Kemasukan Timor Leste Lengkapkan Keluarga Asean Anwar


Kemasukan Timor-Leste Lengkapkan Keluarga ASEAN – Anwar
KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyifatkan kemasukan bersejarah Timor-Leste ke dalam ASEAN sebagai satu detik penting yang mengukuhkan lagi perkongsian semangat serantau serta masa hadapan negara anggota blok berkenaan.
Berucap pada majlis perasmian Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di sini, Anwar berkata penyertaan Timor-Leste memberi makna baharu kepada visi ASEAN yang inklusif dan bersatu padu.
“Kemasukan Timor-Leste melengkapkan keluarga ASEAN – mengukuhkan lagi masa hadapan bersama bersama dan hubungan kekeluargaan serantau. Dalam komuniti ini, pembangunan serta autonomi strategik Timor-Leste akan menerima sokongan padu dan berterusan,” kata beliau.
Semua negara anggota ASEAN menandatangani deklarasi berkenaan, iaitu Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah; Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim; Perdana Menteri Kemboja Hun Manet; Presiden Indonesia Prabowo Subianto; Perdana Menteri Laos Sonexay Siphandone; Presiden Filipina Ferdinand R. Marcos Jr.; Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong; Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul; dan Perdana Menteri Vietnam Pham Minh Chinh; manakala Myanmar diwakili Setiausaha Tetap Kementerian Luar U Hau Khan Sum.
Presiden Timor-Leste Jose Ramos-Horta menandatangani deklarasi yang memuktamadkan penyertaan rasmi negaranya ke dalam ASEAN.
Turut hadir ialah Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) Gianni Infantino, Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) Kristalina Georgieva, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres, Naib Presiden Bank Dunia bagi Rantau Asia Timur dan Pasifik (EAP) Carlos Felipe Jaramillo.
ASEAN yang ditubuhkan pada 1967 kini terdiri daripada 11 anggota, iaitu Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam dan Timor-Leste.
Kemasukan Timor-Leste melengkapkan perwakilan Asia Tenggara, dengan Kemboja menjadi negara terakhir diterima masuk ke dalam blok itu pada 30 April 1999.
Timor-Leste memperoleh kemerdekaan pada 20 Mei 2002 dan pada 2011 negara ini secara rasmi memohon menyertai ASEAN.
Pada 2022 pemimpin ASEAN pada Sidang Kemuncak ke-40 dan ke-41 di Phnom Penh bersetuju secara prinsip untuk menerima Timor-Leste sebagai anggota ke-11 serta memberikan status pemerhati bagi membolehkannya menyertai mesyuarat ASEAN, termasuk sidang kemuncak.
Pada Sidang Kemuncak ASEAN 2023 di Indonesia, para pemimpin menerima pakai Pelan Hala Tuju Keanggotaan Penuh Timor-Leste yang menumpukan kepada pengukuhan institusi, pembangunan modal insan dan sokongan pembinaan kapasiti.
Dengan populasi kira-kira 1.4 juta orang, Timor-Leste masih bergantung kepada eksport minyak dan gas, manakala sektor pertanian dan perkhidmatan terus menyumbang kepada hasil negara.
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara ini meningkat sebanyak 3.4 peratus pada 2024 kepada USD1.99 bilion dan dijangka berkembang 3.9 peratus pada 2025 berikutan penurunan inflasi serta peningkatan kestabilan fiskal.
BACA: Trump Puji Peranan Malaysia Dalam Rundingan Gencatan Senjata Thailand-Kemboja Sumber: Bernama
The post Kemasukan Timor-Leste Lengkapkan Keluarga ASEAN – Anwar appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/26/kemasukan-timor-leste-lengkapkan-keluarga-asean-anwar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tukar Asean Timor Leste Menjadi Ahli Asean Ke 11 Perjanjian Damai Kl Ditandatangani

Tukar Asean Timor Leste Menjadi Ahli Asean Ke 11 Perjanjian Damai Kl Ditandatangani

papar berkaitan - pada 27/10/2025 - jumlah : 172 hits
Malaysia Sebagai Pengerusi ASEAN 2025 Catat Dua Sejarah Melalui Penyertaan Timor Leste dan Perjanjian Damai Kuala Lumpur Antara Thailand dan Kemboja KUALA LUMPUR Penyertaan Timor Leste sebagai anggota ke 11 ASEAN dan pemeteraian Perjanjian ...
Timor Leste Serah Instrumen Penyertaan Piagam Asean Perjanjian Seanwfz

Timor Leste Serah Instrumen Penyertaan Piagam Asean Perjanjian Seanwfz

papar berkaitan - pada 26/10/2025 - jumlah : 213 hits
Timor Leste Serah Instrumen Penyertaan Piagam ASEAN Perjanjian SEANWFZ KUALA LUMPUR 25 Okt Timor Leste hari ini secara rasmi menyerahkan Instrumen Penyertaan kepada Piagam ASEAN dan Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara sekali ...
Timor Leste Rasmi Sertai Asean Simbol Harapan Solidariti Dan Semangat Asia Tenggara

Timor Leste Rasmi Sertai Asean Simbol Harapan Solidariti Dan Semangat Asia Tenggara

papar berkaitan - pada 28/10/2025 - jumlah : 299 hits
Pada 26 Oktober 2025 suasana di Kuala Lumpur menjadi saksi kepada satu detik bersejarah Dewan sidang ASEAN yang biasanya serius bertukar menjadi ruang penuh emosi apabila Perdana Menteri Timor Leste Xanana Gusm o menahan sebak di hadapan pe...
Putin Pertimbang Hadiri Sidang Kemuncak Asean Timbalan Pm Sah Wakili Rusia Anwar

Putin Pertimbang Hadiri Sidang Kemuncak Asean Timbalan Pm Sah Wakili Rusia Anwar

papar berkaitan - pada 21/10/2025 - jumlah : 265 hits
Putin Pertimbang Hadiri Sidang Kemuncak ASEAN Timbalan PM Sah Wakili Rusia Anwar KUALA LUMPUR 21 Okt Presiden Rusia Vladimir Putin sedang mempertimbangkan untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN yang akan datang namun setakat ini hanya Timba...
Anwar Wan Azizah Host Asean Leaders Spouses At Gala Dinner

Anwar Wan Azizah Host Asean Leaders Spouses At Gala Dinner

papar berkaitan - pada 28/10/2025 - jumlah : 211 hits
KUALA LUMPUR Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim and wife Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail on Monday hosted a Gala Dinner in honour of Asean leaders and their spouses celebrating friendship unity and cultural diversity in conjunction...
Asean Summit Trump Scheduled To Have Bilateral Meeting With Anwar

Asean Summit Trump Scheduled To Have Bilateral Meeting With Anwar

papar berkaitan - pada 25/10/2025 - jumlah : 261 hits
United States President Donald Trump is scheduled to hold an expanded bilateral meeting and signing ceremony with Prime Minister Anwar Ibrahim during the 47th Asean Summit and related summits on Sunday Based on the tentative schedule releas...
Putin Mulls Attending Asean Summit Anwar

Putin Mulls Attending Asean Summit Anwar

papar berkaitan - pada 22/10/2025 - jumlah : 198 hits
Prime Minister Anwar Ibrahim has stated that Russian President Vladimir Putin is seriously considering attending the 47th Asean Summit Anwar said so far the Russian delegate had only officially confirmed the attendance of its deputy prime m...
Trump Arrives In Malaysia For Asean Summit Shares Light Moment With Anwar On Red Carpet

Trump Arrives In Malaysia For Asean Summit Shares Light Moment With Anwar On Red Carpet

papar berkaitan - pada 26/10/2025 - jumlah : 312 hits
US President Donald Trump arrived in Malaysia this morning to attend the 47th Asean Summit and Related Summits marking his first visit to the country since resuming diplomatic engagements in the region Air Force One touched down at Kompleks...
Quick Diet Dinner Recipes Veg

From Graduate Engineer To Professional Engineer A Complete Guide To Bem S Latest Outcome Based Pae

Kuih Penyaram Rasa Yang Selalu Bawa Aku Terbang Ke Kota Kinabalu Sabah

10 Negeri 1 Wilayah Diramal Alami Hujan Lebat Hingga Malam Ini

Najib Guilty In 1mdb Case Major Milestone In Fight Against High Level Corruption

Cara Tambah Income Bulanan Strategi Praktikal Untuk Jana Pendapatan Automatik

Kecoh Di Nilai Letupan Peranti Berbahaya Goncang Ketenangan

The Sanctuary Of Resilience A Tribute To Nature S Giants


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Ready 2026 Sesi Refleksi Persediaan Akhir Tahun Bersama Tuan Fazrul Ismail

Tajuk Menghayati Konsep Separuh Masa Dalam Ilmu Nuklear

Pihak Berkuasa Turki Menahan 115 Individu Berkait Is Dalam Operasi Terbaru

Treler Hilang Kawalan Hempas Bumbung Stesen Minyak Pelanggan Cemas Elak Tragedi

Income Pasif Tanpa Kerja Adakah Ia Realistik Atau Sekadar Mitos

Income Pasif Automatik Cara Jana Pendapatan Tanpa Pantau Chart Setiap Hari