Timbalan Presiden Parti Sarawak Bersatu Umum Keluar Parti



KUCHING - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Mambong Datuk Dr Jerip Susil hari ini mengumumkan keputusan beliau untuk meletak jawatan sebagai Timbalan Presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB), sekaligus meninggalkan parti itu berkuatkuasa serta merta.

Katanya keputusan itu dibuat selepas beliau membincangkan perkara itu dengan orang ramai, dan juga penyokongnya di kawasan Dewan Undangan Negeri Mambong.

“Ia adalah keputusan yang amat memeritkan bagi saya… Keputusan ini juga adalah demi kepentingan perpaduan kaum Bidayuh,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

“Kini saya boleh menyumbang kearah usaha membina dan mengukuhkan perpaduan kaum Bidayuh dalam kerajaan negeri Sarawak.. saya menyokong penuh Ketua Menteri (Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg) untuk terus memimpin Sarawak,” tambahnya.

Dr Jerip, yang merupakan Menteri Muda Pengangkutan dalam kerajaan pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS), dilihat mengambil keputusan itu semasa khabar angin bertiup kencang sejak kebelakangan ini, mengenai beberapa pemimpin akan meninggalkan parti berkenaan, yang sebelum ini dikenali sebagai Parti Rakyat Bersatu (UPP).

Beliau dan Presiden PSB Datuk Seri Wong Soon Koh, yakni Menteri Kewangan Kedua, Perdagangan Antarabangsa, dan E-Dagang Sarawak, merupakan anggota dalam kabinet negeri, walaupun PSB bukanlah anggota GPS.

Dr Jerip berkata keputusan itu perlu dilakukan kerana beliau sedar dan yakin bahawa hanya GPS di bawah kepimpinan Abang Johari memiliki wawasan, komitmen, dan program-program bagi membawa kemajuan yang lebih pesat kepada kawasan pedalaman.

Katanya beliau yakin ramai yang akan mendapat banyak manfaat menerusi Program Transformasi Luar Bandar yang dilaksnakan kerajaan negeri dalam usaha membawa kemudahan infrastruktur dan meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar.

“Oleh itu kita semua perlu menunjukkan perpaduan yang kukuh dalam menghadapi pelbagai cabaran yang datang, dan juga dalam memberikan sokongan padu kepada Abang Jo (panggilan mesra kalangan penduduk Sarawak terhadap Ketua Menteri). Ketua Menteri kita amat tegas dan komited dalam melindungi hak dan kepentingan Sarawak,” katanya.

Selain Dr Jerip, lima lagi wakil rakyat dari PSB terdiri daripada Wong (Bawang Assan), Ranum Mina (Opar), Dr Johnical Rayong Ngipa (Engkilili), Datuk Tiong Thai King (Dudong) dan Ahli Parlimen Sri Aman Datuk Masir Kujat. #sumberhttp://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2019/07/timbalan-presiden-parti-sarawak-bersatu.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dr M Pelawa Parti Melayu Sertai Bersatu Bagi Saya Niatnya Betul Sebagai Seorang Ayahanda Dan Ahli Negarawan Kj

Dr M Pelawa Parti Melayu Sertai Bersatu Bagi Saya Niatnya Betul Sebagai Seorang Ayahanda Dan Ahli Negarawan Kj

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 496 hits
Pelawaan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar semua parti politik Melayu menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia mempunyai niat yang baik Bekas Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin berkata semua pihak perlu melihat pelawaan Pengerus...
Mahathir Ajak Semua Orang Melayu Termasuk Orang Umno Menyertai Ppbm Atau Parti Bersatu

Mahathir Ajak Semua Orang Melayu Termasuk Orang Umno Menyertai Ppbm Atau Parti Bersatu

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 552 hits
Perdani Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ajak semua orang Melayu termasuk orang Umno menyertai PPBM atau Parti Bersatu demi untuk mengukuhkan kuasa politik orang Melayu
Parti Bersatu Parti Baik

Parti Bersatu Parti Baik

papar berkaitan - pada 8/7/2019 - jumlah : 638 hits
JIKA HENDAK TAHU KEDUDUKAN PARTI BERSATU MAKA TANYALAH DR MAHADHIR SEBELUM PRU 14 DR MAHADHIR SANGAT FAHAM BAHAWA UMNO PARTI JAHAT HARI INI DR MAHADHIR MINTA AHLI UMNO SERTAI BERSATU SEBAB UMNO SUDAH JADI BAIK YANG TINGGAL PARTI JAHAT HANYA...
Kronologi Cuti Dan Kembali Presiden Umno Zahid Hamidi Memimpin Parti

Kronologi Cuti Dan Kembali Presiden Umno Zahid Hamidi Memimpin Parti

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 568 hits
Kronologi Cuti dan Kembali Presiden Umno Memimpin Parti Semalam Ahad 30 Jun 2019 di Bagan Datuk Presiden UMNO Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan penamatan cuti beliau selama enam bulan semasa Majlis Hari Raya Aidilfitri Bagan Datuk...
Tun M Pelawa Semua Parti Politik Melayu Sertai Bersatu

Tun M Pelawa Semua Parti Politik Melayu Sertai Bersatu

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 498 hits
Dr Mahathir Mohamad hari ini mempelawa semua parti politik Melayu termasuk Umno untuk menyertai Bersatu dalam usaha menyatupadu serta memperkasakan kuasa politik orang Melayu Pengerusi Bersatu itu berkata kewujudan semakin banyak parti poli...
Bersatu Entry Into Sarawak Not Intended To Rock The Boat

Bersatu Entry Into Sarawak Not Intended To Rock The Boat

papar berkaitan - pada 8/7/2019 - jumlah : 544 hits
The entry of the Parti Pribumi Bersatu Malaysia to Sarawak is to enable indigenous people in the state to express their wishes on the same platform with the existing Pakatan Harapan party Sarawak Bersatu chief coordinator Mohd Redzuan Md Yu...
Pm Seronok Jadi Presiden Punca Melayu Banyak Parti

Pm Seronok Jadi Presiden Punca Melayu Banyak Parti

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 289 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata mesyuarat bersetuju supaya penglibatan penjawat awam dalam politik akan dikaji semula Foto oleh Yusof Mat IsaPUTRAJAYA 8 Julai Pakatan Harapan tidak boleh menerima parti komponen baharu kerana ia akan membawa...
Pemimpin Veteran Pembangkang Dalam Usaha Tinggalkan Parti Dedah Presiden Amanah

Pemimpin Veteran Pembangkang Dalam Usaha Tinggalkan Parti Dedah Presiden Amanah

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 554 hits
AKMAL MANAF Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu mendedahkan terdapat pemimpin pemimpin veteran daripada parti pembangkang iaitu Umno dan Pas sedang berusaha meninggalkan kedua dua parti tersebut Tanpa memberitahu nama nama pemimpin ve...
Henti Keluar Cerita Dalaman Parti

Henti Keluar Cerita Dalaman Parti

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 195 hits
Setiap ahli dan kepemimpinan UMNO diminta supaya menghentikan perbuatan mengeluarkan cerita dalaman parti itu dan mengecam pemimpin tertentu secara terbuka dengan tuduhan tanpa asas serta bukti Ketua Pemuda UMNO negeri Mohd Farid Mohd Nor b...
Ex Judge Fifa Sanctions On Fam Players A Jurisdictional Error

The Merry Marvel Pantyhose Society Part One

Rahsia Usahawan Kecil Jana Rm1 000 Sebulan Dengan Bisnes Sabun Handmade

Makan Tengah Hari Di Laparoti Port Lepak Tepi Sungai

Clubsport V2 Made To Order Honda Cb750 Caf Racers By Mile Zero

Tak Semua Orang Akan Suka Kita

What To Know About The New Gender Rules For U S Passports

Malaysia Dan China Memperkukuh Kerjasama Anti Rasuah Dalam Mesyuarat Di Vienna


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025

Top Commentators Of October 2025 Tahniah Blogger Lydia

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Vietnam Rolls

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka