Tiktok Trend Filmography Music Dan Color Palette Style Wes Anderson Vibes Ketahui Ciri Ciri Gaya Wes Anderson
Bukan hanya TikTok trend dengan gaya Wes Anderson, instagram pun dah berjangkit Wes Anderson vibes. Merata lah video dengan trend Wes Anderson. Ramai yang follow dan terinspirasi dengan gaya Wes Anderson.
Eh, nampak menarik lah pula gaya filmography macam tu. Nice dari pandangan mata saya juga.
Siapakah Wes Anderson?Wes Anderson atau nama penuhnya Wesley Wales Anderson merupakan seorang pengarah filem, penerbit, penulis lakon layar, dan pelakon dari Amerika Syarikat. Dikenali dengan keunikan visual dan stail naratif
sumber : google
Karya-karya Wes Anderson banyak menggunakan gerakan kamera yang mendatar, komposisi bersimetri yang tepat, zum segera, shot berjalan lambat (slow motion), pilihan warna yang terhad serta gaya pengarahan seni yang menggunakan miniatur.
Gaya-gaya pilihan pengarahan Wes Anderson memberikan filemnya suatu kualiti yang tersendiri yang telah menimbulkan banyak perbincangan, pengkajian kritis bahkan juga jenaka dan parodi. Banyak penulis, pengkritik bahkan Anderson sendiri telah berkata bahawa teknik-teknik sebegini memberikan karyanya rasa menjadi dunia yang terkandung dengan sendirinya.—Wikipedia
Wes Anderson memiliki gaya khas dan unik dalam setiap karya filemnya dengan pemilihan palet warna (color palette) pastel, font yang solid, membawa konsep simetri dan jalan cerita yang sukar untuk diduga
Filem arahan Wes AndersonBottle Rocket (1996) Rushmore (1998) The Royal Tenenbaums (2001) The Life Aquatic with Steve Zissou (2004) The Darjeeling Limited (2007) Fantastic Mr. Fox (2009) Moonrise Kingdom (2012) The Grand Budapest Hotel (2014) Isle of Dogs (2018) The French Dispatch (2021)
Ciri-ciri stail Wes AndersonKomposisi simetriWes Anderson sangat mementingkan komposisi kamera yang simetri dalam setiap frame. Objek mestilah berada di tengah dan latarnya juga seimbang mengikut konsep fitur rule of third (ROT) yang terdapat dalam setiap camera. Gambar di posisi tengah memberikan kesan yang kemas dan menarik
Menjadi ke tidak gaya Wes Anderson ni
Palet warna (color palette) pastelWarna-warna pastel atau senada dengan warna nude menjadi pilihan Wes Anderson dan sentiasa mendominasi karya filemnya. Disebabkan itu, warna pastel menjadi ciri khas dan satu kemestian dalam setiap karyanya
sumber : pinterest
Mengutamakan susunansumber : googlePenggunaan font FuturaFont Futura salah satu ciri khas dalam filem Wes Anderson. Pengunaan jenis font Futura dari keluarga Sans Serif sangat sesuai dan seringkali digunakan untuk heading text atau opening scene.
Begitulah al kisahnya tentang Wes Anderson TikTok trend ni. Yang nak cuba-cuba ambil gambar atau video ala Wes Anderson jangan lupa aplikasikan ciri-ciri gaya Wes Anderson di atas
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azhafizah.com/2023/05/tiktok-trend-filmography-music-dan.html