Kenali Siapa Sebenarnya Pm Timor Leste Kay Rala Xanana Gusm O


Kenali Siapa Sebenarnya PM Timor-Leste, Kay Rala Xanana Gusmão
Selain kehadiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, ada satu lagi figura yang mencuri tumpuan ramai pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan, kali ini.
Disenangi ramai kerana keperibadian bersahaja dan aksinya yang mencuit hati, beliau ialah Perdana Menteri Timor-Leste, Kay Rala Xanana Gusmão.
Bukan biasa-biasa Kay Rala Xanana Gusmão bukan sekadar seorang pemimpin politik biasa. Beliau ialah wira kemerdekaan yang memimpin perjuangan rakyat Timor-Leste menentang pendudukan Indonesia sehingga negara kecil itu akhirnya meraih kemerdekaan pada tahun 2002.
Dilahirkan pada 20 Jun 1946 di Manatuto, Timor-Leste, Xanana Gusmão mendapat pendidikan awal di sekolah Katolik sebelum menceburi bidang pentadbiran awam pada 1966 dan berkhidmat dalam tentera Portugis dari 1968 hingga 1970.
Minatnya terhadap politik mula terserlah apabila beliau menyertai akhbar A Voz de Timor dan kemudian menyertai parti Associação Social Democrata (ASDT) yang kemudiannya dikenali sebagai FRETILIN (Front Revolusi bagi Kemerdekaan Timor-Leste).

Ketika itu, semangat nasionalisme beliau semakin membara, dan apabila Indonesia menyerang Timor-Leste pada 1975, Xanana tampil sebagai antara tokoh terpenting dalam perjuangan gerila menentang pencerobohan itu.
Simbol ketabahan, keberanian rakyatnya Selepas kematian Presiden FRETILIN pada 1978, Xanana Gusmão mengambil alih kepimpinan gerakan penentangan. Beliau mengatur strategi baharu, menubuhkan Majlis Nasional Rintangan Maubere (CNRT) dan mengetuai Pasukan Bersenjata Pembebasan Nasional (FALINTIL).
Namun perjuangan panjang itu tidak mudah. Pada tahun 1992, selepas 17 tahun hidup di hutan dan mengetuai gerila, beliau akhirnya ditangkap oleh tentera Indonesia.
Walaupun dipenjarakan selama beberapa tahun, semangatnya tidak pernah luntur. Di dalam penjara, beliau menulis puisi, melukis, mempelajari bahasa baharu dan terus merancang masa depan negaranya.
Selepas dibebaskan pada 1999, Xanana Gusmão menjadi simbol perpaduan dan keberanian bagi rakyat Timor-Leste.
Beliau mengetuai proses peralihan ke arah kemerdekaan di bawah pengawasan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan seterusnya dipilih sebagai Presiden pertama Republik Demokratik Timor-Leste pada tahun 2002.
Dari Presiden ke Perdana Menteri Selepas menamatkan tempoh sebagai Presiden pada 2007, Xanana terus berbakti kepada negara dengan menubuhkan parti Congresso Nacional de Reconstrução de Timor (CNRT).
Beliau kemudiannya dilantik sebagai Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan serta Keselamatan, di mana beliau memainkan peranan penting dalam menyatukan rakyat, membina semula negara pascaperang dan memperkukuh ekonomi Timor-Leste.

Antara sumbangan besarnya termasuk menggubal Pelan Pembangunan Strategik Timor-Leste 2011–2030, selain mengetuai rundingan sempadan maritim dengan Australia dan Indonesia, satu langkah besar bagi memastikan kedaulatan serta hak sumber asli negaranya terpelihara.
Selepas beberapa tahun berundur daripada jawatan tertinggi kerajaan, Xanana Gusmão kembali ke pentas utama politik apabila sekali lagi dilantik sebagai Perdana Menteri pada 1 Julai 2023, selepas parti CNRT memenangi pilihan raya parlimen.
Kini, beliau terus memimpin usaha memajukan ekonomi biru Timor-Leste dan memperkukuh hubungan diplomatik dengan negara jiran, termasuk Indonesia.
Tokoh dihormati dunia Sepanjang kerjayanya, Xanana Gusmão menerima pelbagai pengiktirafan antarabangsa atas perjuangan, kepimpinan, dan sumbangan beliau terhadap keamanan dan kemanusiaan. Antaranya:
Anugerah Keamanan Sakharov (1999) oleh Parlimen Eropah Hadiah Keamanan Kwangju (2000), Korea Selatan Anugerah Keamanan Sydney (2000) Hadiah Keamanan UNESCO Félix Houphouët-Boigny (2002) Anugerah “Leadership with Integrity” oleh International Herald Tribune (2003) Anugerah Sastera Lusophony Guerra Junqueiro (2021) Anugerah Kerjaya Lusophony (2024) Beliau turut menerima lebih daripada 20 Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dari universiti ternama dunia termasuk Universiti Melbourne, Universiti Waseda (Jepun), Universiti Coimbra (Portugal), Universiti Malaysia Sabah dan Universiti Kyoto.
Antara pengiktirafan tertinggi yang diterimanya ialah Darjah Kebesaran “Bintang Republik Indonesia Adipurna”, disampaikan oleh Presiden Susilo Bambang Yudhoyono pada tahun 2014. Ia adalah satu penghormatan besar daripada negara jiran yang dahulunya pernah menjadi musuh dalam perjuangan kemerdekaan Timor-Leste.
Pemimpin berjiwa rakyat Walaupun dihormati sebagai negarawan besar, keperibadian Xanana Gusmão tetap sederhana.

Dalam banyak majlis antarabangsa, beliau sering mencuit hati pemimpin lain dengan gaya bersahaja dan senyuman mesra. Ini menjadikan beliau antara tokoh paling disenangi pada sidang ASEAN kali ini.
BACA: ‘Perisai’ Mewah Presiden AS Bukan Biasa-Biasa
Sumber: Governo de Timor-Leste
The post Kenali Siapa Sebenarnya PM Timor-Leste, Kay Rala Xanana Gusmão appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/27/kenali-siapa-sebenarnya-pm-timor-leste-kay-rala-xanana-gusmao/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tukar Asean Timor Leste Menjadi Ahli Asean Ke 11 Perjanjian Damai Kl Ditandatangani

Tukar Asean Timor Leste Menjadi Ahli Asean Ke 11 Perjanjian Damai Kl Ditandatangani

papar berkaitan - pada 27/10/2025 - jumlah : 137 hits
Malaysia Sebagai Pengerusi ASEAN 2025 Catat Dua Sejarah Melalui Penyertaan Timor Leste dan Perjanjian Damai Kuala Lumpur Antara Thailand dan Kemboja KUALA LUMPUR Penyertaan Timor Leste sebagai anggota ke 11 ASEAN dan pemeteraian Perjanjian ...
Timor Leste Rasmi Sertai Asean Simbol Harapan Solidariti Dan Semangat Asia Tenggara

Timor Leste Rasmi Sertai Asean Simbol Harapan Solidariti Dan Semangat Asia Tenggara

papar berkaitan - pada 28/10/2025 - jumlah : 195 hits
Pada 26 Oktober 2025 suasana di Kuala Lumpur menjadi saksi kepada satu detik bersejarah Dewan sidang ASEAN yang biasanya serius bertukar menjadi ruang penuh emosi apabila Perdana Menteri Timor Leste Xanana Gusm o menahan sebak di hadapan pe...
Mereka Berterima Kasih Sambil Berlinang Air Mata Reaksi Wartawan Timor Leste

Mereka Berterima Kasih Sambil Berlinang Air Mata Reaksi Wartawan Timor Leste

papar berkaitan - pada 27/10/2025 - jumlah : 168 hits
Buletin TV3 nbsp Foto Facebook Anwar IbrahimKUALA LUMPUR Malaysia menyifatkan kemasukan Timor Leste sebagai negara anggota ke 11 ASEAN sebagai detik bersejarah dan momen paling menyentuh hati dalam Sidang Kemuncak ASEAN ke 47 yang berlangsu...
Timor Leste Serah Instrumen Penyertaan Piagam Asean Perjanjian Seanwfz

Timor Leste Serah Instrumen Penyertaan Piagam Asean Perjanjian Seanwfz

papar berkaitan - pada 26/10/2025 - jumlah : 181 hits
Timor Leste Serah Instrumen Penyertaan Piagam ASEAN Perjanjian SEANWFZ KUALA LUMPUR 25 Okt Timor Leste hari ini secara rasmi menyerahkan Instrumen Penyertaan kepada Piagam ASEAN dan Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara sekali ...
Kemasukan Timor Leste Lengkapkan Keluarga Asean Anwar

Kemasukan Timor Leste Lengkapkan Keluarga Asean Anwar

papar berkaitan - pada 26/10/2025 - jumlah : 154 hits
Kemasukan Timor Leste Lengkapkan Keluarga ASEAN Anwar KUALA LUMPUR 26 Okt Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyifatkan kemasukan bersejarah Timor Leste ke dalam ASEAN sebagai satu detik penting yang mengukuhkan lagi perkong...
Pas Naik Angin Siapa Momok Siapa Sebenarnya

Pas Naik Angin Siapa Momok Siapa Sebenarnya

papar berkaitan - pada 17/10/2025 - jumlah : 154 hits
Mohsin AbdullahMelayu Singapura setidak tidaknya majoriti mereka untuk sekian lama tidak minat dengan retorik identity politics PAS naik angin menempelak kenyataan K Shanmugam si menteri penyelaras bagi keselamatan Singapura Dituduhnya Shan...
Disambut Setiap 13 Oktober Kenali Sejarah Unik International Day For Failure

Disambut Setiap 13 Oktober Kenali Sejarah Unik International Day For Failure

papar berkaitan - pada 13/10/2025 - jumlah : 133 hits
Disambut Setiap 13 Oktober Kenali Sejarah Unik International Day For Failure Setiap insan yang hidup di dunia ini pasti pernah merasai kegagalan malah ia adalah lumrah kehidupan yang tidak dapat dielakkan Kegagalan bukanlah tanda kelemahan ...
Suka Meluah Di Media Sosial Bagus Ke

The Lantis Bila Chord

The Complete Guide What To Expect From Malaysia S New School Curriculum 2027

Penyondol Tu Cuba Plan Dengan Bekas Suami Untuk Buat Saya Nusyuz Tular Video Viral Wanita Terjah Hari Nikah Bekas Suami

Gambar Hari Ini Walaun Jangan Koyak Sebab Kamu Buat Lebih Lagi

Genap Dua Tahun Menyusun Atur Telur Ayam Jom Meneka Dalam Kesamaran Lagi

My Comfort Food

Monochromatic Magic A Handsome Triumph Street Twin By 2loud


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tidur Lebih Lena Dengan Origin Mattress

The Colours Of Life Ps5 Tekken 8

Mi Goreng Pot Luck Sempena Solat Hajat Upkk

5 Cara Mudah Buat Bateri Smartphone Tahan Lebih Lama Tips Praktikal

Tindakan Awal Untuk Mengatasi Kes Buli Di Sekolah

Kecantikan Patung Keanggunan Seni Halus Dari Abad Ke 16 Hingga Ke 19