama negara anggota yang lain merakamkan ucapan tahniah kepada kerajaan dan rakyat Timor-Leste.
“Hari ini kita meraikan anda, sebuah negara yang dibina atas keberanian, ketabahan dan harapan yang tidak pernah pudar dan sekian lama kami menantikan keanggotaan sepenuhnya. Selamat datang ke dalam keluarga ASEAN dan piagam yang kita hormati,” katanya.
Beliau berkata Piagam ASEAN bukan sekadar dokumen asas, ia “denyut nadi kepada visi bersama kita, satu ikatan disulami kepercayaan, hormat menghormati dan perpaduan yang telah memperkukuh ikatan antara negara-negara kita yang pelbagai dalam mencapai keamanan dan kemakmuran bersama.”
BACA: Malaysia Antara Negara Terawal Lancar Padang Mini Bawah Projek Arena FIFA “Dengan menyertai piagam itu, Timor-Leste berikrar untuk berjalan seiring, menyemai aspirasi rakyatnya dalam semangat komuniti ASEAN yang terus berkembang.
“Menerusi Perjanjian SEANWFZ, Timor-Leste turut bersama-sama kita menzahirkan komitmen murni untuk memastikan Asia Tenggara kekal sebagai kawasan aman, bebas daripada ancaman senjata nuklear,” katanya.
Mohamad berkata penyertaan itu bukan sekadar formaliti institusi tetapi mencerminkan keyakinan Timor-Leste terhadap idealisme ASEAN serta yakin terhadap masa depan bersama berteraskan keharmonian, kerjasama dan saling menghormati.
“Perjalanan untuk berada pada tahap ini sungguh panjang. Daripada perjuangan awal kewujudannya sehingga usaha yang tidak jemu-jemu untuk menjadi anggota ASEAN. Kisah Timor-Leste ialah kisah mengenai ketabahan yang luar biasa,” katanya.
Beliau berkata Timor-Leste mencetuskan semangat dan perspektif baharu, serta populasi golongan muda yang bersedia menyumbang sekali gus memperkaya identiti kolektif ASEAN dari segi politik, budaya dan ekonomi.
“Kekuatan ASEAN terletak pada kepelbagaian serta keupayaannya menukar kepelbagaian itu kepada matlamat bersama. Saya yakin keanggotaan penuh Timor-Leste akan memperkukuh perpaduan serantau.
“Justeru hari ini, kita bukan sekadar mengalu-alukan anggota baharu, tetapi mengesahkan semula keyakinan terhadap ASEAN yang inklusif, berdaya tahan dan bersiap sedia mengharungi masa depan.
“Satu komuniti yang bersatu dalam keamanan, komited terhadap kemajuan dan berteraskan semangat persaudaraan yang tidak berbelah bahagi,” kata Mohamad.
Sebelum Timor-Leste, negara terakhir yang menyertai ASEAN ialah Kemboja yang diterima sebagai anggota ke-10 pada 30 April 1999.
Timor-Leste memperoleh kemerdekaan daripada Indonesia pada 2002 berikutan referendum yang diselia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 1999.
Negara ini secara rasmi memohon menjadi anggota ASEAN pada 2011, mencerminkan aspirasi Timor-Leste untuk menjadi sebahagian komuniti serantau.
Pada November 2022, negara anggota ASEAN bersetuju secara prinsip untuk menerima Timor-Leste dan diberikan status pemerhati berdasarkan Pelan Tindakan Berstruktur ke arah keanggotaan penuh.
Majlis Menandatangani Deklarasi Kemasukan Timor-Leste ke dalam ASEAN akan diadakan esok dan dijangka dihadiri oleh ketua-ketua negara dan kerajaan ASEAN.S
Sumber: BERNAMA
The post Timor-Leste Serah Instrumen Penyertaan Piagam ASEAN, Perjanjian SEANWFZ appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/25/timor-leste-serah-instrumen-penyertaan-piagam-asean-perjanjian-seanwfz/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tukar Asean Timor Leste Menjadi Ahli Asean Ke 11 Perjanjian Damai Kl Ditandatangani

Tukar Asean Timor Leste Menjadi Ahli Asean Ke 11 Perjanjian Damai Kl Ditandatangani

papar berkaitan - pada 27/10/2025 - jumlah : 174 hits
Malaysia Sebagai Pengerusi ASEAN 2025 Catat Dua Sejarah Melalui Penyertaan Timor Leste dan Perjanjian Damai Kuala Lumpur Antara Thailand dan Kemboja KUALA LUMPUR Penyertaan Timor Leste sebagai anggota ke 11 ASEAN dan pemeteraian Perjanjian ...
Kemasukan Timor Leste Lengkapkan Keluarga Asean Anwar

Kemasukan Timor Leste Lengkapkan Keluarga Asean Anwar

papar berkaitan - pada 26/10/2025 - jumlah : 208 hits
Kemasukan Timor Leste Lengkapkan Keluarga ASEAN Anwar KUALA LUMPUR 26 Okt Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyifatkan kemasukan bersejarah Timor Leste ke dalam ASEAN sebagai satu detik penting yang mengukuhkan lagi perkong...
Timor Leste Rasmi Sertai Asean Simbol Harapan Solidariti Dan Semangat Asia Tenggara

Timor Leste Rasmi Sertai Asean Simbol Harapan Solidariti Dan Semangat Asia Tenggara

papar berkaitan - pada 28/10/2025 - jumlah : 299 hits
Pada 26 Oktober 2025 suasana di Kuala Lumpur menjadi saksi kepada satu detik bersejarah Dewan sidang ASEAN yang biasanya serius bertukar menjadi ruang penuh emosi apabila Perdana Menteri Timor Leste Xanana Gusm o menahan sebak di hadapan pe...
Malaysia Serah Tampuk Kepimpinan Asean Kepada Filipina

Malaysia Serah Tampuk Kepimpinan Asean Kepada Filipina

papar berkaitan - pada 28/10/2025 - jumlah : 250 hits
Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr menerima tukul upacara Pengerusi ASEAN daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam majlis penyerahan rasmi sempena majlis penutupan Sidang Kemuncak ASEAN ke 47 di Kuala Lumpur pada 28 Oktobe...
Kenali Siapa Sebenarnya Pm Timor Leste Kay Rala Xanana Gusm O

Kenali Siapa Sebenarnya Pm Timor Leste Kay Rala Xanana Gusm O

papar berkaitan - pada 27/10/2025 - jumlah : 275 hits
Kenali Siapa Sebenarnya PM Timor Leste Kay Rala Xanana Gusm o Selain kehadiran Presiden Amerika Syarikat Donald Trump ada satu lagi figura yang mencuri tumpuan ramai pada Sidang Kemuncak ASEAN ke 47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan kali ini Di...
Mereka Berterima Kasih Sambil Berlinang Air Mata Reaksi Wartawan Timor Leste

Mereka Berterima Kasih Sambil Berlinang Air Mata Reaksi Wartawan Timor Leste

papar berkaitan - pada 27/10/2025 - jumlah : 218 hits
Buletin TV3 nbsp Foto Facebook Anwar IbrahimKUALA LUMPUR Malaysia menyifatkan kemasukan Timor Leste sebagai negara anggota ke 11 ASEAN sebagai detik bersejarah dan momen paling menyentuh hati dalam Sidang Kemuncak ASEAN ke 47 yang berlangsu...
Lencongan Penyuraian Trafik Bagi Raptai Sidang Kemuncak Asean Bermula 8 Pagi Esok Pdrm

Lencongan Penyuraian Trafik Bagi Raptai Sidang Kemuncak Asean Bermula 8 Pagi Esok Pdrm

papar berkaitan - pada 23/10/2025 - jumlah : 239 hits
Lencongan Penyuraian Trafik Bagi Raptai Sidang Kemuncak ASEAN Bermula 8 Pagi Esok PDRM KUALA LUMPUR 22 Okt Polis Diraja Malaysia akan melaksanakan lencongan dan penyuraian trafik secara berperingkat bermula 8 pagi sehingga 7 45 malam esok s...
Quick Diet Dinner Recipes Veg

10 Negeri 1 Wilayah Diramal Alami Hujan Lebat Hingga Malam Ini

Kuih Penyaram Rasa Yang Selalu Bawa Aku Terbang Ke Kota Kinabalu Sabah

From Graduate Engineer To Professional Engineer A Complete Guide To Bem S Latest Outcome Based Pae

Cara Tambah Income Bulanan Strategi Praktikal Untuk Jana Pendapatan Automatik

Kecoh Di Nilai Letupan Peranti Berbahaya Goncang Ketenangan

The Sanctuary Of Resilience A Tribute To Nature S Giants

Uqasha Senrose Tegas Rumah Baharu Dibeli Dengan Duit Sendiri Tidak Terpengaruh Kritikan Netizen


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


The Colours Of Life Tekken 8 Season 8 15 Dis Ghost Jalan Ranked Pun Jalan

Apple Chooses Samsung As The Main Memory Supplier For Iphone 18

Ready 2026 Sesi Refleksi Persediaan Akhir Tahun Bersama Tuan Fazrul Ismail

Tajuk Menghayati Konsep Separuh Masa Dalam Ilmu Nuklear

Pihak Berkuasa Turki Menahan 115 Individu Berkait Is Dalam Operasi Terbaru

Treler Hilang Kawalan Hempas Bumbung Stesen Minyak Pelanggan Cemas Elak Tragedi