Tiket Super Early Bird Ke Festival Durian Makan Sepuas Hati 2023
Dalam usaha membawa rakyat Malaysia bersama-sama dengan pelbagai komuniti ekspatriat dan pelancong antarabangsa
di negara ini, Festival Durian Makan Sepuas Hati 2023 yang dipersembahkan oleh MAE oleh Maybank2U telah mendapat
sokongan yang amat menggalakkan apabila tiket acara ‘Super Early Bird’ untuk lokasi pertamanya, Komtar Walk Penang,
telah habis dijual dalam tempoh lima hari pertama selepas pelancaran jualan tiketnya di laman web dan media sosial.
FESTIVAL DURIAN TERBESAR DI MALAYSIA BAGI TAHUN 2023Digelar sebagai festival durian yang terbesar di Malaysia tahun 2023, tapak tiket dalam talian pra-acara telah
menerima kunjungan melebihi sejuta kunjungan bukan sahaja daripada netizen di Malaysia, malah juga kunjungan netizen
dari negara jiran seperti di Indonesia, Singapura, Thailand, China dan Hong Kong.
MAE PAKEJ SEDAP
Menurut pihak penganjur, festival ini telah dirancangkan sejak kira-kira setahun lalu diantara Institusi Kewangan Terbesar
Malaysia, Maybank Berhad dengan Agro Best Services Malaysia Sdn Bhd, sebuah syarikat peruncit dan pengeksport durian
premium Malaysia. Dalam promosi ini, ia telah menawarkan peluang untuk menjamu durian sehingga 60-minit.
Dewasa : RM69.99 / seorang (Harga Biasa : RM89.99 bersih)Warga Emas : RM59.99 / seorang (Harga Biasa : RM69.99 biasa)Promosi pembelian eksklusif 2 tiket dewasa, percuma 2 tiket kanak-kanak & 1 tiket warga emas.
MAE Pakej Sedappp yang ditawarkan akan menyajikan durian-durian kegemaran Malaysia seperti durian
Kampung Kahwin, D24, D13, IOI dan Udang Merah.
MAE PAKEJ SEDAPPP GILERRRUntuk Pakej Sedappp Gilerrr, ia akan menyajikan durian
Musang King bersama durian-durian campuran seperti Super XO, D13, D99 dan Udang Merah.
Dewasa : RM148 / bersih setiap orang (Harga Biasa : RM160.00 bersih)Warga Emas : RM99.00 / bersih setiap orang (Harga Biasa : RM99.00 bersih)
Promosi Eksklusif Pembelian 4 Tiket Dewasa, Percuma 4 Tiket Kanak-Kanak & 2 Tiket Warga Emas
RESHARE DI LAMAN SOSIAL & LAYAK MENDAPAT SEBIJI DURIAN BAGI 100 ORANG PERTAMA SEMENTARA STOK MASIH ADA...Khas untuk penggemar buah durian, untuk setiap pembelian tiket yang dibuat ke acara ini dan ‘reshare’ kandungan acara
yang dibuat di laman sosial Penang Foodie, KL Foodie dan Johor Foodie, netizen akan layak mendapat sebiji (1) durian
untuk dibawa pulang. Tawaran ini tertakluk kepada 100 orang yang pertama yang menebusnya dan sementara stok
masih ada.
PESTA DURIAN DI 3 BANDAR UTAMA
Pesta Durian ini akan disambut di tiga bandar utama,
KOMTAR Walk, Pulau Pinang, pada 27 & 28 Mei 2023
(Sabtu – Ahad) Pusat Membeli-Belah IPC, Mutiara Damansara di Klang Valley pada 3 & 4 Jun 2023
(Sabtu - Ahad) The Mall, Mid Valley Southkey, Johor Bahru pada 1 & 2 Julai 2023 (Sabtu – Ahad).
Tiket acara boleh dibeli daripada platform digital MAE Oleh MAYBANK.
Platform lain yang tersedia ialah tapak e-dagang Agro Best Services di https://www.agrobestservices.com .
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fiezasani.xyz/2023/05/Tiket-Super-Early-Bird-Ke-Festival-Durian-Makan-Sepuas-Hati-2023.html