Timbalan Presiden Pas Tampil Nafikan Dakwaan Ada Gerakan Gulingkan Hadi


 



February 22, 2021 Lagi pemimpin kanan PAS tampil menafikan wujud gerakan untuk menjatuhkan Presiden PAS Abdul Hadi Awang setelah dakwaan itu mula bermain di media sosial sejak minggu lalu.
Walaupun masih tiada bukti konkrit dikemukakan buat masa ini, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man memberitahu bahawa semua khabar angin itu tidak betul.
“Maaf, tak ada isu pun. Cerita tak betul,” katanya ringkas ketika diminta mengulas mengenai dakwaan tersebut oleh Malaysiakini semalam.
Setakat ini, ketika ditanya media, pemimpin PAS menafikan gerakan itu. Mereka termasuk Mursyidul Am PAS Hashim Jasin dan anggota jawatankuasa kerjanya Nasrudin Hassan.
Pesuruhjaya PAS dari empat negeri – Terengganu, Johor, Melaka dan Negeri Sembilan – turut menafikan dakwaan sama.
Ketua Penerangan PAS Negeri Sembilan Badzli Bakar antaranya menyifatkan dakwaan itu sebagai “perbuatan kawan-kawan yang nakal” manakala pesuruhjayanya Rafaie Mustapha mendakwa ia “mainan musuh”.
Spekulasi dan penafian-penafian itu, dilaporkan oleh harian berbahasa Melayu, Sinar Harian serta beredar di media sosial ketika Hadi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) kerana sesak nafas pada 16 Februari lalu.
Ia dikatakan mempunyai kaitan dengan hala tuju PAS untuk memilih sama ada bersama Umno atau Bersatu dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Cabar dedahkan rakaman
PAS kini menjadi sekutu kepada kedua-dua gabungan yang berbeza iaitu Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN).
Dilema itu muncul selepas Umno dilihat mungkin membawa haluan tanpa Bersatu dalam PRU ke-15.
Terdahulu Sinar Harian melaporkan terdapat khabar angin yang memberi gambaran wujudnya gerakan untuk menjatuhkan Hadi membabitkan pimpinan parti itu sendiri. Hadi adalah presiden paling lama dalam sejarah PAS dan mengetuai parti itu sejak 2002.
Akhbar itu juga menyebut ada dakwaan wujud rakaman audio perbualan di antara Hashim dengan dan Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS Mohd Khairuddin Aman Razali berkait isu berkenaan.
 
Ia dikatakan merakamkan perasaan tidak puas hati Mohd Khairuddin terhadap Hadi dan Hashim didakwa bersetuju dengan apa yang diperkatakan menteri perusahaan, perladangan dan komoditi itu.
Hashim bagaimanapun menafikan perkara itu dan mencabar rakaman itu didedahkan, jika benar ada.
“Audio apa yang dimaksudkan? Tidak ada audio seperti didakwa, saya nafikan apa yang disebarkan itu,” beliau dilaporkan sebagai berkata.
Sementara itu, tulisan pojok oleh Awang Paku Serpih di Sinar Harian pula mengingatkan bahawa air tenang jangan disangka tiada buaya.
“Rupanya air tenang jangan disangka tiada buaya. Dalam cawan pun air boleh berkocak.
“Kata orang kalau tak ada angin, pokok tak bergoyang. Jikalau tak betul, masakan orang-orang besar PAS keluar kenyataan dan buat penafian,” kata penulis seperti disiarkan 20 Feb lalu.
Laga-lagakan kelompok parti
Sementara, beberapa wartawan Malaysiakini juga menerima rakaman suara daripada pihak tidak dikenali yang menghentam Khairuddin yang didakwa mempunyai peranan dalam gerakan itu.
Perkara ini juga masih tidak dapat disahkan buat masa ini.
Malaysiakini telah cuba menghubungi Mohd Khairuddin yang juga anggota Parlimen Kuala Nerus sejak minggu lalu dan masih menunggu maklum balas berkaitan dakwaan-dakwaan terhadapnya.
 
Dalam perkembangan sama bekas Ketua Ulama PAS Pahang, Mokhtar Senik, dalam hantaran di Facebook memberi peringatan supaya PAS berwaspada dengan tindakan musuh.
Dengan memetik isu perpecahan yang terjadi pada 2015, Mokhtar berkata selepas gagal memecahkan MN dan PN, musuh akan pecahkan Umno, Bersatu dan PAS dari dalam.
“Apabila masing-masing dah pecah, bergabunglah macam mana pun tidak akan kuat lagi.
“Kepimpinan PAS di semua peringkat jangan tertelan pil khas yang dibuat oleh musuh itu. Ambil iktibar peristiwa 2015.
“Mereka laga-lagakan kelompok profesional dengan kelompok ulama. Walhal kelompok itu tidak ada pun. Kerana ghairah dengan janji-janji DAP mereka sanggup tinggalkan presiden.
“Tapi nak tinggal mentah-mentah begitu tak tergamak dan takut orang nampak. Lalu dicipta ada kumpulan dalam PAS yang mahu langgar presiden.
“Akhirnya yang dituduh nak langgar presiden itulah yang berdiri teguh mempertahankan presiden, manakala yang asalnya nampak nak bentengi presiden itu pula yang langgar presiden sampai hari ini,” katanya yang dilihat menyentuh isu berkenaan seawal 17 Feb lalu. 








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/02/timbalan-presiden-pas-tampil-nafikan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mat Sabu Nafi Dakwaan Hadi Rundingan Pas Umno Selepas Amanah Ditubuhkan

Mat Sabu Nafi Dakwaan Hadi Rundingan Pas Umno Selepas Amanah Ditubuhkan

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 197 hits
ARIF ATANPresiden AMANAH Mohamad Sabu menafikan dakwaan Datuk Seri Abdul Hadi Awang kononnya rundingan kerjasama Pas dengan Umno berlaku selepas penubuhan AMANAH Mohamad yang juga Ahli Parlimen Kota Raja itu berkata AMANAH ditubuhkan selepa...
Wah Tak Sempat Habis Pkp Pn Terima Gerakan Hadi Yiada Bantahan

Wah Tak Sempat Habis Pkp Pn Terima Gerakan Hadi Yiada Bantahan

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 170 hits
Hamdan TahaTahniah kepada Pakatan Nasional dan Pas kerana menerima kemasukan Gerakan di dalam PNIkut kenyataan PM darurat sehingga bulan ogos ni mengurangkan politik dan tumpukan masalah covid 19Tapi ini masa PKP dan Darurat ni lah pula ter...
Panas Mursyidul Am Pas Cabar Dedah Audio Rakaman Jatuhkan Hadi Tedia Ada Ka Tak Dak

Panas Mursyidul Am Pas Cabar Dedah Audio Rakaman Jatuhkan Hadi Tedia Ada Ka Tak Dak

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 134 hits
February 19 2021 Mursyidul Am Pas Datuk Hashim Jasin menafikan wujud audio yang mengaitkan dirinya dengan gerakan yang mahu menjatuhkan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang seperti heboh diperkatakan Beliau turut mencabar individu yang ...
Pas Chief Hadi Discharged From Ijn

Pas Chief Hadi Discharged From Ijn

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 226 hits
PAS president Abdul Hadi Awang thanked doctors staff and those who prayed for his good health PETALING JAYA PAS president Abdul Hadi Awang was discharged today from the National Heart Institute after receiving treatment for fatigue Hadi had...
Gerakan Gopoh Tuntut Kerusi Dari Pas

Gerakan Gopoh Tuntut Kerusi Dari Pas

papar berkaitan - pada 20/2/2021 - jumlah : 152 hits
BANGI 7 Rejab 1442H Jumaat Parti Gerakan Rakyat Malaysia disaran supaya tidak bersikap gopoh dalam membuat sebarang tuntutan kerusi di antara komponen lain di dalam Perikatan Nasional Ini kerana kedudukannya yang masih baharu sebagai rakan ...
Pas Anggap Kemasukan Gerakan Perkukuh Perpaduan Rakyat

Pas Anggap Kemasukan Gerakan Perkukuh Perpaduan Rakyat

papar berkaitan - pada 14/2/2021 - jumlah : 171 hits
ismaweb netLengkapkan PN sebagai perikatan bersifat nasional merangkumi pelbagai bangsa partiBANGI 1 Rejab 1442H Sabtu Meskipun ramai pihak yang tidak senang dengan kemasukan Parti Gerakan Rakyat Malaysia dalam Perikatan Nasional namun PAS ...
Nissa Sabyan Dituduh Rampas Suami Orang Adik Ipar Tampil Sahkan Dakwaan

Nissa Sabyan Dituduh Rampas Suami Orang Adik Ipar Tampil Sahkan Dakwaan

papar berkaitan - pada 18/2/2021 - jumlah : 271 hits
Nissa Sabyan atau nama sebenarnya Khoirunnisa pernah menjadi satu fenomena di Malaysia serta negara asalnya Indonesia dek kerana suara merdu dan lagu lagu dendangannya yang berunsurkan kerohanian Tiada angin tiada ribut baru baru ini nama p...
Hadi Malukan Pas Malukan Islam Malukan Melayu

Hadi Malukan Pas Malukan Islam Malukan Melayu

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 163 hits
My comments Hadi kata rasuah tidak termasuk dalam hudud Pas Nauzubillah Hadi kata rasuah adalah mengambil harta secara sukarela Nauzubillah Hadi tidak tahu menahu ajaran ayat al Quran Dan janganlah kamu makan harta di antara kamu dengan jal...
Pemimpin Gerakan Kecewa Komen Jijik Terhadap Hadi

Pemimpin Gerakan Kecewa Komen Jijik Terhadap Hadi

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 163 hits
Setiausaha Agung parti Gerakan Mak Kah Keong meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir masyarakat Cina yang melemparkan komen jijik terhadap Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang kini dirawat di Institut Jantung Negara Katanya dia marah de...
Reviving Abandoned Housing Projects Is Turning Nightmare To Hope

8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Penyalahgunaan Kuasa Penyakauan Harta Rakyat Oleh Mahathir Wajib Didedahkan

Zus Coffee Ice Green Tea Latte

Let S Be Reasonable Tun M Don T Call The Kettle Black

Pra Pesanan Samsung Ai Tv Berpeluang Memenangi Hadiah Bernilai Rm140 000

Afidivit Sokong Tahanan Rumah Najib Razak Ada Kesilapan

Membongkar Kejayaan Pembayaran Dan Pemenang Di Wecopytrade Dan Wemastertrade



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Mengopi Buttercream Latte Di Simpol Cafe Alor Setar

Happy Birthday

The Power Of Ai In Cybersecurity Cyrebro S Mdr With A Brain

Tahanan Rumah Adakah Peruntukan Seumpama Itu

Kkb By Election Boycott By Mca Mic A Walk In A Slippery Park For Ph Dap

Titah Adendum Tengku Zafrul Enggan Dedah Kesilapan Afidavit Difailkan Zahid